Monday, November 18, 2013

PETUA MENGUBATI RESDUNG

PETUA MENGUBATI RESDUNG

Limau nipis 8 biji..
Daun pandan 10 helai hiris halus macam bunga rampai.. Perah limau nipis tadi..
Gaulkan sampai sebati..
New chemical akan terbentuk..
Sapu di muka.. Kalau sesuai..
Tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling banyak akan keluar ikut kening..
Kalau sangkut tarik jer ulat tu..

Buat 3 kali seminggu..
Elok antara jam 10.00 a.m -3.00 pm sebab virus tu tengah aktif..
Campuran lebih boleh simpan dalam peti ais..
Tapi tak se-efective yang fresh..
Elok letak kain hitam atas paha masa sapu sebab ulat ni attacted to black cloth... Kain hitam...

Friday, November 15, 2013

Panduan bagi yang telah berumahtangga

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA,BAIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Wednesday, November 13, 2013

10 Fakta Tentang LELAKI

10 Fakta Tentang LELAKI:

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Tuesday, November 12, 2013

Punca dan cara mengawal stress

oleh : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum sahabat tersayang. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma orang yang GILA saja yg tak rasa stress. 

Antara punca stres: 

1. cuai tentang ibadah, 
2. hati yg kotor,
3. tak sabar, 
4. terlalu cerewet, 
5. perisau, 
6. nak jaga hati org, 
7. terlalu perfectionist, 
8. kabur & tak pasti apa nak buat, 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc 

 Antara cara nak kawal stres: 

1. Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5.Bersedekah, 
6.Ingatkan mati, 
7.Tidur yang cukup, 
8.Bangun tidur secara konsisten, 
9.Bertenang sebelum tidur, 
10.Elak risau sebelum tidur, 
11.Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15.Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18.Membelai org tersyg selalu, 
19.Jadi orang baru, 
20.Senyum selalu, 
21.Urut mengurut, 
22.Mandi air suam, 
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 
24.Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27.Lebih tegas (asertif), 
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29.Penafasan yang sempurna, 
30.Bercerita dan mendengar cerita, 
31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 
37.Beruzlah (berkhalwat), 
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40.Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun, 
43.Perbaiki komunikasi, 
44.Berterusan berdoa, 
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48.Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50.Gambar atas meja, 
51.Momento kenangan manis, 
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53.Lihat bunga atau pokok hijau, 
54.Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 
57.Terapi Aroma , 
58. terapi Warna, dan byk lagi. Moga Allah rahmati & rawat stres kita. 

Aameen, wassalam.