Monday, August 6, 2012

TEMPOH MASA-Jual Beli Hartanah


    TEMPOH MASA-Jual Beli Hartanah

(Perhatian-Topik ini menjurus kepada pembelian "second hand house" atau "subsale")

Di Malaysia, jangkamasa untuk suatu urusan jual beli rumah diselesaikan adalah 3 bulan + 1 bulan. Persoalan yang sering timbul, bila jangkamasa tersebut bermula? Adakah dari saat Pembeli memberikan deposit or dari tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) or .................... Ramai yang terkeliru dan tidak kurang jugak langsung tidak ambil tahu. Sekiranya anda seorang Penjual atau Pembeli, percaya lah anda perlu ambil tahu tentang perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, persoalan bila jangkamasa tersebut bermula, sebenarnya bergantung kepada persetujuan di antara kedua-dua pihak Penjual dan juga Pembeli atas nasihat peguam masing-masing. Dalam artikel ini saya akan cuba ketengahkan beberapa status Hartanah yang sebenarnya mempengaruhi tempoh masa urusan jual beli Hartanah.

Secara umum nya, tempoh masa urusan jual beli Hartanah bagi Hartanah yang mempunyai Geran dan berstatus Kekal/Freehold, biasanya akan bermula dari tarikh SPA sehinggalah tarikh pembayaran penuh harga belian oleh Pembeli (secara cash) ataupun oleh Bank Pembeli.

Bagi Hartanah yang Tidak mempunyai Geran, tempoh masa akan berjalan selepas peguam Pembeli menerima surat pengesahan/"letter of confirmation" daripada Pemaju. Surat tersebut akan menyatakan bahawa Penjual perlu membuat segala bayaran-bayaran yang tertunggak kepada Pemaju. kronologinya adalah seperti berikut, selepas SPA ditandatangani dan disetemkan, peguam Penjual/Pembeli akan menulis surat kepada Pemaju dan meminta Pemaju agar membekalkan mereka dengan surat pengesahan/"letter of confirmation". Penjual kemudiannya akan menyelesaikan segala pembayaran tertunggak. Selepas pembayaran diselesaikan, baru lah tempoh masa akan berjalan.

Untuk Hartanah yang ada Geran tetapi berstatus Leasehold/Pajakan, Hartanah tidak boleh dipindah hakmilik, digadai atau dipajak melainkan dengan keizinan pihak berkuasa negeri. Oleh yang demikian, untuk meneruskan urusan jual beli Hartanah, Penjual terlebih dahulu wajid mendapatkan kebenaran tersebut. Dari segi jangkamasa, pada kebiasaannya ia hanya akan bermula apabila Kebenaran Pindahmilik diterima oleh peguam. Untuk makluman semua tempoh masa untuk kebenaran tersebut dikeluarkan bergantung kepada pejabat tanah tertentu.

Apakah kebaikan mengetahui jangkamasa urusan jual beli Hartanah:-

Bagi pihak Penjual - Anda boleh mengetahui sama ada anda layak untuk mendapat kadar faedah/interest kerana kelewatan pembayaran harga belian sepenuhnya.

Bagi pihak Pembeli - sekiranya sebelum ini anda menyewa dan merancang untuk menduduki rumah yang dibeli sebaik sahaja proses selesai, anda boleh merancang bila waktu yang sesuai untuk anda memberikan notis penamatan kepada tuan rumah yang anda sewa.  

sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/06/tempoh-masa-ju.html

No comments: