Showing posts with label kahak. Show all posts
Showing posts with label kahak. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Kahak Berdarah, Bahaya ?


Soalan
Salam..saya ada mengalami kahak berdarah sejak thn 2007.it is a recurrent symptom.the last one was on the last september.doc found out that ive heart murmur(soft murmur).should i take it seriously?
Jawapan
Salam, kahak berdarah atau dalam bahasa Inggerisnya hemoptysis yang dialami saudara mungkin berlaku atas beberapa sebab. Namun perlu diingatkan kahak berdarah BUKAN SITUASI NORMAL. Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit yang mengakibatkan kahak berdarah adalah penyakit yang serius.
Langkah pertama: pastikan sumber
Doktor akan pastikan sama ada darah itu benar-benar datang dari paru-paru, salur pernafasan (nasopharynx) atau dari salur makanan (pendarahan di esophagus atau perut kemudian dimuntahkan kembali melalui mulut). Mungkin mudah bagi doctor melakukan perkara tersebut dan mungkin sukar. Kahak berdarah yang keluar ketika batuk selalunya dari paru-paru anda. Sekiranya pemeriksaan paru-paru normal, maka pemeriksaan salur pernafasan dan salur makanan diperlukan. Kadang-kadang khidmat pakar diperlukan.
Langkah kedua : mengenal pasti jumlah dan warna kahak



Kahak berdarah yang lebih secawan dalam sehari sangat berbahaya kerana pendarahan serius mungkin berlaku dan penyakit-penyakit serius mungkin terlibat. Sekiranya warna kahak tersebut merah, kemerah-merahan selalunya dari paru-paru atau salur pernafasan. Sekiranya merah gelap atau coklat selalunya dari salur makanan. Yang sukarnya apabila darah dari salur pernafasan ditelan masuk ke perut, berubah warna kemudian dikeluarkan kembali melalui batuk atau muntah. Doktor mungkin keliru dengan warna coklat tersebut dan mengatakan darah berasal dari salur pencernaaan sedangkan hakikatnya dari salut pernafasan atau paru-paru.

Sekiranya doctor sudah mendapat maklumat darah tadi datang dari mana, jumlah, warna kahak, beliau seharusnya tahu sekerap mana kahak berdarah berlaku, ada ambil ubat jenis anticoagulant atau penyakit lain. Maklumat anda seorang perokok, hisap sisha atau pengambilan dadah sangat penting lebih-lebih lagi untuk mengetahui kanser paru-paru atau tidak.
Ringkasan maklumat
1.darah datang dari mana (true or spurious hemptysis)
2.Jumlah dan warna
3.kekerapan
4.Ubat anticoagulant
5.Penyakit lain
6.Perokok, sisha, dadah
Maklumat ini dapat member gambaran penyakit-penyakit yang terlibat.
Sebab-sebab Kahak berdarah (differential diagnosis):
Penyakit yang selalu terjadi
1.Jangkitan :
a.acute bronchitis,
b.pneumonia (paru-paru berair),
c.lung abscess (paru-paru bernanah),
d.bronchiectasis,
e.Tuberculosis (penyakit TB),
f.coccidiodomycosis,
g.aspergilloma,
h.pneumonic plaque,
i.sarcoidosis,
2.Kanser : Kanser paru-paru
3. Pulmonari thromboembolism

4.Congestive heart failure (masalah jantung yang merosakkan paru-paru)
5.Trauma (kecederaan)
6.Ubat anticoagulant
7.Tertelan objek (kanak-kanak)
Penyakit yang jarang terjadi:
1.Hereditary hemorrhagic telangiectasia (HHT or Rendu-Osler-Weber syndrome),
2. Goodpasture's syndrome
3.Wegener's granulomatosis
Doktor anda akan buat pemeriksaan klinikal dan makmal untuk mengetahui diagnosis yang tepat dan “exclude” penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Kanser paru-paru sangat penting untuk dikecualikan.
Antara ujian makmal yang perlu dilakukan (tidak semua perlu) adalah seperti berikut:
(secara am)
1.Bronchoscopy
2.X-ray dada
3.CT Scan
4.Coagulation studies, such as PT or PTT
5.Complete blood count
6.Sputum culture and smear
7.Lung biopsy  (jarang)
8.Lung scan(jarang)
9.Pulmonary arteriography (jarang)
(secara spesifik)
Ujian makmal yang menjurus kepada satu-satu penyakit sangat penting untuk dilakukan. Contohnya Tuberculin test untuk TB.
Murmur yang didengar memberi kemungkinan penyakit berpunca di jantung. Namun diagnosis sebenar hanya diketahui selepas semua pemeriksaan dan ujian makmal. Serahkan pada doctor anda untuk diagnosis. Sekiranya ada keraguan berbincang dengan beliau dan sentiasa dapatkan pandangan kedua dari doctor lain. Shafakallah, semoga diberi kesihatan dan dilindungi daripada penyakit-penyakit berbahaya.
Panduan bagi health professional:


Rujukan