Thursday, June 25, 2020

GM Diet Plan

Ramai yang tanya pasal diet yang turun hingga 6kg tu. Sebenarnya, tu adalah experimental diri sendiri dengan GM DIET.

Ok la. Ni teman kongsi GM diet yang teman buat tempoh hari.
Semoga memberi manfaat pada yang ingin berGM DIET 😊.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Apa itu GM DIET ?

 GM = General Motor

Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.

Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.

Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.

Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.

Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.
.
.

🍻 HARI PERTAMA 🍽
• Buah-buahan kecuali pisang.

Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KEDUA 🍽


• Sayur-sayuran

Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KETIGA 🍽
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.
.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
.
.

🍻 HARI KEEMPAT 🍽
• Pisang
• Susu rendah lemak

Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 - 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini.
Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
.
.

🍻 HARI KELIMA 🍽
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato

Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
.
.

🍻 HARI KEENAM 🍽
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran

Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
.
.
🍻

 HARI KETUJUH 🍽
• Nasi beras perang / parboiled
• Jus buah
• Sayur-sayuran

Merupakan hari terakhir dalam GM diet.
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
.
.
NOTA TAMBAHAN :

 GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
 Jangan ambil minuman & makanan bergula sepanjang GM diet.
 Selesai 7 hari GM diet, teruskan dengan memilih diet suku suku separuh, atkins fasa 4, eat clean ataupun intermitten fasting untuk maintain berat badan.

💃 SELAMAT BERDIET 💃
.
#diet
#gmdiet
#kurustanpaproduk

Wednesday, June 24, 2020

Kekeliruan Tentang Status Hakmilik Sementara

KEKELIRUAN TENTANG STATUS HAKMILIK SEMENTARA

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA BERBEZA.

Formula nya begini:

- Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)

- Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah ada hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)

Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas atau pajakan?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Selama-lamanya

Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Pajakan 99 Tahun

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.

Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.

**************

Anda rasa perkongsian ini sangat bermanfaat dan ilmu ini sangat mahal nilainya? Anda tak puas baca dan mahukan lebih banyak lagi info dan ilmu tentang urusniaga hartanah anda dengan harga yang murah? Sila lihat dalam ruangan komen apa yang anda boleh lakukan.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Preside
K-LITERASI