Monday, April 30, 2012

Petua Menghilangkan Lenguh-lenguh Badan

Petua Menghilangkan Lenguh-lenguh Badan

Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Amalkannya selama seminggu dan anda akan dapati badan beransur segar.

Petua Untuk Segarkan Urat Saraf

Petua Untuk Segarkan Urat Saraf

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu. Untuk mengembalikan kesegaran urat saraf, ambil daun serai, daun pandan, dan daun nangka, dan rebus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku. Setelah itu bolehlah anda gunakannya untuk mandian selama 3 hari. Anda akan dapati badan yang letih lesu itu akan sembuh dan bertenaga kembali.

Petua Penjagaan Kuku Kaki

Petua Penjagaan Kuku Kaki

Merawat Kuku Kaki - Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Cengkam Kuku Kaki - Panaskan beberapa biji limau nipis dengan mengunakan api dapur kayu. Kemudian titiskan pada kuku yang mengalami cengkam. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.

Mengilatkan Kuku Kaki - Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Petua Menghilangkan Bekas Kurap di Badan

Petua Menghilangkan Bekas Kurap di Badan

Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Petua Mengubati Anak Sakit Mulut

Petua Mengubati Anak Sakit Mulut

• Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
• Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
• Angkat dan sejukkan. Sapukan ke dalam mulut anak anda.

Petua Menghilangkan Sedu

Petua Menghilangkan Sedu

Pilihan 1:
a. Tahan nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring. Tujuannya, supaya anda berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.
b. Urut bahagian atas atau belakang langit-langit mulut. Cara ini mungkin nampak agak pelik sedikit tetapi ianya membantu. Dengan mengurut di bahagian langit-langit langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton.
c. Minum segelas air sejuk dengan segera. Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.
d. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 atau 3 minit. Ia bertujuan agar anda dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan.
f. Bersendawa. Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

Pilihan 2:
Cincang buah papaya (betik) yang sudah cukup masak, Kemudian campur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 1/2 sudu madu asli. Makan sedikit demi sedikit. Amalkannya 2 kali sehari.

Pilihan 3:
Asapkan 8 lembar daun sawi tanah dan terus makan 3 kali sehari.

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma - Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.