6 Tips Merawat Asma Secara Alami di Rumah
Ubat asma seperti steroid sebenarnya lama kelamaan boleh memburukkan asma.
Jika
ingin mengelakkan terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan
penggunaan ubat asma jangka panjang, pesakit boleh cuba rawatan asma
secara semulajadi seperti berikut:
1. Elakkan makanan dan alergen yang boleh menyebabkan asma.
Makanan
olahan, zat adiktif, daging, dan makanan diproses dari susu boleh
memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan
meningkatkan pengeluaran lendir.
Gunakan penapis udara anti alergen di dalam rumah untuk mengurangkan jumlah debu dan serbuk di dalam udara.
Gunakan
pembersih vakum untuk membersihkan karpet atau singkirkan karpet sama
sekali dari rumah kerana boleh menjadi sarang debu.
2. Tambahkan bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan.
Contoh bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan adalah bawang putih dan paprika. Ginseng dan makanan dengan asid lemak omega 3 juga boleh membantu menurunkan keradangan.
Beberapa makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 antara lain ikan, biji jintan, kacang, buah oren, grape fruit, tangerin yakni buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C ,minum
dalam keadaan sederhana sejuk,jauhi jus oren dari ais, kerana ais atau
sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting komponen
pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma. Anda juga boleh menggunakan tambahan asid lemak omega 3.
Makanan tersebut boleh membuka saluran nafas di paru-paru dan memperbaiki pernafasan.
3. Serangan asma membuat tubuh mudah terdedah kepada radikal bebas.
Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dan membuat gejala asma bertambah buruk.
Oleh kerana itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sumber makanan yang mengandungi antioksidan.
4. Minum teh chamomile untuk mengubati asma.
Chamomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.
5. Gunakan tambahan magnesium untuk mengubati asma secara semulajadi.
Mengambil 500 mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan.
Tingkatkan pula pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi magnesium tinggi seperti bayam, gandum, taugeh, dan okra.
6. Lakukan latihan pernafasan dan teknik relaksasi untuk membantu mengatasi serangan asma ringan.
Bernapaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Tetaplah tenang kerana kepanikan akan membuat gejala asma bertambah buruk.
Pesakit
mungkin tidak dapat mengelakkan penggunaan inhaler sepenuhnya, namun
sekurang-kurangnya frekuensi pemakaiannya dapat dikurangkan./oketips
No comments:
Post a Comment