Pada zaman dulu, ada sorang puteri raja yang cantik rupawan. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair.
Maka susahlah hati Ayahandanya kerana tak akan kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang takkan cair.
Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa siapa lelaki yg dapat membawa sesuatu yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja.
Pertandingan pun berlangsung.. Muncul lelaki pertama..
Maharaja: Ha, apa benda yg kau bawa tu?
Lelaki pertama : Hamba bawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja: Bagus, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki pertama : Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh..!! Cair nampaknya logam itu. Kecewalah lelaki itu juga Maharaja dan tuan puteri..
Muncul pula lelaki ke 2..
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki ke 2: Hamba bawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki ke 2: Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh..!! Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu begitu juga maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi
malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair jua.Akhirnya, muncullah lelaki yang terakhir.tetapi Eh..!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada bawa bendanya tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket seluar hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini..
Maharaja: Hmmmm.. Kalau begitu, baiklah..
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket seluar lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu.. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu.
Maharaja Maharaja kehairanan dan tanya puterinya..
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat..
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak..
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta isfytiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehe..
Tapi .. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yg korang terlintas dalam kepala korang?
Hehehehehehehehe..
Benda itu sebenarnya ialah COKLAT "M&M".. CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!!
kamu ingat apa?? sekali sekala tu kita cuci fikiran.. jangan ingat yang kotor aje...d 🌙 yg mulia ni.
HEHEHEHEHEHEHEHE.....😂 😂 😂 ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment