LAILATUL JAIZAH
********
Apa itu MALAM LAILATUL JAIZAH?
Ia ialah suatu malam yang menjadi padanan kepada LAILATUL QADAR dan jangan terlepas peluang mendapatkannya.
Apabila malam hari raya tiba, maka malam itu dinamakan ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah). Dan ketika tibanya Hari Raya Aidil Fitri pada hari esoknya, maka Allah سبحانه وتعالى mengutus para malaikat ke setiap negeri dan turun ke bumi. Mereka memenuhi setiap jalan dan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk Allah سبحانه وتعالى kecuali jin dan manusia.
Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! Keluarlah menuju Tuhan Yang Maha Mulia, Yang akan mengurniakan hadiah dan mengampuni dosa-dosamu yang besar.”
Apabila mereka datang ke masjid, maka Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja apabila telah menyelesaikan pekerjaannya?”
Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w;
“Para malaikat berkata, ‘Wahai Tuhan kami! Balasannya adalah upah sepenuhnya.’“
Baginda s.a.w. bersabda;
“Maka Allah سبحانه وتعالى berfirman:" “Sesungguhnya Daku jadikan kamu sebagai saksi wahai para malaikat-Ku, bahawa sesungguhnya Daku telah memberikan redha dan ampunan-Ku sebagai balasan kepada mereka kerana puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan kerana solat-solat malam mereka.”
Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku. Mohonlah kepada-Ku, maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu meminta sesuatu kepada-Ku di pertemuan ini untuk akhiratmu kecuali Daku akan memberimu. Dan tidak juga untuk keperluan duniamu kecuali Daku akan memandang permaslahanmu. Maka demi kemuliaan-Ku, pasti akan Daku tutupi kesalahan-kesalahan kamu selama kamu takut kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Daku tidak akan menutup dan tidak akan Daku perlihatkan segala keaibanmu di depan orang-orang yang melanggar batas. Bertebaranlah kamu dengan membawa ampunan. Sungguh kamu telah redha kepada-Ku, dan Daku pun redha kepada kamu.”
Para malaikat pun merasa gembira dan bersukacita, kerana Allah سبحانه وتعالى telah memberi kurniaan kepada umat ini, pada ketika mereka sedang berhari raya Aidil Fitri selepas Ramadhan.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment