Sunday, June 21, 2015

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki .
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang masuk & hanya satu sahaja yg diizinkan Allah bercantun dengan ovum utk membentuk nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.

3.Ketika di dalam kandungan (4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)    
- amalan & kehidupan ( kahwin dgn siapa, berapa org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sebelum kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dalam keterpaksaan..dipaksa & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia)..
alam kanak2..
alam remaja (12 - 21 thn)..
alam dewasa (22- 40 thn)..
alam tua ( lbh 40 thn).
Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yang hidup akan merasai mati..roh orang beriman adalah seperti minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana sampai ke perut akan berdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bagi orang beriman akan mengatakan laailahailallah..tapi bagi orang yg tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu banyak ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit sahaja

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dengan penuh kasih sayang dengan penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tapi kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sebagai taman2 syurga.."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..

19. Nabi kata  aku tidak pernah tengok keadaan yang sangat huru hara seperti padang mahsyar ini..siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti..

Elok ingat tentang alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara sahaja...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal

No comments: