Beli Rumah Dari Pemaju-Lantik Peguam Sendiri?
Saya tahu, anda pasti biasa mendengar tawaran Pemaju Perumahan-"Free Legal Fees".
Tawaran ini dibuat untuk menggalakkan pembelian rumah yang dimajukan
oleh Pemaju Perumahan tertentu dan secara tidak langsung dapat
meringankan beban Pembeli untuk membayar bayaran guaman dalam penyediaan
perjanjian jual beli di antara Pemaju dan Pembeli.
Tawaran
tersebut sebenarnya bermaksud, Pemaju akan membayar jumlah bayaran
guaman dan secara tidak langsung Peguam tersebut akan bertindak bagi
pihak Pemaju. Untuk pengetahuan semua, Peguam tidak boleh mewakili
pihak Pemaju dan Pembeli dalam satu transaksi yang sama bagi mengelakkan
"conflict of interest".
Oleh
itu, tahukah anda bahawa sebagai Pembeli, anda berhak untuk melantik
peguam anda sendiri walaupun pembelian dibuat dari Pemaju yang
memberikan tawaran di atas. Tapi of course sekiranya anda mengambil
keputusan untuk melantik peguam sendiri, berikut merupakan keistimewaan
yang tidak akan anda nikmati:-
1. Anda perlu membayar peguam yang dilantik (Tawaran di atas hilang serta-merta);
2. Anda juga mungkin dilarang terus dari membeli hartanah dari pemaju tersebut.
Persoalan
berikut akan timbul. Bolehkah Pemaju menghalang pembelian hartanah
sekiranya Pembeli tidak mahu menerima tawaran di atas? Jawapannya:-
Perjanjian di Malaysia akan di anggap sah apabila parti yang terlibat
bersetuju antara satu sama lain dan menurunkan tandatangan mereka. Oleh
itu, sekiranya Pembeli enggan menerima tawaran Pemaju, Pembeli tidak
perlu menandatangani perjanjian jual beli dan of course tidak membeli
hartanah dari Pemaju tersebut.
I think, buat masa ini persoalan ini pula akan timbul-"Apa pro(s) dan con(s) menerima tawaran Pemaju?"
Pro(s) -
1. Dapat jimat duit sebab tak perlu membayar bayaran guaman.
Con(s) -
1. Peguam
yang dilantik oleh Pemaju dan dibayar oleh Pemaju bermakna Peguam akan
bertindak bagi pihak Pemaju. Jika berlaku konflik atau persengketaan di
antara Pemaju dan Pembeli, Peguam akan menyebelahi Pemaju dan bukannya
Pembeli.
Kesimpulannya,
Pembeli ada pilihan sama ada mahu melantik peguam sendiri sekiranya
pembelian dibuat terus dengan Pemaju dan mengeluarkan duit untuk bayaran
guaman ATAU Pembeli boleh memilih untuk menerima tawaran dari Pemaju.
Pilihan ditangan anda.
Just my 2 cents... Selamat Membaca...
sumber : http://salsalim.blogspot.com/2010/08/beli-rumah-dari-pemaju-lantik-peguam.html
No comments:
Post a Comment