Thursday, July 9, 2015

Cair di mulut tidak di tangan

Pada zaman dulu, ada sorang puteri raja yang cantik rupawan. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair.

Maka susahlah hati Ayahandanya kerana tak akan kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang takkan cair.

Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa siapa lelaki yg dapat membawa sesuatu yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja.

Pertandingan pun berlangsung.. Muncul lelaki pertama..
Maharaja: Ha, apa benda yg kau bawa tu?
Lelaki pertama : Hamba bawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja: Bagus, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki pertama : Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh..!! Cair nampaknya logam itu. Kecewalah lelaki itu juga Maharaja dan tuan puteri..

Muncul pula lelaki ke 2..
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki ke 2: Hamba bawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki ke 2: Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh..!! Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu begitu juga maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi
malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair jua.Akhirnya, muncullah lelaki yang terakhir.tetapi Eh..!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada bawa bendanya tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket seluar hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini..
Maharaja: Hmmmm.. Kalau begitu, baiklah..

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket seluar lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu.. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu.

Maharaja Maharaja kehairanan dan tanya puterinya..
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat..
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak..
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta isfytiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehe..

Tapi .. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yg korang terlintas dalam kepala korang?
Hehehehehehehehe..

Benda itu sebenarnya ialah COKLAT "M&M".. CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!!
kamu ingat apa?? sekali sekala tu kita cuci fikiran.. jangan ingat yang kotor aje...d 🌙  yg mulia ni.
HEHEHEHEHEHEHEHE.....😂 😂  😂  ..

Kisah Baju Raya Anak Saidina Umar Al Khattab r.a

Kisah Baju Raya Anak Saidina Umar Al Khattab r.a

KISAH BAJU RAYA ANAK PEMERINTAH ISLAM

Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).

Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini..."
Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih...

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan.

Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)

Kerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.

Kerana tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut :

“Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya'Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..”

Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.

Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...

"Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab,

Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.

Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?

Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan الله ?

Wassalam..”

Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.

Umar r.a menjawab :

“Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”

Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan الله dan menderhakai kedua orang tuanya.

Sesungguhnya aku berharap agar الله Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

●Coretan dari Ustaz Nasir■
(Makkah al Mukarramah)

Iktibar untuk kita semua

Wednesday, July 8, 2015

Kelebihan Wanita

PEREMPUAN di uji di DUNIA :
Kena pakai TUDUNG ...
Kena pakai STOKIN ...
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
Kena banyak FITNAH ...
Kena TAAT perintah SUAMI ...
Kena menjaga MARUAH DIRI ...
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..


Di AKHIRAT,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia :
Tidak payah pakai TUDUNG...
Tidak payah pakai STOKIN...
AURAT senang di jaga ...
Tidak risau dengan FITNAH...
MUDAH nak buat apa sahaja ..

Tapi di AKHIRAT,
Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
Dosa ISTERI ...
Dosa ANAK-ANAK ..
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
Dosa tidak beri NAFKAH ...
Dosa tidak menjaga PANDANGAN..
Dosa ADIK-ADIK...
Dosa sesama MANUSIA ...
Dosa tidak SOLAT...

SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA..

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL..
Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ..

Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN..

8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah

8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah. NO 6 Paling Best!



Tidak semua suri RUMAH gemar menggunakan racun serangga untuk menghalau semut dirumah terutama bagi yang masih mempunyai anak kecil kerana bimbang anak akan memakan atau memegang racun tersebut.

Kami bawakan 8 bahan semulajadi berikut yang selamat ditabur di sekitar rumah dan tidak merbahaya kepada anak kecil.

1. Cuka

Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang RUMAH. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.

2. Air sabun basuh

Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.

3. Kapur tulis

Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

4. Bedak bayi

Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

5. Perahan air limau nipis

Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

6. Serbuk kopi

Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.

7. Tepung Jagung


Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak MAMPU mencernanya dan akhirnya semut akan mati.

8. Garam

Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.
 

Sunday, July 5, 2015

Sabit pada kuku


Ha meh nak share pasal SABIT KUKU... tak pernah dgar kan? saya pun bru ja tau..
Lengkung di kuku yg mcm gambar ni warna putih kat pangkal kuku...so tu di paggil SABIT...selalunya saiznya sebesar 1/5 dr kuku....
Kuku yang sihat berwarna kemerahan, halus dan bersinar, sabitnya mmg nmpak jelas. Bila kita sakit, sabitnya akan mengecil, bila kembali sihat, sabit akan muncul semua.

Kategori Sabit
# Tidak ada sabit langsung
- Ginjalnya mudah sakit.

# Sabit nya kecik dari 1/5 bahagian kuku
- Tenaga dalam badan berkurangan / penyerapan usus besar kurang bagus

# Sabit lebih besar dari 1/5 bahagian kuku
- Kemungkinan menderita hipertrofi jantung, kardiovaskular sumbat , hipertensi,
stroke dan penyakit lainnya

# Sabit kaler gelap / mengecil atau hilang
- Ada penyakit yang parah, atau ada tumor, pendarahan di dalam, dll.

# Sabit makin lama makin mengecil
- tenaga makin berkurangan dlm badan , kesihatan tubuh makin merosot, kekebalan imun badan menurun.

P/S : Org yang jenis tidak ada sabit, sekali sakit mesti teruk or ambik masa nak sembuh..... Bila sabit makin berkurang, perbanyakkan makan protein . Jaga stamina badan, dan seringlah berolahraga.

Skarang ni sila tengok sabit kat kuku korang tu mcm mana rupanya? makin putih? atau ada jugak jari yang takde sabit kuku... sapa yang ada 8-10 jumlah sabit di kategori sbg SIHAT... kalau kurang tu tandanya ada masalah kesihatan.. boleh kenal pasti tahap kesihatan tubuh badan kita dgn melihat sabit ni... (padan la tabib cina suka tgok tangan pesakit)