Kulit Muka Lembut dan Cerah
Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka anda. Biarkan ia kering. Seterusnya, anda cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.
Petua 2: Campurkan parutan lobak me
rah,
kuning telur dan sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada
muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang
pembersih muka.
Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 35 minit. Selepas itu, cuci dengan air biasa. Amalkannya 3 kali seminggu.
Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan dan biarkan sehingga bedak itu kering. Kemudian, basuh dengan air suam.
Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.
Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka anda seperti memakai bedak sejuk. Lakukannya setiap hari.

No comments:
Post a Comment