Tuesday, August 28, 2012

Atlantis











Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani kuno Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.

Menurut Plato, pulau Atlantis yabg terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Europah barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.

Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja Utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada careka sains kepada buku komik dan filem wayang.


Atlantis sebuah pulau bertamaddun wujud sebelum Cina dan Mesir. Wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana. Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. Bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua. Terdapat di kepulauan Bahamas.





Saintis masih kaji tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato.

SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini:

Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan

lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

No comments: