Saya paling suka bila pi solat subuh di masjid, tengok couple suami isteri yang dah berusia sama-sama bonceng motor datang masjid. Lepas tu elok je depa pi makan roti canai sama2. Sweet gitu walaupun dah beranak cucu.
Apa petua depa amalkan?
Bukan senang nak dapat suami penyayang, caring & suka agama. Ada kes mereka yang lama kahwin, kadang2 rasa rumahtangga tu macam hambar. Berbual pun kurang. Asyik layan cucu je. Selalunya isteri pi masjid dengar kuliah tapi suami hantar je. Nak join kuliah sampai ke sudah dia tak mahu.
Itu belum masuk kes suami baran & tak menjalankan tanggungjawab. Allahu, mohon dielakkanlah ujian ini. Kalau tak, berat rasa hati seorang isteri. Hidup tak dirasakan bahagia.
Saya nak share 1 doa yang elok seorang isteri bacakan untuk suami, mohon pada Allah agar suami jadi orang baik, taati agama & bertanggungjawab. Ini doanya :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهُ وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهُ عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهُ وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهُ عَلَيْهِ
‘Allahumma inni as'aluka khairahu wa khaira ma jabaltahu alaih, wa a'uzu bika min sharrihi wa sharri ma jabaltahu alaih."
Maksudnya : ‘Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan baginya dan kebaikan yang Engkau ciptakan baginya, dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan baginya."
Cuba amalkan doa ini ya. Hati suami kita ni, Allah yang pegang. Apabila Tuhan berkehendakkannya berubah, semudah hembusan angin hidayah datang.
Saya doakan anda sekeluarga dicurahi bahagia & berkah berpanjangan, amin.