Saturday, February 4, 2012

Tip rawatan sakit sendi dan tulang dirumah

Tip rawatan sakit sendi dan tulang dirumah

Penyakit sendi tulang
Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.
Penyakit sendi tulang terjadi tidak kira umur.

Sakit Sendi-kenapa terjadi
Biasanya anda tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang.
Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Kenapa anda mengalami kesakitan sendi.
  • Anda mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
  • Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
  • Obesiti
  • Kecacatan anggota
  • Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.
  • Sakit sendi arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

    Rawatan sakit sendi-bagaimana anda merawat sendiri sakit sendi tulang
    1. Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti
    2. merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
    3. Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
    4. Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
    5. Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
    6. Kurangkan berat badan
    7. Guna kasut bertumit rendah
      Sakit sendi-Bila Harus Berjumpa Doktor?
      1. Anda mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri
      2. Sakit sendi anda bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.
      3. Anda patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan
      4. Anda tidak berupaya untuk berkerja
      5. Sakit anda disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
      6. Anda mengalami penurunan berat badan yang serius
      7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
      8. Sakit sendi anda bengkak dan merah
      9. Anda penghidap HIV atau kanser
        Rawatan sakit sendi dan pencegahan
        • Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen
        • Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
        • Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
        • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
        • Tidur di atas tilam yang keras
        • Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
        • Bersenam - senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
        • Pengurangan berat badan boleh membantu
        • Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

          Sakit sendi-glucosamine dan chondroitin

          Sakit sendi-glucosamine dan chondroitin

          Rawatan sakit sendi dengan kaedah baikpulih.
          Sakit sendi berlaku kepada semua peringkat umur.Anda tidak perlu hidup dengan sakit sendi.
          Anda boleh menjalani kehidupan yang selesa dan sihat dengan pengurusan sakit sendi yang efektif

          Rawatan sakit sendi dan ubat sakit sendi
          Pengurusan rawatan sakit sendi merangkumi
          Penggunaan ubat sakit sendi penahan sakit seperti voltaren dan naproxen atau celebrex
          Pembinaan struktur sendi kartilej atau rawan dengan glucosamine dan chondroitin

          Kenapa sakit sendi lutut.
          Apabila rawan sendi anda menjadi haus disebabkan faktor umur dan cara penggunaanya, anda akan mengalami sakit sendi.
          Rawan ini berfungsi sebagai penyerap hentakan dan melincinkan pergerakan. Jika anda tidak merawat proses ini
          ruang diantara sendi akan bergesel menyebabkan kesakitan.

          Glukocosamine dan Chondroitin mana yang lebih baik.
          Kedua-dua bahan glukosamin dan kondroitin adalah nutrien penting untuk pembentukan rawan sendi.
          Glucosamine merupakan ramuan asas pembinaan tulang rawan anda dan Chondroitin mempercepatkan proses pembinaannya.
          Anda boleh mengambil glucosamine sahaja, tetapi disyorkan ,mengambil glukosamin dan kondroitin secara serentak.
          Oleh itu anda akan merasai proses sakit sendi berkurangan dengan cepat jika anda mengambil kedua-dua nutrien ini.
          Chondroitin juga berfungsi membantu membawa air,nutrien, glucosamine, vitamin dan mineral kebahagian sendi.

          Glucosamine sulfat atau glukosamin hidroklorida-mana patut dipilih
          Anda akan menemui dua jenis glucosamine di pasaran iaitu Glucosamine Sulfat dan Glucosamine Hidroklorida.
          Sulfat didalam glucosamine berkeupayaan untuk membawa molekul air kedalam rongga rawan, dan ini menyebabkan rawan ini lebih fleksibel.
          Pergerakan sendi lebih selesa dan licin.
          Glukosamine hidroklorida membentuk rawan yang lebih padat, tetapi kurang fleksibliti.

          Ubat sakit sendi natural-dos yang disyorkan
          Anda disyorkan mengambil Glukosamine 1500mg sehari dan Chondroitin  1200mg sehari.
          Jika anda menghidapi penyakit darah tinggi elakkan glukosamin yang mengandungi sodium.

          Hilang sakit sendi hidup pun ceria
          Glucosamine dan chondroitin membantu mengurangkan haus rawan sendi anda secara efektif jika diambil serentak.Glukosamin dan kondroitin membina, memperbaiki dan mengekalkan kesihatan sendi secara berterusan.
          Mulakan pengambilan suplemntari glucosamine dan chondroitin jika anda mula mengalami sakit sendi lutu,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki, sakit sendi bahu dan sakit sendi siku
          Kekalkan kesihatan sendi anda supaya ia tidak menganggu pergerakan dan kehidupan anda.