skip to main |
skip to sidebar
Koleksi Petua Mengubati Kencing Manis
Koleksi Petua Mengubati Kencing Manis
Petua 1: Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di
pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan
tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat
minuman seperti minum kopi.
Petua 2: Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan
bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh.
Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.
Petua 3: Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.
Petua 4: Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira
satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu
gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Petua 5: Kisar
beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya
tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.
No comments:
Post a Comment