Sunday, June 12, 2016

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa

Hari ni dpt post drp grp wasap yg amat begitu cantik isi kandungannya..

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..

-Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
-Makan apa sahaja...
-Tengok siaran tv ikut suka...
-Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
~
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
*Tak boleh masak sesuka hati...
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
*Buat apa sahaja ikut suka....
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...
*Takut langgar lah...
*Takut calar lah.....
*Kalau guna pun...
*Pastikan minyak penuh semula.....
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
*Belum tentu mengasihi ibubapa....
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan..
*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan..
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tetapi...
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa
*Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...
*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..Insyallah*😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭
ربى أغفرلى ولوالدي وارحمها كما ربياني صغيرا...

Wednesday, October 21, 2015

13 Adab Isteri Terhadap Suami Yang Patut Kita Ketahui

13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.
Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut
Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai

Monday, October 19, 2015

Info Mengenai Kolestrol Yang Wajib Diketahui

INFO MENGENAI KOLESTEROL YANG WAJIB DIKETAHUI


Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?

Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.


Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.






Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. 

Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Tumor Dalam Otak

TUMOR DALAM OTAK


   Tumor Otak atau dikenali sebagai Brain Tumor adalah pertumbuhan abnormal sel-sel dalam otak. Ini didefinisikan sebagai tumor intrakranial yang dibuat oleh pembelahan sel yang abnormal dan tidak berfungsi. Neuron, sel-sel glial (astrosit, oligodendrocytes, sel ependymal), pembuluh darah (limfatik),pada saraf kranial (mielin yang memproduksi sel Schwann ), dalam selaput otak (meninges), tengkorak, kelenjar pituitari dan pineal, atau menyebar dari kanser terutama terletak pada organ lain (tumor metastasis). Tumor otak adalah bukan satu penyakit yang biasa atau kerap berlaku. Tumor otak dikatakan bukanlah pembunuh nombor satu di mana-mana negara.


   Tumor otak adalah perkembangan sel otak secara cepat tetapi tidak normal. Ianya boleh jadi kanser  (malignant) yang sangat merbahaya atau jenis bukan-kanser (benign) yang kurang bahaya.

Sel-sel abnormal ini yang membesar dan menjadi tumor. Sel tumor itu juga mungkin berasal dari saraf cranial nerves, atau selaput otak (meninges), atau tempurung kepala (skull) atau dari kelenjar pituitary dan kelenjar pineal , atau merebak dari kanser di organ lain, (metastatic tumors). Tidak dinafikan bahawa sakit kepala/migran sememangnya tanda bagi tumor otak, namun sakit kepala yag disebabkan oleh tumor otak ini mempunyai sifat-sifat tertentu yang membezakannya dari sakit kepala disebabkan oleh masalah-masalah yang lain.


   Tumor otak berasal dari pertumbuhan sel-sel otak yang tidak wajar. Terdapat kondisi yang memicu pertumbuhan sel-sel tersebut di luar batas normal dan terjadilah tumor. Ketika tumor ini mencapai ukuran tertentu, akan nampak beberapa gejala klinikal.


   Antara Tanda Dan Gelaga Tumor Otak Adalah:

1) Mudah mengalami sakit kepala/migran yang berkepanjangan  dan berulang-ulang 

2) Sering mual juga boleh menjadi gejala tumor otak.

4) Tubuh cepat/mudah lemah meskipun tidak membuat pekerjaan yang berat anda perlu berhati-hati tentang hal ini

5) Pesakit juga akan mengalami kondisi sukar bergerak/berjalan ini disebabkan kerana pengontrol aktivitas tubuh dalam otak  terganggu oleh kehadiran sel-sel kanser.

6) Sukar mendengar dan melihat. Pesakit akan mengalami penurunan daya dengar dan daya lihat. Gejala ini akan bertambah parah seiring dengan bertambah parahnya sel-sel otak 

7)  Kaki dan tangan akan rasa kebas-kebas semacam mati tanda ini terjadinya mati rasa pada kaki dan tangan. Kedua organ tersebut mengalami gangguan kerana saraf pusatnya juga diganggu oleh sel kanser.

8)  Sulit berkonsentrasi       

       Serangan pada otak membuat penderita juga mengalami kesulitan berkonsentrasi. Ini akan  

      membuat penderita sulit untuk menyelesaikan pekerjaannya dengan baik karena hilangnya 

      konsentrasi.

9)  Menurunnya daya ingat dan respon
      Pesakit otomatis juga akan mengalami penurunan daya ingat serta respon tubuh.  

      Hal ini dipengaruhi bermasalahnya organ otak yang mulai "dikuasai" sel kanser.

10) Lumpuh pada sebagian wajah atau badan 
      Pada kondisi tertentu, penderita juga akan mengalami kelumpuhan pada sebagian wajah atau 

      sebagian tubuhnya. Ini menandakan bahawa salah satu otak tengah mengalami serangan hebat      

      dari sel kanser

11) Mengantuk yang berkepanjangan
      
Ini juga boleh terjadinya gejala tumor otak walaupun sudah cukup tidur. Ia menandakan ada    

      sesuatu yang tidak normal pada otak menjadi.

12) Berhentinya haid secara tidak normal 
      Bagi wanita, berhentinya haid secara tidak normal juga perlu berwaspada sebab boleh terjadinya

      hal seperti ini.


   Mungkin jika yang terjadi hanya salah satu gejala di atas, hal itu belum sampai mengarah pada terjadinya tumor otak. Namun jika sudah terjadi beberapa gejala sekaligus, sebaiknya buatlah rawatan segera kerana berkemugkinan anda mengalami tumor pada otak. Di negara kita ramai doktor-doktor pakar yang bertauliah tentang hal ini. Mereka dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan segara.


 Cara Menjaga Kesihatan dan Rawatan Tumor Otak :

1. Pembedahan

2. Ubat kemoterapi

3. Radioterapi  

    Biasanya doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan neurologi termasuk ujian    

    mental, pemeriksaan mata, ujian pendengaran, kuasa dan pemeriksaan saraf kranial dan lain-lain. 

    Selain itu doktor akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengimbas tomografi  

    berkomputer iaitu sejenis alat sinar-X menggunakan komputer untuk memaparkan struktur otak 

    terperinci.

4. Biopsi- kaedah ini dilakukan bagi mengesahkan kewujudan tumor otak disamping menentukan 

    jenis histologi tumor.

5. Pengimbas Pet (Positron Emission Tomography)- alat ini menggunakan bahan gula yang dirawat

    menggunakan bahan radioaktif deoksiglukosa. Bahan ini akan disuntik dalam vena dan proses   

    pengimbasan dilakukan. 

6. Rawatan am dan spesifik dilakukan untuk menyembuhkan pesakit dilaksanakan oleh doktor pakar.

    Ada barah yang boleh dirawat 100% dan ada yang tidak dapat dirawat tanpa kombinasi cara   

    rawatan iaitu - pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

7. Jumpa pakar otak kerana mereka lebih tahu mengenainya. Pakar otak akan membuang tumor atau  

    jenis tumor tapi bukanlah tumor itu dibuang keseluruhannya.

8. Jika barah berlaku di kawasan otak, pembedahan mungkin membawa risiko tinggi. Oleh itu   

    rawatan radioterapi atau kimoterapi dipilih selepas biopsi dilakukan iaitu mengambil ‘daging’ 

    barah yang berukuran 2 milimeter atau lebih untuk siasatan patalogi.

9. Ada sesetengah barah dirawat dengan keadaan embolisasi mengecutkan barah itu. Radioterapi 

    memberi rawatan berbeza daripada kaedah kecil hinggalah ke kaedah besar.

10.Cara baru rawatan barah otak yang masih kecil adalah melalui kaedah radiosurgeri iaitu 

     menggunakan akselerator linear, cobalt gamma knife atau kaedah brachiterapi

11.Kimoterapi iaitu menggunakan ubat-ubat yang kuat dapat memberhentikan proses pertumbuhan 

     barah kini menjadi terapi yang mendapat perhatian dunia.
 

   Desas-desus yang mengatakan penggunaan telefon selular sebagai salah satu punca tumor otak adalah tidak benar sama sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan ia tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat. 

   

   Otak adalah pusat kehidupan. Segala aktivitas kehidupan, hingga yang sekecil-kecilnya, hanya akan terjadi melalui mekanisme yang diatur oleh otak. Dalam waktu yang bersamaan otak harus menjalankan beribu-ribu aktivitas sekaligus. Seperti bagian-bagian tubuh lain, otak boleh terkena tumor maupun kanser. Bezanya, jika pada bagian tubuh lain tumor jinak kadang tidak mengganggu dan tidak berbahaya, di otak tumor jinak pun bisa sangat mengganggu dan membahayakan nyawa. 


Walaupun mengalami salah satu atau beberapa gejala seperti di atas saja, belum tentu seseorang mengidap tumor atau kanser otak. Untuk memastikannya perlu dilakukan pemeriksaan langsung oleh dokter spesialis (bedah) syaraf dan pemeriksaan lanjutan seperti CT scan, MRI, angiogram, myelogram, spinal tap, serta biopsi.

AWAS! Berat Badan Anda Perlu Diturunkan Segera

Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

Tahukah Anda Apa Itu Ulser Perut

TAHUKAH ANDA APA ITU ULSER PERUT


   Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser. 

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama ususkecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). 

Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perutGastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:
1) sakit menggigit di dalam perut yang biasanya menjadi lebih teruk
    selepas  mengambil makanan dan minuman.
2) Sakit mencucuk cucuk sampai kebelakang
3) Mengalami sakit yang teramat sangat hingga membosankan
4) Terasa pedih dan tajam-tajam di perut
5) Angin yang banyak hingga  merasakan loya, muntah-muntah pening dan lesu
6) Kurang selera makan
7) Kehilangan berat badan
8) Perubahan warna pada najis (hitam) 

 Punca-Punca Ulser Perut :
1) Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak,
2) Makanan yang tidak seimbang,
3) Jadual makan yang tidak menentu
4) Kurang minum air suam (mineral) 
5) kurang bersenam
6) Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol
7) Ubat yang tidak sesuai pada badan anda
8)  Stress
  
Rawatan Yang Harus Diketahui:  
1) Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan
2) Banyakkan minun air 
3) Disiplinkan waktu makan
4) Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam
5) Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk
6) Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol
7) Kawal tekanan/stress

8) Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

     Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. 

Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden. 

Sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi. Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar