Petua Keluarkan Air dari Lubang Telinga
Masuknya
air ke dalam telinga sering terjadi pada orang sedang berenang di laut,
sungai malah ketika mandi dirumah, terutama bila kita menggunakan
gayung. Kebanyakan orang akan menganggapnya normal sahaja,tentu sahaja boleh terjadi ketika itu telinga kita mendengar kurang jelas dan rasanya tidak selesa sungguh ya tak...
Air
yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh
menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada
saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan
telinga bernanah dan sebagainya.
Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan agar anda bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.
Berbagai Petua/cadangan/cara...anda boleh mencubanya.Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak menjadi jangan marahkan aku pulak... aku cuma ingin berkongsi..Cubalah InsyaAllah berjaya.
1. Gerakkan kepala
Gerakkan
kepala dari satu sisi ke sisi yang lain dalam gerakan goyang ke arah
bahu,dan kembalikan telinga ke posisi normal dan gerakkan kembali pada
arah yang berlawanan. Masukkan jari ke telinga untuk membuat tekanan
yang cukup untuk mengeluarkan air. atau...
Jika telinga yang masuk air adalah telinga sebelah kiri maka tutup yang sebelah kanan dengan jari tangan kanan dan menyerongkan kepala ke kanan. Tangan kiri masukkan air ke telinga kiri dan ketika sudah terasa masuk ke bahagian dalam akan menyerongkan kepala ke kiri agar semua air yang ada di lubang telinga kita boleh keluar semua.
2. Berbaring
Jika masih belum keluar juga, cuba anda berbaring / tidur dengan posisi mengiring dengan telinga yang masuk air itu berada di bawah / menempel di bantal. Biasanya air akan keluar dengan sendirinya.InsyaAllah.
Jika masih belum keluar juga, cuba anda berbaring / tidur dengan posisi mengiring dengan telinga yang masuk air itu berada di bawah / menempel di bantal. Biasanya air akan keluar dengan sendirinya.InsyaAllah.
3. Keringkan dengan pengering rambut
Miringkan kepala dan mengeringkannya dengan tuala kering juga boleh membantu air keluar. Hembusan pengering rambut yang ditetapkan dengan kepanasan yang rendah ke dalam telinga juga boleh membantu mengeringkan telinga. Uji pengering rambut pada kulit terlebih dahulu untuk memastikan kepanasannya tidak berlebihan.
4. Campuran larutan alkohol dan cuka
Menurut American Academy of Family Physicians, campuran larutan alkohol dan cuka putih juga boleh membantu mengeringkan air yang masih tersisa di saluran telinga anda.
Masukkan
3-5 titis campuran larutan ini ke dalam telinga dengan kepala
dimiringkan dan biarkan selama beberapa saat. Anda akan mendengarkan
bunyi berongga di telinga yang bermaksud telinga anda mulai kering.
No comments:
Post a Comment