"Berapa jumlah bayaran guaman yang perlu di bayar?".
Lazimnya inilah soalan pertama yang akan diajukan oleh client kepada
para peguam. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan
bagaimana untuk mengira jumlah bayaran guaman bagi suatu urusan jual
beli rumah/hartanah.
Jumlah bayaran guaman bukan lah satu jumlah yang bergantung kepada keputusan peguam. "Solicitors' Remuneration Order 2005" (SRO) merupakan
undang-undang yg telah digubal khas dan menjelaskan dengan tegas bahawa
peguam hendaklah mengenakan kepada pembeli jumlah bayaran guaman
mengikut skala yang telah ditetapkan.
Skala yang terdapat dalam SRO adalah seperti berikut:-
1. Untuk RM150,000.00 - 1.0%
(tertakluk kepada bayaran minimum RM300.00)
2. Untuk RM850,000.00 yang seterusnya - 0.7%
3. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya - 0.6%
4. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya - 0.5%
5. Untuk RM2,500,000.00 yang seterusnya - 0.4%
6. Sekiranya jumlah Harga Belian lebih dari RM7,500,000.00,
fee yang dikenakan bergantung kepada budi bicara peguam,
tetapi tidak boleh melebihi kadar 0.4%.
Contoh kiraan 1:-
Harga belian rumah/hartanah = RM200,000.00
1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
2. RM50,000.00*0.7% = RM350.00
Jumlah bayaran guaman = RM1,850.00
Contoh kiraan 2:-
Harga belian rumah/hartanah = RM2,000,000.00
1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
2. RM850,000.00*0.7% = RM5,950.00
3. RM1,000,000.00*0.6% = RM6,000.00
Jumlah bayaran guaman = RM13,450.00
Namun begitu, bagi Rumah/Hartanah yang dibeli dari Pemaju di bawah Akta "Housing Development (Control & Licensing) Act 1966", skala bayaran guaman adalah sedikit berbeza iaitu seperti berikut:-
1. RM250
- Untuk Hartanah yang berharga RM45,000.00 dan ke bawah.
2. 75% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah berharga lebih dari RM45,000.00
tetapi tidak lebih dari RM100,000.00.
3. 70% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah yang bernilai lebih dari RM100,000.00
tetapi tidah lebih dari RM500,000.00.
4. 65% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah yang bernilai lebih dari RM500,000.00.
Contoh kiraan (ambil contoh kiraan 1):-
Harga belian rumah/hartanah terus dengan Pemaju = RM200,000.00
Bermakna, Item 3 di atas akan terpakai.
Jumlah bayaran guaman yang sepatutnya = RM1,850.00
70% dari RM1,850.00 = RM1295.00
Ini
bermakna, kalau pembelian Hartanah dibuat terus dengan Pemaju, jumlah
bayaran guaman adalah murah dan diskaun diberikan. Tapi ingat! diskaun
bayaran guaman hanya boleh diberikan sekiranya pembelian dibuat direct
dengan Pemaju.
Harap
maklumat ini membantu para pembaca blog ini. Sekiranya ada sebarang
pertanyaan, anda boleh ajukan dalam blog ini @ email saya di salmiahsalim@gmail.com.
P/S:-
Peringatan di atas hanya untuk jumlah bayaran guaman sahaja dan belum
termasuk perbelanjaan lain yang dikenali sebagai "Disbursement".
sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/06/bayaran-guaman-urusan-jual-beli.html
No comments:
Post a Comment