skip to main |
skip to sidebar
Petua Mengubati Lelah atau Asma
Petua Mengubati Lelah atau Asma
Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di
tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya.
Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk
diminum jusnya.
Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah
mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum.
Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.
Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh
lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar
menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat
berkesan untuk mengubati penyakit asma.
Pilihan 4: Ambil 2
ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan
kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam
masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.
Pilihan 5: Ambil
satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah
betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.
Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam
bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu
jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan
bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air
terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok
jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.
Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar
sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda
dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter
air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan
mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis,
sebelum tidur.
Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun 'Hati-hati
atau 'Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya
hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau
kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan
mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi
kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit
gula batu jika anda suka.
Rawatan Kecemasan Untuk Serangan
Asma - Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada
kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta
boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi.
Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan
kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah
bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan
bantuan perubatan.
No comments:
Post a Comment