Tuesday, August 28, 2012

Atlantis











Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani kuno Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.

Menurut Plato, pulau Atlantis yabg terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Europah barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.

Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja Utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada careka sains kepada buku komik dan filem wayang.


Atlantis sebuah pulau bertamaddun wujud sebelum Cina dan Mesir. Wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana. Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. Bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua. Terdapat di kepulauan Bahamas.





Saintis masih kaji tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato.

SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini:

Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan

lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

Petua Memilih atau Membuat Bunga Pegang Untuk Hari Perkahwinan

Petua Memilih atau Membuat Bunga Pegang
Untuk Hari Perkahwinan

1. Saiz bunga pegang bergantung kepada pilihan bunga bunga dan warna. Selalunya bunga pegang digubah bersaiz sederhana besar untuk mengelakkan pengantin kelihatan 'semak'. Jik
alau menggunakan bunga ros, pengantin hanya memerlukan satu atau dozen bunga sahaja tetapi mungkin berbeza mengikut jenis bunga yang digunakan.

2. Bunga hidup lebih sesuai berbanding bunga plastik kerana ia lebih cantik selain daripada menonjolkan konsep segar. Untuk memastikan kesegaran bunga, eloklah gubahan dibuat sehari sebelum bunga pegang itu hendak digunakan.

3. Warna pilihan bunga amat penting kerana jikalau terlampau kontras dengan warna pakaian, ia akan terlalu menarik tumpuan sehingga menenggelamkan fokus terhadap pengantin. Sebaik-baiknya biarlah warna bunga pegang itu senada dengan keseluruhan penampilan pengantin. Lebih malang, jika pilihan warna bunga pegang yang kurang sesuai menyebabkan pengantin perempuan kelihatan 'garang'. Sewajarnya pengantin perempuan kelihatan suci dan lembut di hari perkahwinannya.

4. Untuk riben ikatan bunga pula, seelok-eloknya pilih riben yang diperbuat daripada satin berkilat. Riben plastik nampak murah dan hanya sesuai jika ia berfungsi untuk mengikat jambangan sahaja. Riben satin yang berkilat boleh dibiarkan bergulung-gulung panjang untuk menambah keanggunan. Elakkan daripada bunga pegang dicacatkan hanya kerana pilihan riben yang kurang sesuai.

5. Kalau bunga plastik yang anda pilih, pastikan bunga yang dipilih berwarna pastel serta lembut. Warna garang hanya akan menyebabkan ciri-ciri plastik lebih ketara.

Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal

Petua Perubatan Islam
Untuk Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal.

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.

2. Makan buah badam.

3. Makan daging kambing.

4. Halwa halia.

5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

6. Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Petua Anak-Anak Mudah Hafaz Doa-Doa

Petua Anak-Anak Mudah Hafaz Doa-Doa

Kanak-kanak lebih mudah menghafaz doa-doa yang diajarkan kepada mereka berbanding orang dewasa. Gunakanlah kesempatan ini untuk mengajar kesemua doa yang perlu dihafaz oleh setiap Mukmin. Anak-anak dapat menghafaz kebanyakan daripada doa-doa ini termasuk yang baru hendak mencecah usia 2 tahun (meskipun agak pelat).

Kaedah yang digunakan ialah:
i. Memestikan mereka membaca doa dalam setiap perbuatan yang hendak dilakukan. Umpamanya mereka tidak dibenarkan makan selagai tidak membaca doa berserta maknanya sekali.

ii. Membaca doa secara berjemaah, maksudnya salah seorang daripada anak-anak akan menjadi ketua dan diikuti oleh yang lain-lain. Yang menjadi ketua tidak semestinya yang tertua malah sering juga ketua ini berganti-ganti.

Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri

Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri

Petua 1: Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

Petua 2: Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini
akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.

Petua 3: Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Petua 4: Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”

Petua 5: Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup

Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup

a. Berkawanlah dengan orang berjaya - Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “Jika mahu kenal seseorang itu maka kenalilah kawan-kawannya”. Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai di masa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

b. Untuk berjaya kita perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti di kalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Koleksi Petua Untuk Kurus dan Langsing

Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Mudah Lupa

Jenis Makanan Yang Boleh
Menyebabkan Mudah Lupa

1. Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Petua Untuk Meluruskan Rambut

Petua Untuk Meluruskan Rambut

Petua 1: Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat tersebut di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada
kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 1/2 jam. Selepas itu barulah dibilas dengan bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2: Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu, lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 25 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Petua Cerahkan Kulit dengan Beras Pulut

Petua Cerahkan Kulit
dengan Beras Pulut

Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun. Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pad
a seleruh badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Koleksi Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah

Koleksi Petua Untuk
Menambahkan Seri Wajah

Petua 1:
Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hing
ga daki keluar.

Petua 2:
Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

Petua 3:
Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.

Petua 4:
Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

Petua 5:
Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.

Petua 6:
Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.

Petua 7:
Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.

Petua 8:
Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

Petua 9:
Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

Petua 10:
Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.

Petua 11:
Ambil buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu cuci dengan air sejuk.

Petua 12:
Bancuh 2 sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur, dan bilas pada keesokan pagi. Amalkan setiap malam selama 3 minggu berturut-turut.

Petua Merawat Keris Lama

Petua Merawat Keris Lama

1. Campuran minyak kelapa dengan cendana boleh digunakan untuk merawat keris dan senjata Melayu. Di samping mengelakkan karat ia juga menjadikan keris berbau wangi setaraf dengan kedudukannya sebagai senjata yang
melambangkan keperibadian pemiliknya.

2. Sapukan minyak cendana pada mata keris selepas selesai semua proses mencuci keris. Harumannya bertahan sampai 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kepekatan dan kadar peratusan cendana yang terdapat dalam minyak tersebut.

Pilihan Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah

Pilihan Petua Untuk
Kulit Muka Lembut dan Cerah

Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka anda. Biarkan ia kering. Seterusnya, anda cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.

Petua 2: Campurkan parutan lobak me
rah, kuning telur dan sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 35 minit. Selepas itu, cuci dengan air biasa. Amalkannya 3 kali seminggu.

Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan dan biarkan sehingga bedak itu kering. Kemudian, basuh dengan air suam.

Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka anda seperti memakai bedak sejuk. Lakukannya setiap hari.

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak

1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

2. Rebus 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal seteng
ah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau badan akan hilang.

7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

Koleksi Petua Melayu Merawat Darah Tinggi

Koleksi Petua Melayu Merawat Darah Tinggi

Petua 1: Air Beras - Sesudah membasuh beras untuk ditanak, ambil sebanyak 4 gelas basuhan beras (sesudah dibuang satu gelas yang pertama) dan minum 1 cawan air beras tersebut. Amalkannya 3 kali sehari, 3 hari berturut-turut.

Petua 2: Tanah Liat Putih - Tanah liat putih ini boleh diambil di dasar perigi. Tanah liat ini diperening (dibiarkan seketika hingga airnya menjadi jernih). Minum ½ cawan, 3 kali sehari. Apabila darah tinggi sudah menurun, hentikan.

eMotivasi: Kekurangan Bukan Alasan

eMotivasi: Kekurangan Bukan Alasan

1. Tidak semua orang yang berjaya itu memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan. Ada di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tetapi masih mampu mengukir nama di dalam lipatan sejarah sebagai orang yang berjaya. Ada di antara para cendekiawan dunia yang buta, tuli dan lumpuh namun kekurangan ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya.
Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri mereka. Malah mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui curahan ilmu pengetahuan.

2. Namun anehnya orang yang sempurna fizikalnya selalu merasakan dirinya serba kekurangan. Kesannya masa dihabiskan hanya untuk merintih dan menangisi kekurangan yang dirasakan. Ketahuilah, masalah kesihatan, kewangan, perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh dirobohkan. 
Semua itu bukannya pemati jalan hidup ini. Harus kita ingat juga bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tapi masih mampu berbakti kepada orang lain. Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh gigih, tabah dan optimis. 
Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Terimalah siapa diri kita seadanya nescaya ketenangan dan kebahagiaan itu pasti datang.

Petua Untuk Hentikan Anak Hisap Puting

Petua Untuk Hentikan Anak Hisap Puting

1. Biarkan anak berhenti menghisap puting sendiri.

2. Berikan contoh adik beradik yang lebih tua yang tidak menghisap puting. Atau sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, tunjukkan padanya kanak-kanak lain yang tidak lagi menggunakan puting.

3. Berikan dia banyak aktiviti lain supaya dia tidak lagi memikirkan tentang puting. Contohnya, berikan dia banyak barang permainan baru.

4. Berikan peraturan kepada anak, dengan menetapkan puting cuma boleh digunakan ketika hendak tidur sahaja.

5. Berikan ganjaran sekiranya anak berjaya berhenti menghisap puting.

Petua Melatih Diri Rajin Bersyukur

Petua Melatih Diri Rajin Bersyukur

1. Ikhlaskan hati mensyukuri setiap pemberian Tuhan pada diri kita - tubuh badan, keluarga yang menyayangi kita, pasangan hidup kita, nafas kita, duit dalam poket kita walau cuma ada RM100 sahaja.

2. Pan
jatkan kesyukuran 3 minit setiap pagi selepas bangun tidur, dan 3 minit sebelum kita tidur. Pada saat tu, emosi di minda berada pada tahap yang sungguh tenang, menjadikan minda mudah menyerap untuk masuk apa yang kita fikirkan ketika itu. Minda akan ‘rakam’ segala apa yang ada di hati kita. Gunakan masa singkat ini untuk mengucap syukur pada Tuhan atas nikmat yang kita ada.

3. Bersyukurlah dengan ikhlas. Pejamkan mata, ucapkan syukur dan rasai kesannya di dalam hati. Jika air mata kita mengalir, itu adalah petanda kita benar-benar bersyukur.

Makanan Untuk Mencegah Buasir

Makanan Untuk Mencegah Buasir

Amalkan memakan sayur-sayuran secara kerap untuk mencegah penyakit buasir. Antaranya:

• Sawi Pahit
• Tomato
• Daun Ubi
• Peria
• Kailan
• Terung
• Ulam Raja
• Pegaga
• Daun Keledek
• Pucuk Paku
• Kacang Panjang

Petua Isteri Bijak Menangani Suami Panas Baran

Petua Isteri Bijak
Menangani Suami Panas Baran

1. Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana
rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dahulu.

2. Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik dan tepat.

3. Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu kenyataan.

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang, berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah.

Petua Untuk Kurangkan Peluh di Wajah

Petua Untuk Kurangkan Peluh di Wajah

Basuh wajah anda hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih dan berseri.

Petua Untuk Melambatkan Penuaan

Petua Untuk Melambatkan Penuaan

1. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga da
n vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.

2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Bersenam adalah baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Petua Untuk Merawat Kayap

Petua Untuk Merawat Kayap

Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota b
adan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di tempat kayap sebelum tidur.

Pilihan 6:
Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua Untuk Mencegah Kelemumur

Petua Untuk Mencegah Kelemumur

1. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak.

2. Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

3. Perahkan air limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yang baik, biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala. Basuh dengan air suam.

Petua Untuk Rambut Beruban

Petua Untuk Rambut Beruban

Pilihan 1: Gosokkkan kulit kepala anda dengan air kelapa tua secara perlahan-lahan. Amalkannya setiap hari atau 3 kali seminggu. Biasanya kelemumur dan uban akan hilang.

Pilihan 2: Ambil biji betik yang sudah m
asak dalam anggaran 2 sudu besar. Jemur hingga kering dan goreng hingga hangus. Campurkan biji betik tersebut dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut sehingga bersih dan sapukan minyak yang bercampur biji betik itu ke bahagian rambut yang putih. Lakukan setiap kali mahu tidur.

Petua Untuk Hilangkan Sakit Dada

Petua Untuk Hilangkan Sakit Dada

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

Petua Untuk Merawat Bengkak Payudara

Petua Untuk Merawat Bengkak Payudara

Sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal payudara, ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

Petua Mencegah Jangkitan Pundi Kencing

Petua Mencegah Jangkitan Pundi Kencing

Jika anda mengalami penyakit berkaitan pundi kencing atau salur kencing, kranberi amat berkesan. Ia berupaya mengekang pertumbuhan bacteria E. coli yang biasanya menjadi punca jangkitan salur kencing. Jika anda kerap mengambil tablet atau jus kranberi, ia mampu mengurangkan bilangan bakteria E. coli dalam saluran kencing sekali gus mencegah jangkitan penyakit tersebut.

Petua Untuk Melawaskan Kencing

Petua Untuk Melawaskan Kencing

Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu. Sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Petua Untuk Asma/Sesak Nafas

Petua Untuk Asma/Sesak Nafas

Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskan daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman, sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air
tersebut dan campur dengan sedikit madu. Minum ramuan ini berulangkali setiap pagi.

ATAU

Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yang boleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Amalkannya seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.

Petua Hilangkan Hidung Tersumbat

Petua Hilangkan Hidung Tersumbat

Ambil halia dan hiriskan. Masukkan halia yang sudah dihiris dalam segelas air panas. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia (biarkan sehingga kira-kira 8 minit). Perahkan tuala kecil/sa
pu tangan sikit (jangan perah sampai kering) dan tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut. Dalam masa yang sama, tarik nafas panjang-panjang ikut hidung. Selepas 5 minit, pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.

Petua Untuk Meredakan Demam Panas

Petua Untuk Meredakan Demam Panas

Sakit demam panas dapat diubati dengan menggunakan beberapa jenis bahan iaitu beberpa helai daun tapak itik atau daun sedingin , daun bunga raya, sebiji bawang merah tunggal dan sebiji garam jantan. Bahan-
bahan ini kemudian diramas di dalam air. Air ramuan ini dijaram atau disapukan pada pesakit. Cara ini dilakukan beberapa kali sehingga pesakit tersebut merasa lega atau suhu badannya menurun.

Petua Untuk Mengelakkan Perut Kendur Setelah Bersalin

Petua Untuk Mengelakkan Perut Kendur
Setelah Bersalin

1. Parut 2 ketul/potong halia yang sederhana besar dan campurkan dengan 2 sudu/senduk cuka makan.

2. Campurkan dan sapukan pada perut hingga keliling pinggang.

3. Selepas disapu, pakailah bengkung atau korset. Campuran ini tahan antara 2 atau 3 hari dan ia juga tidak menyebabkan gatal pada perut selain dapat mengelakkan perut dari pecah-pecah dan calar.

Petua Untuk Menghilangkan Gatal-Gatal

Petua Untuk Menghilangkan Gatal-Gatal

Tepung Sagu: Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehing
ga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Daun Kunyit: Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal.

Gambir: Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.

Garam Kasar: Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Daun Rambutan: Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan, setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

Petua Untuk Elak Selsema

Petua Untuk Elak Selsema

Mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua un
tuk menyembuhnya adalah seperti berikut:

• Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.
• Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.
• Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
• Selesema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua Perubatan Islam Untuk Merawat Sakit Mata

Petua Perubatan Islam
Untuk Merawat Sakit Mata

Sakit mata memang amat memedihkan dan membuatkan kita tidak mampu melaksanakan kerja seharian dengan sempurna. Sakit mata dipecahkan banyak kategori di antaranya sakit kerana demam panas, jan
gkitan virus, dimasuki serangga, sampah dan tumbuhan.

1. Baca doa sakit mata.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا، وَلَا اَلَمًا اِلَّاشِفَاهُ، فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ، فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُوْنَ

2. Jika sakit mata kanan
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kiri
d. Sapu mata perawat sebelah kanan dengan tangan kiri dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah
alif ba ba beralih
alif ba ta turun

3. Jika sakit mata kiri
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kanan
d. Sapu mata perawat sebelah kiri dengan tangan kanan dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah
alif ba ba beralih
alif ba ta turun

4. Untuk mata yang dimasuki sampah/serangga, ulang sekali lagi jika tidak sembuh juga.

5. Berikan air bismillah 5 dan bismillah 6.

Petua Untuk Gadis Mencari Bakal Suami

Petua Untuk Gadis
Mencari Bakal Suami

• Jika mencari lelaki sebagai calon suami, anda jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi

dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.

• Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.

• Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.

• Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.

• Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.

• Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, anda harus mengambil sikap berhati-hati.

• Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.

• Jika anda daripada keluarga yang berharta, sebaik sahaja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.

• Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.

Petua Untuk Meyakinkan Bahawa si Dia Adalah Jodoh Anda

Petua Untuk Meyakinkan
Bahawa si Dia Adalah Jodoh Anda

Pernahkah anda merasakan bahawa si dia adalah jodoh yang ditentukan Allah buat anda? Kadangkala gerak hati anda kuat mengatakan bahawa si dia amat istimewa dan seakan serasi dengan an
da dalam setiap perkara. Si dia jua sentiasa ada ketika anda memerlukan sokongan dari seorang sahabat. Pendek kata, anda dan si dia seakan mempunyai ikatan emosi, fizikal mahupun dalaman yang kuat. Ada beberapa petanda yang dipercayai boleh menunjukkan bahawa si dia adalah jodoh anda.

1. Tampil Bersahaja - Si dia menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapan anda dan semua orang. Tingkahnya bersahaja dan tidak berpura-pura. Anda boleh perhatikan tingkah lakunya semasa dia bercakap, makan, cara pemakaiannya dan ketika dia berurusan dengan orang. Jika sikapnya nampak semulajadi dan bukan dibuat-buat, makanya dialah calon yang sesuai untuk anda.

2. Mimpi Petunjuk - Dengan izin Allah S.W.T. anda boleh mendapat petunjuk dariNya tentang siapa bakal pasangan hidup anda. Lakukan solat istikharah dengan penuh kesabaran dan pohon petunjuk dariNya supaya anda dipermudahkan membuat pilihan yang terbaik. Mudah-mudahan anda mendapat pasangan hidup yang baik untuk anda dunia dan akhirat.

3. Gerak Hati - Naluri anda kuat mengatakan bahawa dia jodoh yang terbaik buat anda. Kejujurannya, sifat bertanggungjawabnya dan keserasian yang dimiliki anda berdua menguatkan lagi keyakinan anda bahawa dialah orangnya.

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta

1. Sukar melelapkan mata - Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Pe
rasaan sentiasa berdebar - Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu - Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah - Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu - Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru iaitu termenung - Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating - Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu - Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon - Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa - Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah - Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

Petua Pengikat Kasih Sayang

Petua Pengikat Kasih Sayang

Bagi wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini.
"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

[Surah Al-Ghaa
fir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

[Surah Al-Ahzab: ayat 21]

Petua Melayan Suami

Petua Melayan Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak da
n menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Petua Mencari Jodoh

Petua Mencari Jodoh

1. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

2. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ib
adah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

3. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

4. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

5. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

6. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

7. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Carilah bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan anda.

8. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

Mengenali LELAKI Dari Bulan Kelahiran Islam

lmu Firasat Melayu Lama -
Mengenali LELAKI Dari Bulan Kelahiran Islam

Muharram - Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia bol
eh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar - Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal - Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir - Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal - Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

Jamadil Akhir - Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab - Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban - Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan - Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal - Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah - Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah - Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan."

Petua Untuk Menjinakkan Kambing Anda

Petua Untuk Menjinakkan Kambing Anda

Lapkan baju anda yang berpeluh ke muka kambing tersebut. Kambing anda pasti akan selalu duduk di atas riba anda. Mungkin juga dia akan minta anda dukung dan naik basikal pergi bersiar-siar. Cubalah.

Petua Untuk Menumbuhkan Janggut, Misai dan Jambang

Petua Untuk Menumbuhkan Janggut,
Misai dan Jambang

Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

Petua Mengekalkan Sifat Romantis

Petua Mengekalkan Sifat Romantis

1. Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

2. Is
teri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

3. Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

4. Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

keluarga ceria

Mulakan hari ceria keluarga anda dengan kata-kata yang merangsang. Usiklah kalau perlu mengusik. Berguraulah kalau perlu bergurau malah berdebatlah jika anda rasakan perlu berdebat. Yang penting, rumah bukan sebuah kuburan tetapi sebuah taman hiburan. Setiap orang boleh bergembira tanpa perlu mengeluarkan modal.

Petua Untuk Memikat Wanita Muslimah Bertudung

Petua Untuk Memikat Wanita Muslimah Bertudung

1. Lindungi mereka daripada dikasari. Ini agak rumit tetapi perlu dilakukan. Ada sesetengah orang yang ingin menyuruh wanita lain bertudung, mereka akan menyidir atau menggunakan kekerasan atau
main kasar. Ini amat bertentangan dengan kaedah Islam yang anjal. Apabila kita melihat wanita Islam yang tidak memakai tudung dikasari atau diberi layanan negatif kita perlu menolongnya dan berbuat baik kepadanya.

2. Beritahu kepada rakan yang lain jangan prasangka atau menghukum. Kita tidak boleh terlalu mudah menghukum wanita yang tidak bertudung. Beritahu mereka dengan bukti dari Quran dan Sunnah bahawa Islam mengajak manusia menggunakan kebijaksanaan. Jika cara ini tidak berkesan, dapatkan ilmuwan atau mereka yang boleh dipercayai boleh memberikan nasihat, kaunseling, teman berbincang yang mendengar, boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah.

3. Tekankan keimanan terlebih dahulu. Islam diutuskan kepada Nabi (SAW) secara berperingkat dan orang Muslim pada hari ini juga harus melaksanakannya secara berperingkat. Sebelum seseorang memperkatakan mengenai tudung kepada seorang wanita, aspek yang paling penting yang perlu ditekankan ialah aspek asas Islam dan asas keimanan. Asas Islam perlu diperhatikan dahulu seperti kepentingan mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dan sebagainya.

4. Jangan menjadi apologetik. Dalam menggunakan pendekatan bersikap baik dan berlemah lembut, jangan kita bersikap apologetik atau menyembunyikan kebenaran pengajaran Islam. Kebijaksanaan adalah perlu.

5. Jika mereka mula mahu bertudung, sokonglah mereka. Sokongan yang padu amat diperlukan bagi mereka yang ingin bertudung. Apabila seorang wanita menerima tanggungjawab untuk bertudung, dia selalunya memerlukan pertolongan, menyiapkan persiapan mental untuk menghadapi beberapa kemungkinan seperti berdepan dengan ibu bapa, diskriminasi oleh majikan, ejekan rakan dan juga pengetahuan Islam yang cetek untuk menangkis sebarang soalan yang diajukan.

6. Amalkan sikap penerusan. Dalam kes-kes tertentu, pada peringkat awal kita sering meluangkan masa untuk meyakinkan seseorang untuk menerima ajaran Islam. Tetapi apabila individu sudah menerimanya, kita tidak membuat penerusan, menyepikan atau menjauhkan diri, kurang komitment untuk terus membantu mereka yang berusaha untuk berubah. Oleh itu langkah yang paling berat adalah selepas, bukannya sebelum. sokongan, persahabatan, dan yang paling penting adalah untuk mengekalkannya.

Petua Untuk Berdoa

Petua Untuk Berdoa

Doa-Doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

Petua Menjaga Hati Isteri

Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Petua Lelaki Untuk Memilih Wanita Idaman

Petua Lelaki Untuk Memilih Wanita Idaman

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.


Calon-calon isteri pilihan:
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam, antara lain bertujuan:

1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam

1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda t
erima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

2. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Petua untuk Menjaga Kesihatan Buah Pinggang dan Mengelak Penyakit Gout

Petua untuk Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
dan Mengelak Penyakit Gout

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dan lain-lain.

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dan sebagainya.

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, O ring dan sebaginya.

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spaghetti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air Sunquick, Orange Squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan kurangkan air Milo. Gantikan Milo dengan Horlicks.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu.

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual di pasar ang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren Sunkist, air limau seperti air Teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan.

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout.

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang.

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas.

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dan sebagainya.

32. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri.

35. Elakkan sayuran jeruk.

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin.

37. Elakkan telur masin.

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau).


Monday, August 6, 2012

Melepaskan Gadaian (Discharge OF Charge)


    MELEPASKAN GADAIAN (DISCHARGE OF CHARGE)


Lebih kurang 2 bulan lepas, saya meluaskan skop bidang saya dalam Hartanah kepada satu proses yang dikenali sebagai “PROSES MELEPASKAN GADAIAN”. Mungkin ada yang sudah biasa dengan terma tersebut, namun jangan terkejut sekiranya saya katakan ada juga yang tidak ada pengetahuan langsung tentang PROSES tersebut.
Definisi PROSES:-
Satu proses yang WAJIIB dibuat selepas kesemua hutang pada bank atau institusi di mana peminjam membuat pinjaman perumahan telah dilangsaikan oleh peminjam.  {Selesaikan hutang hartanah dengan bank – Buat PROSES MELEPASKAN GADAIAN}.

Dokumen yang terlibat dalam PROSES:-
  1. Hartanah mempunyai Geran-Peguam yang dilantik akan menyediakan BORANG KANUN TANAH NEGARA 16N (Borang Melepaskan Gadaian). Selain dari borang tersebut, Borang Penukaran Nama juga mungkin terlibat sekiranya bank sudah bertukar nama. Borang-borang yang sudah disediakan akan kemudiannya di bawa ke pejabat tanah berkaitan untuk didaftar MELEPASKAN GADAIAN.
  2. Hartanah tidak mempunyai Geran-Peguam yang dilantik akan menyediakan “DEED OF RECEIPT AND REASSIGNMENT”. Setelah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu peminjam dan bank, DRR akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk proses PEMBATALAN. Untuk hartanah jenis ini, PROSES MELEPASKAN GADAIAN tidak melibatkan pejabat tanah. Peguam perlu memberikan satu salinan DRR kepada pemaju setelah pembatalan dibuat untuk rekod mereka.

Peguam:-
Semua Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam sama ada bank panel ataupun tidak, boleh membantu anda menjalankan PROSES tersebut.

Kos Peguam:-
Bayaran guaman yang sudah pun diperuntukkan oleh peguam-peguam dalam SRO untuk PROSES tersebut adalah RM300.00 (tidak termasuk 6% GST). Perlu diingat, pasti akan ada kos tambahan contohnya bayaran carian tanah, bayaran setem ke atas dokumen-dokumen yang terlibat, bayaran pendaftaran kepada pejabat tanah/bayaran pembatalan dokumen di mahkamah dan lain-lain bayaran…  

Q & A yang selalu saya alami:-

Q- Saya sudah selesaikan hutang dengan bank kenapa perlu ada PROSES lain yang memerlukan saya mengeluarkan wang tambahan?
A- Mungkin ramai yang terlupa, apabila kita membuat pinjaman perumahan dengan bank, geran dan/atau semua dokumen Asal dipegang oleh bank dan hanya akan dilepaskan oleh bank sekiranya hutang dilangsaikan. Namun begitu, perlu diingat, di atas geran tersebut masih lagi terdapat nama bank dan sekiranya kita ingin membuat transaksi lain ke atas hartanah tersebut satu hari nanti, contohnya jual beli hartanah, pihak yang terlibat akan menyangka hartanah masih ada hutang (menimbulkan kekeliruan). Peguam kemudiannya tetap perlu menjalankan PROSES MELEPASKAN GADAIAN dan secara tidak langsung menambahkan masa proses jual beli anda. Perlu diingat, kos guaman tetap perlu dibayar dan kemungkinan besar dan bertambah mengikut peredaran masa. 

Q- Adakah kamu panel kepada bank?
A- Kami bukan panel bank. Namun itu tidak menghalang kami untuk memberikan khidmat untuk PROSES MELEPASKAN GADAIAN. Semua Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam sama ada bank panel ataupun tidak, boleh membantu anda menjalankan PROSES tersebut. Terpulang kepada anda untuk memilih peguam yang cekap dan berdedikasi.

Selamat membaca.

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2012/06/lebih-kurang-2-bulan-lepas-saya.html

Tuntutan Harta Pusaka


    Tuntutan Harta Pusaka

Salam semua, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis satu artikel berkenaan tuntutan harta pusaka untuk blog Puan Salmiah. Apakah itu harta pusaka? Harta pusaka adalah harta peninggalan seorang ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Contohnya apabila bapa kita telah meninggal dunia, dia mempunyai harta seperti satu bidang tanah, satu biji kereta dan sejumlah wang tunai di dalam akaun bank. Ini semuanya di anggap sebagai harta pusaka.

Dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh bab pembahagian mengikut faraid - itu merupakan persoalan untuk dibincang pada hari yang lain, mungkin Puan Salmiah boleh bagi input yang lebih informatif. Artikel ini akan menceritakan tentang prosedur asas menuntut harta pusaka.

Setelah seseorang itu meninggal dunia, segala urusan berkaitan dengan harta arwah tergantung oleh kerana arwah tidak lagi boleh memasuki sebarang kontrak atau perjanjian. Harta seperti rumah masih boleh diguna oleh waris tetapi nama di atas geran masih nama arwah dan ini akan menyulitkan keadaan jika harta itu mahu dijual atau mahu refinance. Sama juga dengan kereta, masih boleh dibawa tetapi apabila hendak memperbaharui cukai dan insurans akan membawa masalah.

Jadi waris arwah hendaklah menyenaraikan semua harta arwah (termasuk hutang-hutang) untuk diuruskan. Jumlah harta boleh menentukan cara pengurusan harta tersebut. Terdapat 3 senario:

  1. Jika senarai harta itu melibatkan tanah dan wang tunai melebihi RM600,000 maka urusan hendaklah dikendalikan di Mahkamah dan perlukan khidmat peguam.
  2. Jika senarai harta hanya melibatkan wang tunai sahaja, contohnya simpanan ASB atau KWSP, tidak kira apa jumlahnya ia juga perlu dikendalikan di Mahkamah.
  3. Jika senarai harta itu melibatkan wang tunai dan tanah tetapi tidak melebih RM 600,000 maka urusan boleh dikendalikan di Pejabat Tanah berdekatan sahaja. Urusan di Pejabat Tanah tidak memerlukan khidmat peguam, tapi saya galakkan waris untuk mendapat khidmat peguam untuk memudahkan urusan.
Khidmat guaman untuk menguruskan tuntutan harta pusaka bergantung kepada nilai keseluruhan harta. Secara lazimnya peguam akan mengenakan bayaran mengikut peratusan dari nilai keseluruhan harta.

Bagaimana dengan Amanah Raya? Saya pasti ramai pernah dengar peranan perbadanan separa kerajaan ini dalam tuntutan harta pusaka. Sebenarnya Amanah Raya dan peguam memainkan peranan yang sama. Mereka boleh membantu dan mewakili waris dalam urusan di Mahkamah.

Bezanya antara Amanah Raya dan peguam adalah kadar bayaran yang dikenakan. Kadar bayaran perkhidmatan Amanah Raya boleh disemak di websitenya. Untuk mengetahui kadar bayaran yang dikenakan oleh peguam boleh tanya dengan webmaster kita Puan Salmiah.

Setakat ini sahaja artikel kita tentang tuntutan harta pusaka pada hari ini, nantikan sambungannya pada masa akan datang Insya Allah. 

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2011/05/tuntutan-harta-pusaka.html

Beli Rumah Dari Pemaju-Lantik Peguam Sendiri?


    Beli Rumah Dari Pemaju-Lantik Peguam Sendiri?

Saya tahu, anda pasti biasa mendengar tawaran Pemaju Perumahan-"Free Legal Fees". Tawaran ini dibuat untuk menggalakkan pembelian rumah yang dimajukan oleh Pemaju Perumahan tertentu dan secara tidak langsung dapat meringankan beban Pembeli untuk membayar bayaran guaman dalam penyediaan perjanjian jual beli di antara Pemaju dan Pembeli.

Tawaran tersebut sebenarnya bermaksud, Pemaju akan membayar jumlah bayaran guaman dan secara tidak langsung Peguam tersebut akan bertindak bagi pihak Pemaju. Untuk pengetahuan semua, Peguam tidak boleh mewakili pihak Pemaju dan Pembeli dalam satu transaksi yang sama bagi mengelakkan "conflict of interest".

Oleh itu, tahukah anda bahawa sebagai Pembeli, anda berhak untuk melantik peguam anda sendiri walaupun pembelian dibuat dari Pemaju yang memberikan tawaran di atas. Tapi of course sekiranya anda mengambil keputusan untuk melantik peguam sendiri, berikut merupakan keistimewaan yang tidak akan anda nikmati:-

1. Anda perlu membayar peguam yang dilantik (Tawaran di atas hilang serta-merta);
2. Anda juga mungkin dilarang terus dari membeli hartanah dari pemaju tersebut.

Persoalan berikut akan timbul. Bolehkah Pemaju menghalang pembelian hartanah sekiranya Pembeli tidak mahu menerima tawaran di atas? Jawapannya:- Perjanjian di Malaysia akan di anggap sah apabila parti yang terlibat bersetuju antara satu sama lain dan menurunkan tandatangan mereka. Oleh itu, sekiranya Pembeli enggan menerima tawaran Pemaju, Pembeli tidak perlu menandatangani perjanjian jual beli dan of course tidak membeli hartanah dari Pemaju tersebut.

I think, buat masa ini persoalan ini pula akan timbul-"Apa pro(s) dan con(s) menerima tawaran Pemaju?"

Pro(s) -
1. Dapat jimat duit sebab tak perlu membayar bayaran guaman.

Con(s) -
1. Peguam yang dilantik oleh Pemaju dan dibayar oleh Pemaju bermakna Peguam akan bertindak bagi pihak Pemaju. Jika berlaku konflik atau persengketaan di antara Pemaju dan Pembeli, Peguam akan menyebelahi Pemaju dan bukannya Pembeli.

Kesimpulannya, Pembeli ada pilihan sama ada mahu melantik peguam sendiri sekiranya pembelian dibuat terus dengan Pemaju dan mengeluarkan duit untuk bayaran guaman ATAU Pembeli boleh memilih untuk menerima tawaran dari Pemaju. Pilihan ditangan anda.

Just my 2 cents... Selamat Membaca...

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/08/beli-rumah-dari-pemaju-lantik-peguam.html

General Prosedur Jual Beli Hartanah


    General Prosedur Jual Beli Hartanah

Untuk post pada kali ini, saya akan menerangkan secara general, prosedur-prosedur yang terlibat dalam suatu urusan jual beli hartanah. Saya percaya pasti ramai yang ingin tahu terutama sekali kepada sesiapa yang baru pertama kali ingin menjual ataupun membeli hartanah dan mungkin juga sesiapa yang baru menjinak-jinakkan diri dalam bidang hartanah. Namun begitu suka saya ingatkan bahawa prosedur-prosedur yang bakal saya terangkan adalah secara general. Sekiranya terdapat soalan atau kekeliruan, saya alu-alukan pertanyaan, perbincangan dan pendapat semua untuk kebaikan bersama.
  1. Proses bermula di saat Pembeli bertindak membayar "booking fee/earnest deposit" kepada Penjual/Agent Hartanah. Amaun "booking fee/earnest deposit" selalunya 2% or 3% dari jumlah harga belian. Selepas pembayaran dibuat, Penjual/Agent Hartanah seharusnya memberikan surat yang selalunya dikenali sebagai "Confirmation to Purchase". Surat tersebut mengandungi particulars tentang hartanah yang dibeli, Pembeli, Penjual, tempoh masa urusan jual beli, bila perjanjian jual beli harus ditandatangani dan beberapa perkara yg dipersetujui oleh Pembeli dan Penjual. Sebaik sahaja membuat pembayaran tersebut, Penjual/Agen akan memberikan kepada Pembeli semua dokumen-dokumen berkenaan rumah tersebut seperti salinan previous SPA, salinan geran (jika ada geran individu/strata), salinan IC Penjual dan etc.
  2. Selepas itu, Pembeli digalakkan melantik lawyer SPA dan dalam masa yang sama membuat permohonan pinjaman perumahan dari mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Proses approval of loan selalunya mengambil masa 2 minggu sahaja.
  3. Lawyer SPA kemudiannya akan menyediakan SPA untuk ditandatangani oleh Pembeli dan Penjual. SPA yang telah ditandatangani oleh Pembeli dan Penjual akan dihantar ke pejabat duti setem untuk tujuan penyeteman sebanyak RM10 setiap salinan. SPA hendaklah disediakan dalam 4 salinan.
  4. Bank kemudiannya akan mengeluarkan jumlah baki hutang Penjual dalam bentuk cek di bayar kepada Bank Penjual. Setelah menerima jumlah tersebut, Bank Penjual akan memberikan semua dokumen-dokumen asal termasuklah geran asal (jika ada) kepada lawyer.
  5. Bagi hartanah yang memiliki geran, lawyer akan menghantar kesemua dokumen-dokumen penting yang dikehendaki oleh pejabat tanah termasuklah geran asal ke pejabat tanah yang berkenaan untuk tujuan pendaftaran pindah hakmilik.
  6. selepas pendaftaran dibuat, baru lah Bank akan mengeluarkan baki pinjaman yang belum lagi dikeluarkan yang juga merangkap baki harga belian.
  7. Selepas jumlah tersebut dikeluarkan oleh Bank Pembeli, Penjual kemudiannya akan menyerahkan kunci rumah kepada Pembeli.
Sekali lagi, suka saya ingatkan semua bahawa prosedur yang diterangkan di atas adalah ringkasan kepada prosedur sebenar. Kalau nak disenaraikan semua sekali sangatlah panjang berjela-jela, boleh buat satu buku. Namun begitu, anda jgn risau kerana boleh dikatakan 95% daripada prosedur di atas di jalankan oleh Lawyer yang telah dilantik. Bermakna, semua urusan yang melibatkan pejabat tanah, pejabat duti setem, bank, pemaju dan sebagainya akan dijalankan oleh Lawyer.

Oleh yang demikian, jikalau ada persoalan atau ada kekeliruan, boleh lah ajukan di sini. InsyaAllah saya akan jawab.

Happy reading!!!!!

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/06/general-prosedur-jual-beli-hartanah.html