Nampaknya
serangan gangguan dari manusia makin berani dan semakin meningkat
setiap hari. Bahkan lebih bahaya seperti apa yang kita sangka manusia
sepatutnya memiliki hati dan perasaan tergamak melakukan apa sahaja demi
mencapai cita-citanya. Apakah ikhtiar yang perlu kita lakukan bagi
menghadapi atau mencegah daripada keadaan yang tidak selamat itu?
Dibawah
ini adalah beberapa tips dari PDRM untuk kita perhatian bersama
mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dalam menghadapi
sebarang kemungkinan.
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2.
Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3.
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah
malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4.
Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8.
Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda,
sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9.
Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan
mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh
memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda
berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi
anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini
memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11.
Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone
anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13.
Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia
akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan
angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa
memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm
mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan
rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat
permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis
buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON
merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru
dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering
sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu
melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan,
sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg
mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19.
Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap
bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada
jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment