Tuesday, November 7, 2023

waktu muda sibuk menghakimi

 Waktu muda, kita sibuk MENGHAKIMI. Asyik nampak salah orang sahaja.
Tapi apabila semakin meningkat usia, kita mula MEMAHAMI.
Cuba cari cara nak bantu orang lain.
Itulah dinamakan KEMATANGAN yang mengajar kita erti kedewasaan dari pahit manis kehidupan.
 

Waktu muda kita sibuk kejar dunia, nak jadi kaya, berpangkat dan berjaya.
Tapi bila dah berusia, kita nak Allah bagi kecukupan sahaja.
Nak cukup sihat, bahagia, wang dan ketenangan.
Kita dah tahu bezakan nikmat dunia tipu-tipu dan nikmat sebenar.
Syukur sangat kerana di baki usia ini, kita dah sedar nak cari redhaNya sahaja.
Moga terus istiqamah...