Showing posts with label asma. Show all posts
Showing posts with label asma. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Merawat 'asma' dgn bunga kenanga..

Merawat 'asma' dgn bunga kenanga..

Bagi anda yang mengalami masalah sesak nafas, adalah disarankan supaya menghadapinya dengan penuh sabar. Ini berikutan ia bukannya boleh disembuhkan dalam masa yang singkat, tetapi anda boleh memulihkannya secara beransur-ansur. Anda perlukan masa untuk merawat sesak nafas ini.

Justeru itu, dikongsikan 2 kaedah untuk merawat masalah sesak nafas ini. Menggunakan bahan yang sama iaitu bunga kenanga. Cuma pendekatannya saje yang agak berbeza sikit.

Satu, kaedah yang disyorkan oleh En. Tajuddin Abdul Manap, Pegawai Laboratori Fitoubatan dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia.

Caranya begini;

1. Ambil segenggam bunga kenanga (gambar di atas).

2. Basuh dulu untuk membersihkannya.

3. Rebus bunga kenanga tadi dengan sedikit air sampai mendidih.

4. Semasa air tengah menggelegak, masukkanlah 1/2 sudu gula pasir.

5. Biarkan ia sekejap dan padamkan api apabila paras air didihan tadi dah berkurangan sebanyak 1/3 daripada paras asal (Agak-agak la).

6. Kemudian, minumlah air didihan bunga kenanga tadi sedikit demi sedikit.

7. Amalkan meminumnya selalu. Buat dalam 2 kali sehari iaitu meminum sekali pagi dan sekali petang.


Keduanya pula adalah kaedah tradisional yang juga boleh digunapakai untuk mengubati penyakit lelah dan malaria.

Untuk kaedah ini, ianya lebih mudah sikit iaitu;

1. Ambil 3 kuntum bunga kenanga.

2. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Ataupun boleh celurkan sehingga air panas tadi menjadi suam.

3. Kemudian, buangkan bahagian kuntum bunga kenanga tu dulu.

4. Lepas tu, minumlah airnya perlahan-lahan.

5. Amalkan meminumnya dalam 2 kali sehari yer.


Mudah-mudahan petua kali ini mampu membantu anda merawat rasa sesak nafas sehinggalah anda berasa pulih sepenuhnya.

Selamat Mencuba!

Merawat 'asma' dengan Al-Quran..

Merawat 'asma' dengan Al-Quran..

Berikut pula adalah istilah penyakit asma atau lelah serta cara rawatan dalam konteks perubatan Islam:

Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran atau pembengkakkan saluran pernafasan tersebut. Paru-paru mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling atau bahan alergi (allergic reaction) atau keterunan. Sekiranya tidak di kawal, penyakit ini boleh menjadi serius dan menyerang secara mendadak. Di antara gejala yang selalu menyerang sakit ini ialah nafas berbunyi (wheezing), batuk dan sesak nafas.

Komplikasi:

1. Boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai 'pneumonia'.
2. Oleh mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pnenmo thorax)
3. Kronik asma menyebabkan paru-paru kembang, sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat.
4. Mendapat serangan asma yang serius hingga membawa kematian.
5. Bagi kanak-kanak pembesaran akan terbantut.
6. Jika wanita hamil akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.

Punca penyakit:

1. Faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi
2. Jangkitan saluran pernafasan (infection)
3. Alergi kepada habuk, asap, udara yang terlalu sejuk atau terlalu panas, bulu binatang,
4. Tekanan emosi dan fizikal
5. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat
6. Senaman yang terlaluan
7. Slergi kepada makanan seperti pulut, buah nangka, makanan laut seperti kerang, udang, etc.
8. Ubat-ubat tertentu seperti aspirin
9. Asap rokok

Simptom:

1. Batuk perpanjangan terutama waktu pagi dan malam.
2. Nafas berbunyi (wheezing sound).
3. Rasa sesak nafas waktu berjalan atau ketika berehat.

Cara Perubatan:

1. Membaca ayat-ayat Al Quran yang khusus untuk penyakit ini.
2. Memakan satu sudu besar madu lebah asli setiap pagi.
3. Untuk sakit chronik asma, perlu berjumpa dengan perawat.


SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT ASMA:

(Bagi lebih jelas pesakit hendaklah berjumpa dengan perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anfaal ayat 54 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 51 hingga 72, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


sumber: syifa_alhidayah.com

Tuesday, March 26, 2013

6 Tips Merawat Asma Secara Alami di Rumah

6 Tips Merawat Asma Secara Alami di Rumah

 
Ubat asma seperti steroid sebenarnya lama kelamaan boleh memburukkan asma.
Jika ingin mengelakkan terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan penggunaan ubat asma jangka panjang, pesakit boleh cuba rawatan asma secara semulajadi seperti berikut:
1. Elakkan makanan dan alergen yang boleh menyebabkan asma.
Makanan olahan, zat adiktif, daging, dan makanan diproses dari susu boleh memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan meningkatkan pengeluaran lendir.
Gunakan penapis udara anti alergen di dalam rumah untuk mengurangkan jumlah debu dan serbuk di dalam udara.
Gunakan pembersih vakum untuk membersihkan karpet atau singkirkan karpet sama sekali dari rumah kerana boleh menjadi sarang debu.
2. Tambahkan bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan.
Contoh bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan adalah bawang putih dan paprika. Ginseng dan makanan dengan asid lemak omega 3 juga boleh membantu menurunkan keradangan.
Beberapa makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 antara lain ikan, biji jintankacangbuah oren, grape fruit, tangerin yakni  buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C ,minum dalam keadaan sederhana sejuk,jauhi jus oren dari ais, kerana ais atau sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma. Anda juga boleh menggunakan tambahan asid lemak omega 3.
Makanan tersebut boleh membuka saluran nafas di paru-paru dan memperbaiki pernafasan.
3. Serangan asma membuat tubuh mudah terdedah kepada radikal bebas.
Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dan membuat gejala asma bertambah buruk.
Oleh kerana itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sumber makanan yang mengandungi antioksidan.
4. Minum teh chamomile untuk mengubati asma.
Chamomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.
5. Gunakan tambahan magnesium untuk mengubati asma secara semulajadi.
Mengambil 500 mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan.
Tingkatkan pula pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi magnesium tinggi seperti bayam, gandum, taugeh, dan okra.
6. Lakukan latihan pernafasan dan teknik relaksasi untuk membantu mengatasi serangan asma ringan.
Bernapaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Tetaplah tenang kerana kepanikan akan membuat gejala asma bertambah buruk.
Pesakit mungkin tidak dapat mengelakkan penggunaan inhaler sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya frekuensi pemakaiannya dapat dikurangkan./oketips

Wednesday, March 20, 2013

Asma tiada ubat perlu dicegah

Asma tiada ubat perlu dicegah

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanakSerangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma. Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh. Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

PerubatanSedutan (Inhaler)Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yang kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami. Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan) Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya. Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma 1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4. Pewarna makanan.
5. Asap dan debu.
6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8. Tekanan
9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.
Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.
Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.
Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.
Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.
Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.
Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.
Peringatan :
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

Sumber : Majalah Jelit

Monday, April 30, 2012

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma - Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.