Monday, August 6, 2012

General Prosedur Jual Beli Hartanah


    General Prosedur Jual Beli Hartanah

Untuk post pada kali ini, saya akan menerangkan secara general, prosedur-prosedur yang terlibat dalam suatu urusan jual beli hartanah. Saya percaya pasti ramai yang ingin tahu terutama sekali kepada sesiapa yang baru pertama kali ingin menjual ataupun membeli hartanah dan mungkin juga sesiapa yang baru menjinak-jinakkan diri dalam bidang hartanah. Namun begitu suka saya ingatkan bahawa prosedur-prosedur yang bakal saya terangkan adalah secara general. Sekiranya terdapat soalan atau kekeliruan, saya alu-alukan pertanyaan, perbincangan dan pendapat semua untuk kebaikan bersama.
  1. Proses bermula di saat Pembeli bertindak membayar "booking fee/earnest deposit" kepada Penjual/Agent Hartanah. Amaun "booking fee/earnest deposit" selalunya 2% or 3% dari jumlah harga belian. Selepas pembayaran dibuat, Penjual/Agent Hartanah seharusnya memberikan surat yang selalunya dikenali sebagai "Confirmation to Purchase". Surat tersebut mengandungi particulars tentang hartanah yang dibeli, Pembeli, Penjual, tempoh masa urusan jual beli, bila perjanjian jual beli harus ditandatangani dan beberapa perkara yg dipersetujui oleh Pembeli dan Penjual. Sebaik sahaja membuat pembayaran tersebut, Penjual/Agen akan memberikan kepada Pembeli semua dokumen-dokumen berkenaan rumah tersebut seperti salinan previous SPA, salinan geran (jika ada geran individu/strata), salinan IC Penjual dan etc.
  2. Selepas itu, Pembeli digalakkan melantik lawyer SPA dan dalam masa yang sama membuat permohonan pinjaman perumahan dari mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Proses approval of loan selalunya mengambil masa 2 minggu sahaja.
  3. Lawyer SPA kemudiannya akan menyediakan SPA untuk ditandatangani oleh Pembeli dan Penjual. SPA yang telah ditandatangani oleh Pembeli dan Penjual akan dihantar ke pejabat duti setem untuk tujuan penyeteman sebanyak RM10 setiap salinan. SPA hendaklah disediakan dalam 4 salinan.
  4. Bank kemudiannya akan mengeluarkan jumlah baki hutang Penjual dalam bentuk cek di bayar kepada Bank Penjual. Setelah menerima jumlah tersebut, Bank Penjual akan memberikan semua dokumen-dokumen asal termasuklah geran asal (jika ada) kepada lawyer.
  5. Bagi hartanah yang memiliki geran, lawyer akan menghantar kesemua dokumen-dokumen penting yang dikehendaki oleh pejabat tanah termasuklah geran asal ke pejabat tanah yang berkenaan untuk tujuan pendaftaran pindah hakmilik.
  6. selepas pendaftaran dibuat, baru lah Bank akan mengeluarkan baki pinjaman yang belum lagi dikeluarkan yang juga merangkap baki harga belian.
  7. Selepas jumlah tersebut dikeluarkan oleh Bank Pembeli, Penjual kemudiannya akan menyerahkan kunci rumah kepada Pembeli.
Sekali lagi, suka saya ingatkan semua bahawa prosedur yang diterangkan di atas adalah ringkasan kepada prosedur sebenar. Kalau nak disenaraikan semua sekali sangatlah panjang berjela-jela, boleh buat satu buku. Namun begitu, anda jgn risau kerana boleh dikatakan 95% daripada prosedur di atas di jalankan oleh Lawyer yang telah dilantik. Bermakna, semua urusan yang melibatkan pejabat tanah, pejabat duti setem, bank, pemaju dan sebagainya akan dijalankan oleh Lawyer.

Oleh yang demikian, jikalau ada persoalan atau ada kekeliruan, boleh lah ajukan di sini. InsyaAllah saya akan jawab.

Happy reading!!!!!

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/06/general-prosedur-jual-beli-hartanah.html

No comments: