Tuesday, January 3, 2023

Sebenarnye

Sebenarnye.. Allah nak tunjuk dan nak jauhkan org2 mcm ni utk jadi kawan kite.
Gunting dalam lipatan...
Aku pernah dengar org cakap.. Kenapa Allah jauhkan sorang2 kawan dr kita. Jahat sangat ke kite? Sedangkan kite rase.. Kite dh buat yg baik dgn kawan2 kite..
Rupenye.. Allah nak jauhkan kite dr kawan2 mcm tu... Sbb mungkin.. Dibelakang kite.. Die memburuk2 kan kite.. Menghina kita ... Jadi.. Allah tarik kawan nie td... Sebab tu.. Kite semakin menjauh ??
Kadang sedih . tpi tu la.. Allah knows better..
Ssmoga yg baik2 utk kite..

Singkatnya Kehidupan Ini

SINGKATNYA KEHIDUPAN INI


Waktu "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu "Berkuasa" kita percaya bahwa dengan kekuasaan kita boleh melakukan apa saja.

Waktu "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya diri kita.

Waktu "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu lebih penting daripada harta.

Waktu "Miskin" baru kita menyedari baahwa pentingnya amalan sedekah.

Waktu "Usia Tua" baru kita tau ternyata masih banyak amalan yang belum dikerjakan.

Waktu "di Ambang maut" kita baru tau begitu banyak waktu terbuang sia-sia.

Waktu kita "mati", siapakah di sisi dan jenis amalan apakah yang kita bawa pergi.

Ingatlah apa yang ditabur di sini itulah yang bakal dituai di sana.

Hidup di Dunia hanya sementara Akhirat  kekal selamanya.

Sahabat,
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, tapi masih adakah orang yang setia mendoakan kita meskipun kita telah tiada

Tuesday, August 9, 2022

Kisah dunia

 Dunia dipaksa percaya, yang bahagia itu orang yang cantik-cantik, tetapi kenyataannya yang bahagia ialah orang yang baik-baik. 


Dunia diajak percaya, orang yang menang itu orang yang kaya, tetapi hakikatnya yang menang itu ialah orang yang tenang. 


Dunia terus menipu kononnya orang berjaya ialah yang paling berkuasa tetapi sebenarnya orang yang berjaya mampu mengawal hawa nafsunya. 


Dunia menonjolkan figura yang mendapat perhatian manusia dan dia yang ternama. Namun, orang berzikir menikmati redha Allah dalam sepinya!


Benarlah kata Sayyidina Ali RA, "manusia semua tidur...bila mati baru dia terjaga!"

Wednesday, April 13, 2022

Kuih tako, tepung pelita dan limas

 


Perkataan Hari Ini.
Kuih tako, tepung pelita dan limas

limas - kuih yang dibuat menggunakan bancuhan tepung gandum, santan dan gula, terdiri daripada dua warna, iaitu hijau di bahagian bawah dan putih di bahagian atas, biasanya dimasukkan dalam acuan yang dibuat daripada lipatan daun pisang sebelum dikukus.

Sunday, February 13, 2022

Saat Organ Tubuh Anda "Berkomunikasi" Atas Masalahnya


 
SAAT ORGAN TUBUH ANDA "BERKOMUNIKASI" ATAS MASALAHNYA
dari berbagai sumber ilmiah
''Semoga Bermanfaat.''
1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
 
✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿
- Secara umumnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.
4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.
9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
 
✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿
1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.
3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.
7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.
8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.
10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.
16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

 

Tuesday, September 14, 2021

Robotron Unlimited License

 Robotron Unlimited License


Robot ni robot yang jenis overnite trade, kalau ikut waktu server sesuai start dari jam 1900 hingga 2100


untuk daylight saving dah auto, takde isu, makesure jam server kita dalam keadaaan UTC


Modal dicadangkan 0.01 untuk 50usd


recommended broker FBS, Tifia, IC Market, fusion market, pepperstone


kalau boleh dapatkan VPS yang ping rendah, semak dahulu ping broker di sini https://www.mql5.com/en/vps


offical website robotron ni https://www.myfxbook.com/members/forexrobotron/forex-robotron-v25/3477295


rekod EA myfxbook 

https://www.myfxbook.com/members/forexrobotron


So far VPS saya guna dari Forex Cheap VPS 


https://www.forexcheapvps.com


Download EA di sini:


https://ufile.io/ek4jad0x


sebarang soalan boleh tulis di ruangan di bawah, nanti saya free saya akan jawab..semoga beroleh profit dan sedekahkan sebahagian sebagai bekal untuk hari esok


*post ini akan dipadam dalam masa 24 jam

Saturday, September 11, 2021

AMALAN ZIKIR AGAR ALLAH MEMELIHARA DIRI KITA DARI MUSIBAH.

 AMALAN ZIKIR AGAR ALLAH MEMELIHARA DIRI KITA DARI MUSIBAH. 


selepas solat asar saya didatangi seorang lelaki bersama isterinya. Kalau di lihat dari gaya mereka adalah orang yang Susah tetapi cukup baik orangnya.


Kedatangan mereka kerana hajat yang sangat besar kerana ingin beguru kepada saya kerana mereka selalu ditimpa masalah didalam kehidupan.


Lalu saya mengajar satu zikit agar Allah memelihara mereka selamat dari segala musibah. 


Mereka hanya amalkan membaca 33 kali  diwaktu pagi dan 33 kali diwaktu magrib.


أَعُوذُ ِباللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَجِيْمِ

(Dibaca 3 kali.)

هُوَ اللهُ الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


 الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلاَمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam).Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.