Friday, April 27, 2012

Panduan membaiki masalah Astro

Panduan membaiki masalah Astro

Logo Astro

Troubleshooting

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah sistem Astro di rumah anda? Selalunya masalah teknikal Astro yang berlaku di rumah anda merupakan masalah yang kecil. Sekecil-kecil masalah yang pernah saya selesaikan ialah pelanggan di rumah tidak membuka (switch off) plug decoder. Bayangkan, anda terpaksa membayar RM50 untuk mengupah juruteknik membuka (switch on) decoder anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal sistem Astro lakukanlah perkara berikut sebelum menghubungi talian khidmat pelanggan Astro.
1.    Kenal pasti ‘error message’ yang terpapar di skrin TV anda. Antara error yang sering berlaku ialah:

a. Service Currently Not Available (SCNA)

i.    Ralat SCNA terbahagi kepada 2 keadaan.

Keadaan 1

  • Terdapat symbol empat segi berwarna kuning di penjuru atas sebelah kanan screen TV:
Ralat ini bermakna decoder anda tidak menerima sebarang signal dari satellite. Tekan Menu – Satellite Signal. Anda akan dapati signal strange kosong (BER 2) BER ialah Bit Error Rate. Punca masalah:
  • Kemungkinan anda pernah ‘menyentuh/mengubah’ kedudukan dish (piring) Astro.
  • Mungkin berlaku angin kencang yang mengubah kedudukan asal dish.
  • Kemungkinan terkena panahan petir yang merosakkan LNB. LNB ialah alat yang digunakan untuk menerima signal dari satellite yang dipasang di hujung dish.
  • Kemungkinan LNB terlalu using (7/8 tahun) dan tidak mampu untuk berfungsi secara optimum.
  • Kemungkinan panahan petir atau sumber elektrik yang tidak stabil telah merosakkan receiver di dalam decoder.
  • Kemungkinan kabel terputus.
  • Kemungkinan sambungan antara kabel dengan decoder longgar/tercabut.
  • Sekiranya anda pernah membuka (unplug) pin pada hujung kabel, kemungkinan terjadi litar pintas di dalam cable.
Penyelesaian:
  • Tukar decoder anda sementara dengan decoder kawan/saudara mara anda. Sekiranya decoder yang anda pinjam berfungsi dengan baik, ini bermakna decoder anda telah rosak (kemungkinan terkena kilat yang merosakkan receiver di dalam decoder). Tetapi sekiranya SCNA masih berlaku sila ikuti langkah seterusnya:
  • Periksa hujung cable. Sekiranya anda pernah membuka/mengusik sambungan cable di belakang decoder, dicadangkan anda membuat sambungan baru dengan memotong hujung cable tersebut dan buat potongan seperti gambar di bawah:

  • Pasangkan hujung cable tersebut dengan pin yang asal dipasang dengan kemas.

  • Sekiranya anda yakin sambungan antara cable dengan decoder baik, periksa pula keadaan fizikal keseluruhan cable Astro. Sekiranya didapati cable telah terputus di mana-mana bahagian, anda dinasihatkan untuk menggantikan dengan yang baru (keseluruhan). Tidak digalakkan untuk membuat penyambungan semula kerana kualiti signal akan terjejas dalam tempoh tertentu. Kecuali anda menyambung dengan penyambung khas.
  • Tetapi sekiranya didapati cable hanya ‘terluka’, tutup tempat yang terdedah tersebut dengan tape.
  • Sekiranya sambungan dan cable berkeadaan baik, periksa pula dish. Berhati2 semasa memanjat! Pastikan dish berada dalam kedudukan yang kemas dan tidak bergoyang2. Harus diambil perhatian, permukaan dish tidak boleh dilindungi oleh sebarang objek. Terutamanya alang pada cucur atap atau cucur atap itu sendiri. Sekiranya terdapat sebarang objek yang boleh mengganggu komunikasi LNB dengan satellite, sila alihkan.
“TAHUKAH ANDA, sekiranya objek yang menghalang permukaan dish merupakan objek yang bergerak (seperti rimbunan daun) signal strange akan berubah2 sekiranya objek tersebut bergerak. Contohnya apa bila rimbunan daun ditiup angin, BER 0 akan berubah menjadi BER 1 (bar satellite signal akan berubah daripada hijau kepada kuning) dan keadaan ini akan berterusan. Ini bermakna ‘terkadang’ anda akan melihat simbol bulat berwarna kuning terpapar di sisi atas sebelah kanan screen TV anda dan kualiti gambar akan terjejas seperti anda sedang menonton CD pirate!”
 
“TAHUKAH ANDA, terdapat sesetengah kes (kebiasaannya rumah kampong), kayu alang yang menyokong dish reput (setelah beberapa lama) dan tidak mampu untuk menampung berat dish. Ini akan menyebabkan dish ‘jatuh’ (condong ke bawah/berubah kedudukan). Sekiranya perubahan tersebut ketara, SCNA akan berlaku.”
 
“TAHUKAH ANDA, anda boleh mencari sendiri arah satellite dengan berpandukan matahari. Bayang matahari petang boleh membantu anda mencari arah dengan tepat tanpa menggunakan satelit meter.”
 

Keadaan 2

 
Terdapat symbol bulat berwarna kuning di penjuru atas sebelah kanan screen TV :
  • Ralat ini bermakna decoder anda menerima signal dari satellite, tetapi signal yang diterima terganggu (tidak optimum). Tekan Menu – Satellite Signal. Kelihatan bar signal berwarna kuning  (BER 1) dan bertukar pula kepada warna merah (juga BER 1). Kadang kala bar tersebut bertukar kepada hijau (BER 0) dan kembali menjadi kuning dan merah dan keadaan tersebut berterusan atau mungkin terus berkedudukan BER 1 (bar kuning/merah).
“TAHUKAH ANDA, keadaan ini tidak akan berubah menjadi baik, sebaliknya akan terus buruk dan akhirnya akan berlaku SCNA secara kekal.”
Punca masalah:
  • Kemungkinan dish Astro anda tidak kemas/bergoyang.
  • Kemungkinan terdapat rimbunan daun menghalang komunikasi dengan satellite.
  • Kemungkinan LNB telah lemah dan tidak mampu berfungsi dengan optimum.
  • Kemungkinan receiver decoder lemah.
Penyelesaian:
  • Tukar decoder anda dengan rakan/saudara mara untuk sementara (dalam 1 minggu). Sekiranya keadaan menjadi baik, ini bermakna receiver decoder telah lemah dan mesti ditukar dengan yang baru (sila hubungi Astro untuk membuat permohonan menukar decoder) atau sekiranya decoder anda telah melepasi tempoh jaminan (1 tahun), beli sahaja decoder yang baru daripada rakan2 anda yang telah ‘potong’ Astro.
“TAHUKAH ANDA, pihak Astro boleh mengesan kedudukan anda dengan menggunakan satellite dan no. siri subscription card anda? (GPS)” “TAHUKAH ANDA, subscription agreement anda dengan Astro adalah 2 tahun (mungkin lebih tertakluk kepada perjanjian), tetapi tempoh jaminan decoder hanya 1 tahun sahaja. Bukan mengikut tempoh perjanjian.”

b.    Please Insert Your Smart Card (PIYSC)

Ralat ini sangat jarang berlaku. Ia biasanya berlaku kepada decoder yang telah lama digunakan atau amalan memasukkan kad ke dalam slot secara kasar.Punca masalah:Masalah ini disebabkan oleh card reader yang terdapat dalam decoder, tidak dapat membaca smart card anda. Penyelesaian:
  • Sila pastikan smartcard anda dimasukan dengan betul ke dalam slot Smartcard 2.
“TAHUKAH ANDA, slot Smartcard 2 digunakan oleh juruteknik untuk setting/reset decoder anda dengan menggunakan maintenance card.”
  • Sekiranya smartcard anda tidak pernah dicabut setelah sekian lama, sila keluarkan kad tersebut dan bersihkan permukaan smartcard. Caranya amat mudah, anda cuma perlu menggunakan getah pemadam dan menggosokkan perlahan2 di atas chip. Kemudian cuba masukan kembali smartcard tadi perlahan2 sehingga habis dan restart decoder.
  • Sekiranya langkah di atas gagal mengatasi masalah PIYSC, unplug decoder anda dan tanggalkan semua cable di belakang decoder.
NOTA/PERINGATAN:
  1. Langkah ini hanya boleh dilakukan sekiranya decoder anda telah melepasi tempoh jaminan.
  2. Hanya mereka-mereka yang berani, yakin dan INGIN TAHU sahaja boleh melakukan langkah seterusnya.
  3. Anda mesti mempunyai screw driver khas untuk membuka casing (sila lihat screw di belakang decoder).
  4. Hanya untuk decoder model Thomson DVB850′s dan Nokia DVB 8750′s sahaja.
  • Tanggalkan semua skru pada casing.
  • Buka casing dengan berhati2.
  • Di bahagian dalam, terdapat 2 card reader.

  • Perhatikan betul2 di bahagian dalam bulatan. Terdapat clip di kiri dan kanan pada setiap card reader.
  • Buka klip tersebut dengan berhati2.
  • Tukar/terbalikkan card reader tersebut. Maksudnya card reader 1 dimasukan ke slot 2, kad reader 2 dimasukan ke slot 2.
  • Pastikan card reader tersebut dipasang semula dengan kemas.
  • Kemudian pasang semula casing dan screw dengan kemas dan plug semua cable (AV cable, satellite cable dan power cable) seperti asal. On kan decoder anda dan tunggu sehingga decoder diaktifkan sepenuhnya.
“TAHUKAH ANDA, inilah langkah yang dilakukan oleh juruteknik sekiranya anda menghantar decoder ke kedai atau memanggil juruteknik datang ke rumah. Caranya terlalu mudah, tetapi kos yang anda bayar terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.”
Sekiranya anda mempunyai decoder lama, JANGAN JUAL. Simpan untuk kegunaan kecemasan. Decoder lama yang anda jual sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi berikutan alat gantinya yang mahal (kerana permintaan melebihi penawaran :) )
“TAHUKAH ANDA, decoder lama yang tidak digunakan sebenarnya mempunyai masalah yang tidak seberapa. Tetapi dijual semula dengan harga yang tinggi selepas dibaiki.”


c. Blank Screen / Tiada Audio


Maksudnya tiada visual di screen TV anda. Ia berkaitan dengan Audio Visual (AV) cable yang mempunyai 3 warna (Kuning , Putih dan Merah). Punca masalah:
  • Kemungkinan AV cable rosak (terputus dan dsb.).
  • Kemungkinan AV cable longgar.
  • Kemungkinan AV cable dipasang pada port yang salah di belakang TV (output).
  • Kemungkinan motherboard (port IO) decoder rosak.
  • Kemungkinan port IO pada TV rosak (pernah berlaku pada saya).
Penyelesaian:
  • Periksa cable AV pada belakang decoder dan belakang TV. Pastikan sambungan betul dan kemas. Sekiranya anda menggunakan cable S-Video, HDMI dan lain2, perlu pastikan juga perkara yang sama.
“TAHUKAH ANDA, sistem decoder anda sama seperti sistem DVD player. Bezanya cuma DVD player menerima isyarat AV dari sekeping DVD/CD dan decoder menerima isyarat AV dari satellite melalui receiver yang terdapat dalam decoder.”
 
“TAHUKAH ANDA, terdapat beberapa jenis sambungan untuk decoder anda?  RF cable. RF cable sama seperti anda menggunakan antenna rumah biasa yang dipasang di belakang TV. Ia menghantar isyarat AV ke TV melalui frekuansi radio. Sebab itu, apa bila anda menggunakan cable jenis ini, anda perlu mencari siaran Astro sama seperti anda mencari frekuansi dalam unit TV analog biasa. Tetapi kualiti video/gambar yang terhasil amat tidak memuaskan. AV chord. AV chord mempunyai 3 cable berasingan iaitu Video (kuning), Audio L (putih) dan Audio R (merah). Kualiti image yang terhasil setanding dengan DVD. S-Video.  S-Video hanya terdapat di TV generasi baru (sebelum HDMI). Kualiti gambar amat memuaskan. S-video juga mampu menyokong sistem blue-ray dan 3D. HDMI. Sistem yang menyokong gambar definasi tinggi, 3D dan sebagainya.”
  • Pastikan anda memasang AV cable (sekiranya anda menggunakan AV chord) di port yang betul. Perhatikan port2 yang ada di belakang TV anda.

  • ‘In’ (Input/masuk) ialah satu set IO port yang membenarkan audio dan visual masuk. Ia terdiri daripada audio (kiri/kanan) dan video. Bergantung kepada jenis dan jenama TV, ia mungkin mengandungi lebih dari satu set. Seperti contoh di atas, TV ini mempunyai AV 1, AV 2 dan AV 3. Ini bermakna TV jenis ini mampu menyokong sehingga 3 gadget sekali gus. Contohnya anda mempunyai 1 unit DVD player, 1 unit parabola decoder dan 1 unit Astro decoder, anda boleh memasang kesemuanya dan control melalui remote (butang AV/TV di remote control).
  • ‘Out’ (output/keluar) membenarkan audio dan video keluar. Contohnya anda menggunakan sistem amplifier atau home theater. Di sini saya andaikan anda ingin menggabungkan decoder Astro dan amplifier/set home theater. Anda mempunyai 2 pilihan mengikut kehendak dan keperluan:
Kesan: 
  • Sekiranya anda menutup (switch off) TV, anda masih boleh mendengar audio (radio melalui Astro) melalui sistem home theater/amp anda. Ini kerana audio output dari decoder terus ke amp tanpa melalui speaker TV. Tetapi sekiranya sistem amp gagal berfungsi, tiada sebarang audio melalui speaker TV (build in).

Kesan:
  • Anda bergantung sepenuhnya kepada TV. Sekiranya TV dipadamkan, tiada sebarang audio di’output’kan ke amplifier anda. Perkara sama juga akan berlaku jika decoder Astro digantikan dengan pemain CD atau DVD. Kualiti audio tidak akan terjejas selagi anda memalam jack dengan betul (R ke R, L ke L) dan menggunakan spesifikasi cable yang betul (mampu menyokong kekuatan voltan amp anda).
  • Selagi kable-kable anda dipasang dengan betul dan kemas, tiada masalah akan timbul kecualilah port-port AV rosak (kemungkinan disebabkan elektrik tidak stabil atau terbakar) atau AV chord longgar (selalu sangat cabut/honggar (kata orang kedah).

d. Lain-lain masalah, sila emailkan kepada admin atau Astro Online hubungi talian Khidmat Pelanggan Astro 1300 82 3838 atau 03 9543 4129.

“TAHUKAH ANDA?
:) Anda boleh split Astro kepada banyak TV. Sama ada 1 channel atau channel berasingan. (Melanggar syarat langganan/kontrak Astro).
:) Maklumat akaun terdapat di dalam smart card.
:) Anda boleh menjadikan decoder biasa anda seperti decoder Astro *MAX atau B.yond dengan menggunakan Windows Media Player V12.0 ke atas dengan OS sekurang-kurannya Windows Vista. Anda hanya memerlukan sebuah PC, TV card, decoder (biasa) dan akaun Astro yang aktif. Jadi anda boleh pause, stop, rewind, record dan burn.
Anda perlu berfikir beribu kali sebelum melanggan decoder *MAX kerana kos penyelenggaraan yang tersangat tinggi.
 
*Astro MAX merupakan penyahkod baru yang mampu merakam sesuatu rancangan di Astro selama 60 jam dengan kapasiti rakaman sehingga 80GB, dan menjadi perakam video digital yang pertama di Malaysia, walaupun satu lagi perakam video digital diintegrasi dalam TV dipanggil “Time Machine TV” dari LG yang diperkenalkan. Penonton boleh merakam sesuatu rancangan sambil menonton rancangan kegemaran di saluran lain dan boleh menonton kembali rakaman yang telah dibuat sebelum ini.
Diperkenalkan pada Julai 2006. Pada awal dikeluarkan, Astro MAX merupakan produk exclusive. Pada tahun 2008, Astro MAX telah dihentikan pengeluarannya. Bagaimanapun ada pelanggan yang masih menggunakannya sehingga kini (Mac 2010). Dan yang terbaru ialah B.yond.”
 

Astro B.yond

Pada Disember 2009, Astro menjadi penyiar Malaysia pertama yang memperkenalkan HDTV di Malaysia melalui perkhidmatan B.yond dengan dekoder serba baru khusus untuk menerima isyarat HD, bermula dengan empat saluran HD iaitu Astro SuperSport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan History HD, diikuti ESPNHD pada Januari 2010.

Televisyen definisi tinggi (high-definition television, HDTV) ialah sejenis sistem penyiaran televisyen yang bercirikan peleraian yang jauh lebih tinggi berbanding format-format biasa (NTSC, SECAM, PAL). Walaupun adanya format-format HDTV analog awal yang pernah dipancarkan di Eropah dan Jepun, HDTV biasanya dipancarkan secara digital, kerana penyiaran televisyen digital (DTV) memerlukan lebar jalur yang kurang jika menggunakan mampatan video secukupnya.

Untuk melanggan Astro B.yond (menggunakan sistem HD), anda memerlukan TV yang mampu menyokog HD. HDTV menghasilkan sekurang-kurangnya dua kali ganda peleraian linear televisyen definisi standard (SDTV), maka membolehkan lebih banyak perincian untuk dipaparkan berbanding televisyen analog atau DVD biasa. Tambahan pula, piawaian teknikal untuk penyiaran HDTV juga mampu mengendali gambar-gambar nisbah aspek 16:9 tanpa terpaksa mengalami letterboxing atau penegangan anarmorfik, maka meningkatkan lagi peleraian berkesan untuk kandungan sedemikian.

 

Kelemahan sistem ini

 
Bagaimanapun, terdapat pelbagai sebab kualiti HD terbaik jarang dicapai. Masalah utamanya ialah kurangnya input HD. Kebanyakan saluran kabel dan satelit dan sebilangan saluran “definisi tinggi” pun tidak disiarkan dalam HD sebenar. Tambahan pula, mutu imej boleh terjejas jika televisyen tidak disambung betul-betul pada perkakas input atau diatur dengan sebetulnya untuk prestasi optimum input. Isyarat digital HD akan sama ada memberikan gambar yang sangat baik, gambar dengan pempikselan yang nyata, gambar pegun berturut-turut, atau tiada gambar langsung. Apa-apa gangguan pun akan menyebabkan isyaratnya tidak dapat ditonton. Berbanding isyarat bermutu rendah yang didapati akibat gangguan dalam siaran televisyen analog, gangguan dalam siaran televisyen digital akan membeku, melangkau, atau memaparkan maklumat “sampah”.
Untuk menonton siaran HDTV, para penonton perlu menaik taraf TV mereka, maka itu perlu banyak berbelanja. Penambahan nisbah aspek yang baru akan menyebabkan kekeliruan pengguna jika paparan mereka dibolehkan satu atau lebih nisbah tetapi perlu beralih ke nisbah yang betul oleh pengguna. Rancangan TV definisi standard dan filem cetera biasa (kebanyakannya filem yang keluar sebelum tahun 1953) asalnya dirakam dalam nisbah 4:3 piawaian, apabila dipaparkan dengan betul pada monitor HDTV, akan disertakan ruang paparan kosong di sisi kiri dan kanan imej. Ramai pengguna tidak puas hati dengan ruang paparan yang tidak dipakai ini dan sebaliknya memilih untuk mengherotbenyotkan rancangan definisi standardnya dengan meregangkan paparan secara mendatar untuk mengisi ruang, lalu menyebabkan semuanya dalam paparan kelihatan terlalu luas atau tidak cukup tinggi. Selain itu, mereka boleh memilih untuk mengezum imej lalu menanggalkan kandungan di bahagian atas dan bawah paparan rancangan TV asal.Sesetengah penonton HDTV akan mendapati sesuatu gangguan ketika gerakan babak yang lebih pantas atau peralihan babak sepenuhnya. Gangguan “pempikselan” atau “berblok-blok” ini disebabkan pemampatan video yang agresif dalam bahan sumber. Secara teknikal, ini bukanlah kesilapan HDTV, kerana HDTV secara amnya cuma memaparkan apa yang disalurkan oleh penala atau sumber (seperti peti dekoder televisyen kabel atau satelit). Makin banyak mampatan yang digunakan dalam video, maka amkin nyatalah kejadian pempikselan. Oleh sebab setiap penyedia kandungan boleh memilih kadar bit (oleh itu, amaun lebar jalur) yang digunakan untuk video, penyedia yang menumpukan lebih lebar jalur akan memperoleh kandungan HDTV bermutu video lebih tinggi dan kurang gangguan. Pempikselan sebegini tidak terjadi dalam penyiaran televisyen analog yang tradisional.
Satu lagi kekurangan HDTV berbanding televisyen biasa selama ini adalah kekeliruan pengguna yang berpunca daripada piawaian dan peleraian yang berbeza, seperti 1080i, 1080p, dan 720p. Lagi merumitkan perkara ini adalah perubahan-perubahan dalam penyambungan televisyen dari video komponen, ke DVI, diikuti HDMI.

Leraian Video Digital
Penentuan Contoh kegunaan Leraian (baris) Kadar (Hz)
Selang Seli (medan) Progresif (bingkai)
Rendah; MP@LL LDTV, VCD 240; 288 (SIF)
24, 30; 25
Biasa; MP@ML SDTV, SVCD, DVD, DV 480 (NTSC, PAL-M) 60 24, 30
576 (PAL, SECAM) 50 25
Dipertingkat EDTV 480; 576
60; 50
Tinggi; MP@HL HDTV, BD, HD DVD, HDV 720
24, 30, 60; 25, 50
1080 50, 60 24, 30; 25
 
Jadual ini memaparkan jumlah leraian piksel mengufuk dan menegak melalui saiz petak, dan tidak mencerminkan bentuk skrin atau piksel (nisbah aspek) format ini dengan tepat, iaitu 4:3, atau 16:9.  Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyen_definisi_tinggi#Kadar_bingkai_atau_medan_standard 
 
Sesetengah daripada artikal di atas dirujuk daripada  http://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyen_definisi_tinggi#Kadar_bingkai_atau_medan_standardPenafian: Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kemalangan, kecederaan, kematian, kecacatan, kemusnahan harta benda dan/atau pelanggaran perjanjian antara anda dan pihak MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) di atas penggunaan panduan ini. Setiap artikal dan fakta yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman penulis melakukan ‘troubleshooting’ terhadap kerosakan.

11 comments:

hellfuck said...

Bro, mcm ne bro, aku pki astro byond ne.. Time hujan kilat aku off kan decoder.. Jdi lepas dah brhenti hujan, aku on blik n decoder x dpt reading apa2.. Apakah masalah ny tu bro?

Ghazali said...

Salam boleh emailkan image nak swap smart card reader, sbb tak boleh view dlm posting. Sy punya decoder ada problem. Email ghazalit@gmail.com. Tks.

Unknown said...

hanya siaran radio dan tv 180 saje yg dpt.. knp ye....peryambungan semula siaran telah di buat..skrg dh lebih 24jam...

amir said...

admin. help me!!! saya tertekan set tv byk kali menyebabkan bila da dapat balik bukak astro semua siaran tiada. macam mana nak buat ni nak dapatkan siaran balik?

sp said...

Macam mana nk buat kalau channel lain tk blh tgk kecuali 102

Unknown said...

saya hanya dapat channel 104 dan 616 sahaja..yang lain tak bole tgok..dah download channel tapi maaih masalah aama

Unknown said...

macam mane nak cover LNB astro yang selalu roasak akibat diganggu binatang..masuk ni da 3x aku kol astro mintak dorang tukar LNB baru..mintak idea yang dapat membantu

yontai88 said...

Salam bro nak tanya apa perlu dibuat jika on astro hanya ade paparan maklumat channel jer tapi visual x ade???

Unknown said...

Semua channel tiada... Asyik no signel.. Dan programes are not stored

Unknown said...

Saya punya astro pun camtu gak sis

Harish said...

Gambar pecah pecah macam vcd rosak. Cable dah tukar, decorder dah tukar, piring dan signal dah adjust. Keesokan hari, gambar pecah pecah balik. Apa masalah sebenar astro ni?