Petua Menangani Bayi Demam
Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.
Pilihan 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.
Pilihan 2: Ambil segengam beras pulut dan goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut berwarna kekuningan. Seterusnya ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air suam dan tapis. Beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan dibuat mandian. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment