Ok aku bukannya pandai nak bercerita harap korang boleh paham.BM aku rasanya agak berterabur.
PANDUAN BERMAIN PERMAINAN PS2 DARI CAKERA KERAS (HARD DISK) HDD.
Bahagian 1
Panduan ini hanya berguna untuk PS2 versi lama iaitu yg mempunyai "Bay Type" ada ruang untuk letak HDD di belakang.PS2 versi 1.0 no model SCPH 10000, SCPH 15000 dan SCPH 18000 tak boleh pakai sebab tiada ruang untuk letak HDD.Begitu juga dengan PSTwo yg baru.Untuk menggunakan HDD ke dalam PS2 "Network Adapter (NA)" diperlukan.Ada dua jenis NA.Satu yang mempunyai modem dan Ethernet Port (RJ45) dan satu lagi hanya mempunyai Ethernet Port sahaja.Lihat gambar di bawah
Kedua - dua jenis NA ini boleh digunakan.Jenis HDD yang boleh digunakan sama dengan HDD komputer iaitu IDE bukan SATA.SATA adalah jenis HDD yg menggunakan perantara terbaru.Saiz minimum yang digalakkan ialah 40Gbyte dan jenama Maxtor yang biasa digunakan.Jenama Seagate juga boleh digunakan.Jenama Western Digital tidak digalakkan sebab ada masalah untuk penyambungan ke NA.
Pastikan HDD diletakkan pada keadaan MASTER.Rujuk pada HDD anda cara untuk menjadikan HDD itu MASTER.Lihat contoh dibawah.Ini hanyalah contoh.Setiap HDD ada dicetak di atasnya panduan untuknya.
Penyambungan NA dan HDD dibuat dengan memastikan IDE HDD dan Power Connector HDD selari dengan NA.Lihat gambar di bawah.
Selepas HDD dipasangkan ke NA, masukkan dibelakang PS2.Lihat gambar
Sekarang PS2 and bersedia untuk dipindahkan Permainan (Games) ke dalam HDD.
Bahagian 2.
Setelah NA dan HDD dimasukkan ke dalam PS2, tibalah masa untuk memasukkan permainan ke dalam HDD.Applikasi yang diperlukan adalah HDLoader atau HDAdvance.Kedua - dua applikasi ini adalah sama walaupun nama berbeza, ada sejarahnya tetapi tak perlu diceritakan di dalam panduan ini.HDLoader yang paling popular.
Bagaimana nak mendapatkan applikasi ini?
Ada beberapa cara nak mendapatkannya.Sama ada dibeli atau dimuat turun dari internet.Gunakan Google untuk mencari.Di sini DIINGATKAN, tidak semua permainan yang serasi.Maksudnya tak semua permainan boleh dimainkan melalui HDD.Untuk rujukan keserasian sila ke laman web
http://www.ps2hd.com
http://www.hdloader.net
http://www.hdadvance.com
Namun demikian,kebanyakan permainan yang terbaru boleh dimainkan dari HDD ini.Sesetengah permainan perlu dipatchkan untuk ia berfungsi dengan baik apabila dimainkan dari HDD.Seperti God Of War.HDLoader juga perlu dipatchkan untuk mendapatkan keserasian sesetengah permainan seperti GT4,God Of War,Gradius dan lain - lain lagi.
Bahagian 3
Cara Hendak Memindahkan Permainan Ke HDD.
Sekarang setelah HDLoader atau HDAdvance diperolehi, masukkan cakera applikasi itu ke dalam PS2 dan hidupkan PS2.Satu paparan akan keluar menyatakan HDD anda perlu diformat.Ikut arahan di paparan.Masa format HDD bergantung kepada saiz HDD.40Gbyte HDD tidak mengambil masa yg lama.Selepas HDD diformat, satu paparan baru akan keluar.Di sebelah kanan adalah ruang senarai permainan yg telah dipindahkan.Memandangkan HDD ini baru sahaja diformatkan, senarai tersebut kosong.Ruang di sebelah kiri adalah arahan - arahan yang terdapat pada HDL/HDA.Contoh gambar di bawah adalah untuk HDA.
Dengan menggunakan HDL/HDA semua permainan boleh dipindahkan ke HDD, tetapi tidak digalakkan menggunakan applikasi ini.Antara sebabnya ialah
1. Masa yg panjang diambil, lebih kurang 30 minit ke 45 minit.
2. Penggunaan lens yg berpanjangan boleh membuatkan lens rosak dalam jangka masa panjang.
Jadi applikasi apakah yang sesuai?WinHIIP satu applikasi yg ditulis khas untuk WinXP, yang boleh memindahkan permainan ke PS2 HDD.PS HDD hendaklah disambungkan ke computer dan WinHIIP digunakan untuk memindahkan sebarang permainan.WinHIIP boleh mengecam HDD yang diformat oleh HDL/HDA. Lihat gambar di bawah.
Masa yang diambil oleh WinHIIP untuk memindahkan permainan adalah lebih pantas daripada HDL/HDA (lebih kurang 5
| |
|
|
|
4#
Post on 30-4-2005 12:07 PM
|View author' posts
|
|
No comments:
Post a Comment