Showing posts with label batuk. Show all posts
Showing posts with label batuk. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Kahak Berdarah, Bahaya ?


Soalan
Salam..saya ada mengalami kahak berdarah sejak thn 2007.it is a recurrent symptom.the last one was on the last september.doc found out that ive heart murmur(soft murmur).should i take it seriously?
Jawapan
Salam, kahak berdarah atau dalam bahasa Inggerisnya hemoptysis yang dialami saudara mungkin berlaku atas beberapa sebab. Namun perlu diingatkan kahak berdarah BUKAN SITUASI NORMAL. Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit yang mengakibatkan kahak berdarah adalah penyakit yang serius.
Langkah pertama: pastikan sumber
Doktor akan pastikan sama ada darah itu benar-benar datang dari paru-paru, salur pernafasan (nasopharynx) atau dari salur makanan (pendarahan di esophagus atau perut kemudian dimuntahkan kembali melalui mulut). Mungkin mudah bagi doctor melakukan perkara tersebut dan mungkin sukar. Kahak berdarah yang keluar ketika batuk selalunya dari paru-paru anda. Sekiranya pemeriksaan paru-paru normal, maka pemeriksaan salur pernafasan dan salur makanan diperlukan. Kadang-kadang khidmat pakar diperlukan.
Langkah kedua : mengenal pasti jumlah dan warna kahak



Kahak berdarah yang lebih secawan dalam sehari sangat berbahaya kerana pendarahan serius mungkin berlaku dan penyakit-penyakit serius mungkin terlibat. Sekiranya warna kahak tersebut merah, kemerah-merahan selalunya dari paru-paru atau salur pernafasan. Sekiranya merah gelap atau coklat selalunya dari salur makanan. Yang sukarnya apabila darah dari salur pernafasan ditelan masuk ke perut, berubah warna kemudian dikeluarkan kembali melalui batuk atau muntah. Doktor mungkin keliru dengan warna coklat tersebut dan mengatakan darah berasal dari salur pencernaaan sedangkan hakikatnya dari salut pernafasan atau paru-paru.

Sekiranya doctor sudah mendapat maklumat darah tadi datang dari mana, jumlah, warna kahak, beliau seharusnya tahu sekerap mana kahak berdarah berlaku, ada ambil ubat jenis anticoagulant atau penyakit lain. Maklumat anda seorang perokok, hisap sisha atau pengambilan dadah sangat penting lebih-lebih lagi untuk mengetahui kanser paru-paru atau tidak.
Ringkasan maklumat
1.darah datang dari mana (true or spurious hemptysis)
2.Jumlah dan warna
3.kekerapan
4.Ubat anticoagulant
5.Penyakit lain
6.Perokok, sisha, dadah
Maklumat ini dapat member gambaran penyakit-penyakit yang terlibat.
Sebab-sebab Kahak berdarah (differential diagnosis):
Penyakit yang selalu terjadi
1.Jangkitan :
a.acute bronchitis,
b.pneumonia (paru-paru berair),
c.lung abscess (paru-paru bernanah),
d.bronchiectasis,
e.Tuberculosis (penyakit TB),
f.coccidiodomycosis,
g.aspergilloma,
h.pneumonic plaque,
i.sarcoidosis,
2.Kanser : Kanser paru-paru
3. Pulmonari thromboembolism

4.Congestive heart failure (masalah jantung yang merosakkan paru-paru)
5.Trauma (kecederaan)
6.Ubat anticoagulant
7.Tertelan objek (kanak-kanak)
Penyakit yang jarang terjadi:
1.Hereditary hemorrhagic telangiectasia (HHT or Rendu-Osler-Weber syndrome),
2. Goodpasture's syndrome
3.Wegener's granulomatosis
Doktor anda akan buat pemeriksaan klinikal dan makmal untuk mengetahui diagnosis yang tepat dan “exclude” penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Kanser paru-paru sangat penting untuk dikecualikan.
Antara ujian makmal yang perlu dilakukan (tidak semua perlu) adalah seperti berikut:
(secara am)
1.Bronchoscopy
2.X-ray dada
3.CT Scan
4.Coagulation studies, such as PT or PTT
5.Complete blood count
6.Sputum culture and smear
7.Lung biopsy  (jarang)
8.Lung scan(jarang)
9.Pulmonary arteriography (jarang)
(secara spesifik)
Ujian makmal yang menjurus kepada satu-satu penyakit sangat penting untuk dilakukan. Contohnya Tuberculin test untuk TB.
Murmur yang didengar memberi kemungkinan penyakit berpunca di jantung. Namun diagnosis sebenar hanya diketahui selepas semua pemeriksaan dan ujian makmal. Serahkan pada doctor anda untuk diagnosis. Sekiranya ada keraguan berbincang dengan beliau dan sentiasa dapatkan pandangan kedua dari doctor lain. Shafakallah, semoga diberi kesihatan dan dilindungi daripada penyakit-penyakit berbahaya.
Panduan bagi health professional:


Rujukan

Punca Batuk berkahak


Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga
Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa
Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya berpunca batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.
Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya rawatan batuk berkahak tidak diambil ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil penyakit paru-paru berair.Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asthma.
Pengambilan yang perlu dicegah iaitu
- Mengurangkan pengambilan makanan segera
- Air yang bergas
- Minuman yang berais
Dan amalan yang perlu dilakukan selalu
- Dengan meminum air suam secukupnya
- Senaman
- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.
Yang diatas kebanyakkan untuk yang telah dewasa dan manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti
- membasuh tangannya selalu
- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik
- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya
Setiap apa pun yang berlaku perlulah di cegah dari peringkat awal sebelum terlambat kerana disetiap badan manusia mengandungi banyak sel-sel yang penting terutamanya pada pernafasan.Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar hidup yang akan datang lebih harmoni dan terhindar dari sebarang penyakit.”Hak Manusia Berusaha Dan Kesembuhan Mutlak Adalah Hak ALLAH.”

Batuk

Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk kita. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.

Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).

Ada dua jenis batuk yang utama:

* batuk yang berkahak (productive cough)

* batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis batuk yang anda alami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.

Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.

Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor anda untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.


Batuk yang berkahak

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.

* Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

* Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

* Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

* Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:

* guaifenesin (Breacol)
* carbocisteine (Rhinothiol)
* ambroxol (Mucosolvan)
* cyclidrol (Mucoflux)
* herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.

Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja. Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.

Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda. Sila lihat artikel penting di antibiotik.htm.


Batuk tidak berkahak

Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Pengambilan ubat perlu untuk mengawal rasa pedih yang dirasai. Antara jenama yang popular ialah Cofcare. Jenama yang lebih kuat pula boleh didapati di farmasi atau klinik. Pastikan anda dapatkan penerangan yang lengkap sebelum mengambilnya. Ubat batuk jenis yang tidak bekahak yang lebih kuat ini (ubat ini dikenali sebagai anti-tussive) adalah seperti codeine, pholcodine, dextromethorphan dan clobutinol.

Dextromethorphan boleh didapati dalam bentuk sirap, pil dan juga gula-gula untuk dikemam. Ia adalah antara jenis yang popular dan jenama yang ada termasuklah Actifed DM, Sedilix DM, Cofdex (pil), Tussil (gula-gula) dsb. Jenama Duro-tuss pula mengandungi pholcodine dan ia sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak mengandungi gula. Pholcodine tidaklah menyebabkan ketagihan seperti codeine. Jenama yang mengandungi codeine hendaklah dijauhi sekiranya boleh kerana ada alternatif lain seperti yang dinyatakan di atas. Codeine boleh menyebabkan ketagihan. (Tambahan: Mulai tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pembuatan ubat batuk yang mengandungi kodein (codeine) diberhentikan.)

Kesemua ubat di atas mungkin menyebabkan pengambilnya mengantuk dan khayal (codeine). Ubat yang mengandungi clobutinol seperti Silomat tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Sekiranya anda merasa sakit tekak yang teruk, ubat seperti Dequadin, Strepsil dsb. boleh membantu. Untuk yang lebih kuat lagi, dapatkan dari farmasi atau klinik, seperti Difflam dan Strepsil Dual Action.


Perkara-perkara lain

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

* minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

* pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan.

* sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.

* persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

* sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

* hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.


Selain itu, perkara-perkara ini haruslah diperhatikan:

* ada sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.

* kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.

* sekiranya batuk anda tidak baik dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.

* batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber: Farmasi Anis