Sunday, April 15, 2018

Sakitnya Sakaratul Maut

۞ بِسْـــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِـــيْمِ ۞

SΛKITNYΛ SΛKΛRΛTUL MΛUT

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi SAW ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang."

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

™◈〔فَاسْتَبِقُواالْخَيْرَات…✎〕◈

Tanyalah Ustaz 13 Apr 2018 : Da'i Hakim & Kapten Maritim Ustaz Hj Nik Kamaruddin Yunoh

TANYALAH USTAZ TV9
13.4.2018
(Da'i Hakim&Kepten Maritim Ustaz Hj.Nik Kamaruddin Yunoh)

PABILA SAKIT AKU INGAT KAMU
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah kata kami turunkan Al~Quran sebagai penyembuh.
Allah beri sakit,Allah juga beri kesembuhan.
Siapa yg menzalimi diri sendiri(tak ikut perintah Allah)dia termasuk org yg rugi dunia&akhirat.

BOLEHKAH MENGHARAP PERTOLONGAN SELAIN DARI ALLAH(cth bomoh)?
Kita mengharapkan Allah dan kita pergi kepada doktor.
Kita bukan mengharap doktor yg menyembuhkan tapi doktor adalah sebagai jalan yg bawa kepada penyembuhan.
Yg menjadi kesalahan bila sakit kita jumpa penenung nasib(bomoh)yg menggunakan jin.
Boleh jumpa pengamal perubatan islam yg menggunakan ayat² Al~Quran.
Yg paling banyak diuji adalah para Nabi,alim ulamak.

KITA MANUSIA BIASA,BILA SAKIT BARU NAK SEBUT ALLAH TAPI BILA SENANG LUPA ALLAH.WAJARKAN KITA BERSIKAP,BILA SAKIT BARU INGAT ALLAH?
Tak wajar.
Tak sepatutnya sebagai org mukmin,melupakan Allah bila sedang senang.
Sepatutnya kita bersyukur bila senang supaya Allah tambah lagi nikmat.
Barangsiapa yg tak berterima kasih pada manusia,bermakna dia tak bersyukur pada Allah.
WAJIB KITA BERSYUKUR PADA ALLAH KERNA BANYAK NIKMAT YG ALLAH BERIKAN.

ADAKAH PENYAKIT BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA DAN SAKIT YG MACAMANA BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA?
Para Nabi diuji dan diuji.
Para Nabi tak ada dosa.
Para Nabi diuji utk mengangkat martabat.
Siapa yg merasa tak ada dosa,dia sebenarnya berdosa.
Apa juga sakit yg kita redha,akan mengampunkan dosa.
Selagi akal masih sempurna ketika sakit, jaga solat dan jaga aurat.
Bila kita sabar dgn ujian,Allah akan ampunkan dosa dan Allah naikkan darjat.

DOSA YG BAGAIMANA YG ALLAH AMPUNKAN?
Selagi dosa itu tidak melibatkan manusia,mudah Allah ampunkan.
Dosa dgn manusia kena minta maaf dgn manusia,baru terampun dosa.
Siapa yg sebut سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 100kali,Allah ampunkan dosa walaupun dosanya sebanyak buih dilautan.
Bahaya bila kita buat dosa dgn manusia kerana kita kena kembalikan haknya supaya terampun dosa.

APAKAH YG PERLU DILAKUKAN UTK MENGURANGKAN KESAKITAN?
Bila kita sakit,kita selalu mengaduh.
Jgn sampai mengaduh hingga kita tak redha.
Boleh mengaduh tapi jangan sampai lupa Allah.
Ibu bagi segala ubat adalah Al~Fatihah.
Mulakan dgn Al~Fatihah dan selawat.
Doa adalah penguat bagi kita.
Bila kita sakit jangan lekang baca Al~Fatihah dan selawat.
Baca Al~Fatihah ditempat sakit dan bertawakkal pada Allah.
Ada org yg sakit dan akhirnya mati.
Kita memang akan mati.
Dgn mengaduh akan mengurangkan strees dan jgn lupakan Allah.

SAKIT ADALAH UJIAN.KENAPA ALLAH BERI KITA SAKIT?
Allah beri ujian supaya kita lebih dekat dgn Allah.

ADAKAH SAKIT SEBAGAI CARA HIJRAH SESEORANG?
Sabar itu ketika diuji pada ujian yg pertama.
Dgn sebab ujian akan menjadikan kita berhijrah jadi lebih baik.
Boleh jadi apa yg kita benci,itu lebih baik bagi kamu dan apa yg kita suka,itu lebih buruk bagi kamu.
Allah maha mengetahui.
Mungkin kita akan rasa apa yg Allah beri itu buruk pada kita tapi sebenarnya baik pada kita.
Jika kita sabar,Allah akan beri yg lebih baik.

JIKA KITA TAK MAMPU MENGAJARKAN PADA ORG ILMU,KITA SHARE DAN LIKE INI JUGA SEOLAH~OLAH KITA MENGAJAR PADA MEREKA.

Dalam diri manusia ada jiwa dan sanubari.
Penyakit yg tak nampak dalam hati,lebih² lagi kena diubat.
Penyakit hati juga perlu disiram.
Jika tak disiram,Allah akan tutup hati(tak ada lagi rasa nak buat kebaikan)
Nak ubat hati dgn ingat Allah.
Dgn ingat Allah,hati akan jadi tenang.
Kerana dosa,hati menjadi gelap dan hitam.
Buat dosa dan tak bertaubat,nafsu sentiasa akan mengajak buat keburukkan.
JIKA HATI BAIK PERJALANAN HIDUP KITA JUGA BAIK.

BILA KITA SIHAT KITA LUPA ALLAH,APAKAH BILA KITA SAKIT KITA AKAN INGAT ALLAH?
Masa kita sihat inilah kita banyak² buat ibadat.
Masa kita sihat kita boleh rukuk dgn elok.
Bila kita sakit,nak rukuk pun tak sama masa kita sihat.
Jangan tunggu sakit baru nak buat ibadat.
SIHAT ATAU SAKIT KITA KENA BUAT IBADAT.

BAGAIMANA SAKIT DISIHIR?
Santau atau diguna~guna,org yg sakit akan rasa kecewa.
Kita tak boleh syak siapa yg buat sihir.
Jangan pergi pada dukun yg meramalkan siapa yg sihirkan kita.
Haram melaga~lagakan dua muslim.
Jika kita syak,ini akan merenggangkan hubungan.
Sebaiknya kita balik semula pada Allah.
Jgn cepat menunding pada org.
Lebih baik muhasabah diri dan wajib berusaha utk sembuh.
Nabi juga disihir oleh org yahudi.
Amalkan 3qul sebagai mengawal diri dari disihir.

BIAR AKU MATI SAHAJA,BOLEHKAH BERKATA BEGITU?
Bila Allah uji,kita kena sabar.
Dgn sabar,Allah beri 700kali darjat.
Sabar dari nak buat maksiat,Allah beri 600kali darjat.
Sabar dgn buat ketaatan,Allah beri 300kali darjat.
Kalaulah sakit itu tak ada harapan nak sembuh, bolehlah berdoa Ya Allah jika mati itu lebih baik bagi aku,matikanlah dan jika hidup itu lebih baik,maka hidupkanlah aku.
Bila ditimpa musibah dan dah tak ada jalan keluar,bolehlah amalkan doa tadi.

KENAPA SAKIT HATI LEBIH SAKIT HINGGA PUTUS SILATURRAHIM DGN ADIK BERADIK?
Ini kerana jiwa tak diisi dgn ingat Allah.
Tidak masuk syurga org yg putuskan silaturrahim.
Hati yg berada didalam lebih sukar utk diubati.
Nak ukur org yg berakhlak baik atau ikhlas,susah nak diukur.
Org yg beri nasihat dan suka dengar nasihat,hatinya senang nak jadi baik.
Org yg bercakap benar,hatinya senang jadi baik.
Org yg sentiasa rasa takut pada Allah,hatinya senang jadi baik.
Bila amalan soleh pada anggotanya,dia akan jadi org baik.
Bila jadi org baik,tak akan berlaku nak dengki dgn org atau buat yg tak baik.

SAYA SAKIT PARKINSION DAN MAKAN UBAT TIDUR.BILA BANGKIT ATAU TERJAGA DARI TIDUR, SUSAH NAK TIDUR BALIK.BAGAIMANA USTAZ?
Ludahlah sebanyak 3kali disebelah kiri.
Ludah dgn syarat sahaja.
Amalkan doa terkejut dari tidur.

BILA KITA SAKIT KITA BOLEH INGAT ALLAH DAN BOLEH JUGA INGAT IBUBAPA ATAU PASANGAN KITA.
APA² YG ALLAH BERI CTH SAKIT,LETIH,PENAT DAN KEMURUNGAN INI ADALAH KERANA ALLAH NAK KAFARAH ATAS DOSA² YG TELAH KITA LAKUKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJangankeliru

Mutiarakata Imam Syafii yang Dahsyat

KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'I YG DAHSYAT

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam Syafi'i)

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam Syafi'i)

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafi'i)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafi'i)

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafi'i)

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam Syafi'i)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam Syafi'i)

SEMOGA BERMANFAAT.....