skip to main |
skip to sidebar
Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?
Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?
a. DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran
darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan
tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air
banyak.
b. HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang
belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana
haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu
hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem
reproduksi.
c. DAGU - Fungsi
buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah.
Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca
daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
d. PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
e. PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
f. PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang
bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid
pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment