skip to main |
skip to sidebar
Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah
Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah
Pilihan 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan
hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada
setiap malam.
Pilihan 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning
telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan
bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Pilihan 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit.
Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali seminggu.
Pilihan 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan
bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka
perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air
suam.
Pilihan 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Pilihan 6: Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur
hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada
setiap malam.
Pilihan 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
No comments:
Post a Comment