Thursday, November 5, 2009

10 Petunjuk Anda Di'goda' Wanita

10 Petunjuk Anda Di'goda' Wanita

1. Dia Tidak Senang Duduk

Setengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya dengan sedikit usaha mampu membuahkan hasil. Biasanya tanda2 awal ini ditunjukkan dengan berjalan mudar mandir dibelakang anda atau secara tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar meminta maaf, itu adalah petanda yang perlu diambil tindakan segera.


2. Tunjuk Minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda mengatakan perkara yang tidak munasabah, dia masih memberikan pandangan membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Samada memang anda pandai berbicara atau dia menaruh minat yang mendalam terhadap anda. Lebih2 lagi dia bermain2 dengan rambutnya sambil tersenyum manja setiap kali berbicara.

3. Dia Mahukan Kesinambungan

Mungkin sewaktu anda pertama kali bejumpa, anda tidak terus keluar dan menghabiskan waktu bersamanya. Anggaplah ia sebagai permulaan kepada perhubungan yang lebih intim. Jika dia mencadangkan pertemuan semula, percayalah...segalanya terserah kepada anda. Namun, jangan tunjukkan anda terdesak untuk bertemu dengannya. Berikan nombor telefon anda untuk menilai kesungguhannya.

4. Ingin Mengetahui Destinasi Anda Seterusnya

Pertemuan yang tidak dirancang biasanya singkat dan mungkin anda mempunyai tempat yang harus ditujui selepas itu. Jika dia beria-ria ingin mengetahui lokasi anda, kemungkinan untuk anda terserempak dengannya lagi adalah tinggi. Memang itu helahnya.


5. Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya

Bermakna anda telah diterima masuk ke dalam hidupnya. Salah satu sebab mengapa dia memperkenalkan kepada rakan2nya adalah untuk memberitahu bahawa "Ini aku punya!", dan satu lagi sebab adalah untuk mereka menilai diri anda. Jadi, pastikan anda menjaga hati rakan2nya, namun jangan sampai dia cemburu.

6. Dia Men'jual' Dirinya

Jika percakapan atau gerak gerinya menunjukan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung, dia ingin membuat anda terasa yang dirinya bebaloi untuk dimiliki, sekurang2nya untuk hari itu.

7. Bersikap Terbuka

Biasanya wanita tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul2 berminat dan percaya anda, barulah segalanya akan diceritakan olehnya. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutam perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.

8. Dimatanya Hanya Anda

Di kelab-kelab atau parti, ada wanita yang hanya duduk menikmati suasana dan ada juga yang merayau2 seperti harimau mencari mangsa. Jika salah seorang kelihatan begitu tekun memerhatikan anda dan bertentangan mata beberapa kali bermakna dia menginginkan anda.

9. Membayangi Anda

Bukan mengatasi anda, tetapi seperti bayang2 anda. Kemana sahaja anda pergi, dia akan mengikut. dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap percakapan anda walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya lemas dalam keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukan kemahuannya agar tidak lemas lagi.

10. Anda Diajak Ke Tempat Lain

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi untuk bersama anda. Mungkin untuk berkenalan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda tidak lagi menjadi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai temannya untuk berapa lama tak penting. Jika anda masih buta dengan petanda ini, mungkin anda patut ulang baca artikel ini dari mula.

p/s : panduan unt lelaki, kita insan yg lemah... hahahha

--
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

No comments: