Sunday, April 15, 2018

Sakitnya Sakaratul Maut

۞ بِسْـــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِـــيْمِ ۞

SΛKITNYΛ SΛKΛRΛTUL MΛUT

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi SAW ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang."

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

™◈〔فَاسْتَبِقُواالْخَيْرَات…✎〕◈

Tanyalah Ustaz 13 Apr 2018 : Da'i Hakim & Kapten Maritim Ustaz Hj Nik Kamaruddin Yunoh

TANYALAH USTAZ TV9
13.4.2018
(Da'i Hakim&Kepten Maritim Ustaz Hj.Nik Kamaruddin Yunoh)

PABILA SAKIT AKU INGAT KAMU
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah kata kami turunkan Al~Quran sebagai penyembuh.
Allah beri sakit,Allah juga beri kesembuhan.
Siapa yg menzalimi diri sendiri(tak ikut perintah Allah)dia termasuk org yg rugi dunia&akhirat.

BOLEHKAH MENGHARAP PERTOLONGAN SELAIN DARI ALLAH(cth bomoh)?
Kita mengharapkan Allah dan kita pergi kepada doktor.
Kita bukan mengharap doktor yg menyembuhkan tapi doktor adalah sebagai jalan yg bawa kepada penyembuhan.
Yg menjadi kesalahan bila sakit kita jumpa penenung nasib(bomoh)yg menggunakan jin.
Boleh jumpa pengamal perubatan islam yg menggunakan ayat² Al~Quran.
Yg paling banyak diuji adalah para Nabi,alim ulamak.

KITA MANUSIA BIASA,BILA SAKIT BARU NAK SEBUT ALLAH TAPI BILA SENANG LUPA ALLAH.WAJARKAN KITA BERSIKAP,BILA SAKIT BARU INGAT ALLAH?
Tak wajar.
Tak sepatutnya sebagai org mukmin,melupakan Allah bila sedang senang.
Sepatutnya kita bersyukur bila senang supaya Allah tambah lagi nikmat.
Barangsiapa yg tak berterima kasih pada manusia,bermakna dia tak bersyukur pada Allah.
WAJIB KITA BERSYUKUR PADA ALLAH KERNA BANYAK NIKMAT YG ALLAH BERIKAN.

ADAKAH PENYAKIT BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA DAN SAKIT YG MACAMANA BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA?
Para Nabi diuji dan diuji.
Para Nabi tak ada dosa.
Para Nabi diuji utk mengangkat martabat.
Siapa yg merasa tak ada dosa,dia sebenarnya berdosa.
Apa juga sakit yg kita redha,akan mengampunkan dosa.
Selagi akal masih sempurna ketika sakit, jaga solat dan jaga aurat.
Bila kita sabar dgn ujian,Allah akan ampunkan dosa dan Allah naikkan darjat.

DOSA YG BAGAIMANA YG ALLAH AMPUNKAN?
Selagi dosa itu tidak melibatkan manusia,mudah Allah ampunkan.
Dosa dgn manusia kena minta maaf dgn manusia,baru terampun dosa.
Siapa yg sebut سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 100kali,Allah ampunkan dosa walaupun dosanya sebanyak buih dilautan.
Bahaya bila kita buat dosa dgn manusia kerana kita kena kembalikan haknya supaya terampun dosa.

APAKAH YG PERLU DILAKUKAN UTK MENGURANGKAN KESAKITAN?
Bila kita sakit,kita selalu mengaduh.
Jgn sampai mengaduh hingga kita tak redha.
Boleh mengaduh tapi jangan sampai lupa Allah.
Ibu bagi segala ubat adalah Al~Fatihah.
Mulakan dgn Al~Fatihah dan selawat.
Doa adalah penguat bagi kita.
Bila kita sakit jangan lekang baca Al~Fatihah dan selawat.
Baca Al~Fatihah ditempat sakit dan bertawakkal pada Allah.
Ada org yg sakit dan akhirnya mati.
Kita memang akan mati.
Dgn mengaduh akan mengurangkan strees dan jgn lupakan Allah.

SAKIT ADALAH UJIAN.KENAPA ALLAH BERI KITA SAKIT?
Allah beri ujian supaya kita lebih dekat dgn Allah.

ADAKAH SAKIT SEBAGAI CARA HIJRAH SESEORANG?
Sabar itu ketika diuji pada ujian yg pertama.
Dgn sebab ujian akan menjadikan kita berhijrah jadi lebih baik.
Boleh jadi apa yg kita benci,itu lebih baik bagi kamu dan apa yg kita suka,itu lebih buruk bagi kamu.
Allah maha mengetahui.
Mungkin kita akan rasa apa yg Allah beri itu buruk pada kita tapi sebenarnya baik pada kita.
Jika kita sabar,Allah akan beri yg lebih baik.

JIKA KITA TAK MAMPU MENGAJARKAN PADA ORG ILMU,KITA SHARE DAN LIKE INI JUGA SEOLAH~OLAH KITA MENGAJAR PADA MEREKA.

Dalam diri manusia ada jiwa dan sanubari.
Penyakit yg tak nampak dalam hati,lebih² lagi kena diubat.
Penyakit hati juga perlu disiram.
Jika tak disiram,Allah akan tutup hati(tak ada lagi rasa nak buat kebaikan)
Nak ubat hati dgn ingat Allah.
Dgn ingat Allah,hati akan jadi tenang.
Kerana dosa,hati menjadi gelap dan hitam.
Buat dosa dan tak bertaubat,nafsu sentiasa akan mengajak buat keburukkan.
JIKA HATI BAIK PERJALANAN HIDUP KITA JUGA BAIK.

BILA KITA SIHAT KITA LUPA ALLAH,APAKAH BILA KITA SAKIT KITA AKAN INGAT ALLAH?
Masa kita sihat inilah kita banyak² buat ibadat.
Masa kita sihat kita boleh rukuk dgn elok.
Bila kita sakit,nak rukuk pun tak sama masa kita sihat.
Jangan tunggu sakit baru nak buat ibadat.
SIHAT ATAU SAKIT KITA KENA BUAT IBADAT.

BAGAIMANA SAKIT DISIHIR?
Santau atau diguna~guna,org yg sakit akan rasa kecewa.
Kita tak boleh syak siapa yg buat sihir.
Jangan pergi pada dukun yg meramalkan siapa yg sihirkan kita.
Haram melaga~lagakan dua muslim.
Jika kita syak,ini akan merenggangkan hubungan.
Sebaiknya kita balik semula pada Allah.
Jgn cepat menunding pada org.
Lebih baik muhasabah diri dan wajib berusaha utk sembuh.
Nabi juga disihir oleh org yahudi.
Amalkan 3qul sebagai mengawal diri dari disihir.

BIAR AKU MATI SAHAJA,BOLEHKAH BERKATA BEGITU?
Bila Allah uji,kita kena sabar.
Dgn sabar,Allah beri 700kali darjat.
Sabar dari nak buat maksiat,Allah beri 600kali darjat.
Sabar dgn buat ketaatan,Allah beri 300kali darjat.
Kalaulah sakit itu tak ada harapan nak sembuh, bolehlah berdoa Ya Allah jika mati itu lebih baik bagi aku,matikanlah dan jika hidup itu lebih baik,maka hidupkanlah aku.
Bila ditimpa musibah dan dah tak ada jalan keluar,bolehlah amalkan doa tadi.

KENAPA SAKIT HATI LEBIH SAKIT HINGGA PUTUS SILATURRAHIM DGN ADIK BERADIK?
Ini kerana jiwa tak diisi dgn ingat Allah.
Tidak masuk syurga org yg putuskan silaturrahim.
Hati yg berada didalam lebih sukar utk diubati.
Nak ukur org yg berakhlak baik atau ikhlas,susah nak diukur.
Org yg beri nasihat dan suka dengar nasihat,hatinya senang nak jadi baik.
Org yg bercakap benar,hatinya senang jadi baik.
Org yg sentiasa rasa takut pada Allah,hatinya senang jadi baik.
Bila amalan soleh pada anggotanya,dia akan jadi org baik.
Bila jadi org baik,tak akan berlaku nak dengki dgn org atau buat yg tak baik.

SAYA SAKIT PARKINSION DAN MAKAN UBAT TIDUR.BILA BANGKIT ATAU TERJAGA DARI TIDUR, SUSAH NAK TIDUR BALIK.BAGAIMANA USTAZ?
Ludahlah sebanyak 3kali disebelah kiri.
Ludah dgn syarat sahaja.
Amalkan doa terkejut dari tidur.

BILA KITA SAKIT KITA BOLEH INGAT ALLAH DAN BOLEH JUGA INGAT IBUBAPA ATAU PASANGAN KITA.
APA² YG ALLAH BERI CTH SAKIT,LETIH,PENAT DAN KEMURUNGAN INI ADALAH KERANA ALLAH NAK KAFARAH ATAS DOSA² YG TELAH KITA LAKUKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJangankeliru

Mutiarakata Imam Syafii yang Dahsyat

KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'I YG DAHSYAT

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam Syafi'i)

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam Syafi'i)

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafi'i)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafi'i)

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafi'i)

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam Syafi'i)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam Syafi'i)

SEMOGA BERMANFAAT.....

Tuesday, February 27, 2018

Merangsang Percakapan Dari Selepas Lahir

MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR

"Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap "kucing" bukan meow meow"
Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) dengan bangga dan yakin kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja 😁

Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga macam skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap 'kucing", "mama", atau "papa". Jika kita terus ajar perkataan yang complex, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami lewat bercakap. Umpama umur 7 tahun diajar subjek darjah 6.

Untuk anak bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,

TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)
1. Senyum
2. Buat bunyi "aaaa", 'eeee"..
3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya.
4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah).
5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.

Tips:
- Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur, pandang mata.
- Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi.
- Sikat dan usap rambut sambil menyusu.
- Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak utk melihat ke arah bunyi.
- Untuk yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dia nak.
- Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi tak payah sopan-sopan sangat 😘

TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)
1. Ketawa mengeluarkan bunyi semasa bermain.
2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa "alien" 🙊
3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit).
4. Respon dan pandang ke arah bunyi.
5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi.
6. Fokus terhadap bunyi muzik.

Tips:
- Kerap ketawa bersama bayi.
- Kerap berbual. Bila anak sedang bercakap bahasa "alien", angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap).
- Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza.
- Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak 😜). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi.
- Menyanyi sambil tepuk tangan.

TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN)
1. Cuba untuk mengikut bunyi.
2. Menyebut "bababa", "mamamama" seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik.
3. Memahami arahan mudah seperti "datang sini".
4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu.
5. Pergi ke arah bunyi.
6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata)
7. Menyebut perkataan pertama seperti "bye- bye", "hai" atau "mama".

Tips:
- Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda.
- Ulang-ulang dan ulang.
- Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku.
- Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk oral motor).
- Ajar "flying kiss" bersama dengan gerakan mulut dan tangan.
-Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut.
- Beri arahan sambil guna pergerakan badan.
- Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri "tatatata" atau "nananana" sebagai tanda kita berminat untuk mendengar.
- Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut.
- Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya "Ini kucing, bunyi kucing "meoww"".
- Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan.
- Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai.
- Jangan cakap pelat dengan anak 😷

Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak. Ada yang mengadu dengan saya,

Client: "Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia".

Saya: "Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?"

Client: "Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv".

Jadi mana silapnya? Ok, anak bawah umur 1 tahun akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada 'background" tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan. Anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan tidak patut (auditory filtering).

Sudah ada kajian pada awal tahun ini terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).

Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya 😊

Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin. Saya ada menyediakan perkhidmatan OT di Selayang, sesiapa berminat boleh pm saya.

Kalau saya buat kelas merangsang perkembangan bayi untuk ibu bapa baru atau bakal ibu ada tak yang berminat? Kalau minat, boleh taip "Nak" dan nyatakan lokasi 😍

Dialu-alukan untuk "Share", "Follow", "Like", tag pasangan dan save page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif Occupational Therapist.

Terima kasih, semoga bermanfaat

Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja