PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan
sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik
dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak
ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi
nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah
menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan
disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar
kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan
TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja
kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.
Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan
sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member
bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in
advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah
cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan
anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin
sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah
dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah
ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah
sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda
sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan
banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya
oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10.Jangan
main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau
isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa
isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak
menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik
nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena
jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil
kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah
ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum
tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar
dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak
suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri
balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk
atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami
tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang
remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami
khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment