Thursday, October 31, 2019

Hukum Tasybik

HUKUM TASYBIK
SOALAN :
Apakah hukumnya seorang melakukan perbuatan menggenggam kedua jari tanganya bersama kerana ada yang mengatakan perbuatan tersebut adalah haram?
JAWAPAN :
Perbuatan yang maksudkan ialah tasybik.Tasybik ialah seorang itu menggengam kedua tangannya dengan cara menyilangkan antara jari tangan kanannya dengan jari tangan kirinya.
Hukum melakukan tasybik ini makruh bagi orang yang mahu mengerjakan solat atau sedang menunggu untuk mengerjakan solat atau pun di dalam solat.
Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ka’ab bin Ujrah r.a. Rasulullah saw bersabda :
إذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ، ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إلَى المَسْجِدِ؛ فَلاَ يُشَبِّكَنَّ بَيْنَ أَصَابِعِهِ؛ فَإنَّهُ فِي صَلاَةٍ
Artinya : “Apabila berwuduk seorang kamu maka hendaklah dia elokkan wuduknya kemudian keluar ia kepada tempat solat maka jangan ia tasybik antara jari-jarinya kerana dia ketika itu sepetti di dalam solat.” Hadith riwayat Abu Daud & Tirmizi.
Ada pun jika selesai dari solat atau bukan hendak mengerjakan solat maka tidak dimakruhkan perbuatan tasybik ini kerana Nabi saw melakukannya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya :
شَبَكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَابِعَهُ
Artinya : “Telah bertasybik olih Nabi saw akan segala jari jemarinya.” Hadith riwayat Imam Bukhari.
Dan diriwayatkan dari Abu Musa Al-As’ary r.a. katanya Nabi saw bersabda :
إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ
Artinya : “Sungguhnya orang-orang beriman itu seperti satu binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain lalu baginda tasybik akan segala jari jemarinya.” Hadith riwayat Imam Bukhari.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :
وَإِنَّمَا يُكْرَهُ لِمَنْ بِالْمَسْجِدِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ
Artinya : “Dan hanyalah dimakruhkan tasybik itu bagi orang yang berada dalam masjid menunggu untuk solat.” Kitab Minhajul Qawwim.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami sebab dimakruhkan tasybik dalam solat atau ketika menunggu solat kerana ia termasuk bermain-main yang menghalang kusyuk.
Wallahua’lam

Wednesday, October 30, 2019

Peringatan 2019 buat kita semua

Peringatan 2019 buat kita semua:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.
7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi.
Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇
"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Tuesday, September 3, 2019

Nak Pilih AJK Masjid/Surau? BERMUSYARATLAH

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُه

Nak Pilih AJK Masjid/Surau?
BERMUSYARATLAH, jangan main isi-isi borang sja.

Di antara ciri-ciri orang beriman ialah dlm menyelesaikan sesuatu perkara mereka bermusyawarah. Firman Allah:

... وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ ...
... dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka...
[سورة الشورى 38]

Mereka lakukan yg sedemikian kerana mentaati Allah dan rasulNya. Firman Allah:

... وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ...
...dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan...
[سورة آل عمران 159]

Hadith:
عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ، ولا حال من اقتصد" .
أخرجه الطبراني في الأوسط ( 6627 ) ، والصغير ( 980 )
Dpd Anas bin Malik berkata: sabda Rasulullah saw: tidak rugi orang yang istikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tak papa orang yang berekonomi.

Oleh itu saya cadangkan setiap masjid dan surau buat musyarat memilih AJK sbb:
1. Allah suruh musyarat.
2. Ini ciri-ciri orang beriman.
3. Kalau syok sendiri isi borang mengaku layak memegang sesuatu jawatan itu bukan ciri-ciri orang yg baik. Firman Allah:
... فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ...
... janganlah kamu memuji-muji diri kamu...
[سورة النجم 32]
4. Menyenangkan pehak berkenaan nak lantik. Kalau kita isi borang je dan serah kpd mereka, mereka bukan tahu yg kita ni RAJIN TAK KE MASJID.

والله أعلم

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka
Tuan tu kata, merdeka tiada dalam kamus pada asalnya.

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif merupakan himpunan perkataan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ketika menuntut kebebasan tanah air kita.

Mim - Mengikut
Ra - Rasul
Dal - Dan
Ya - Yakin
Kaf - Kepada
Alif - Allah

Mereka berpegang dengan kalimah ini sunguh-sungguh. Kerana secara logiknya mereka memang tidak mampu menghentikan penjajahan tersebut.

Hebat sungguh pejuang-pejuang bangsa kita ini.
Saya percaya sejarah di tentukan oleh penguasa atau kerajaan pada satu-satu masa. Maka jangan melihat sejarah hanya dari satu sisi sahaja. Lihat juga dari sisi yang berbeza.

Bagaimana kita mampu melihat sejarah dari sisi-sisi yang berbeza?

Dengan banyak membaca.

Nah, itu kuncinya.
Rajin.. rajin.. rajin

Tak bijak kalau menerima fakta yang diberi mentah-mentah. Kena ambil dari segala sumber yang ada. Moga hasilnya adalah yang terbaik kan.

Wallahu a'alam.

kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

JAWAPANYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

Siapa baca sampai habis untung :)

Kalau share lagi untung
 Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak :)
_____
Nabi SAW bersabda:
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
****
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:

              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor

*****
Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai.

Friday, August 16, 2019

Adakah orang yang meninggal itu sedar bahawa dirinya sudah mati ?

"APAKAH ORANG MENINGGAL ITU SADAR BAHWA DIRINYA SUDAH MATI ?.................:

1.Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafani, disholati hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak- teriak tapi tidakada yang mendengar teriakannya.

2.Beberapa waktu kemudian :

3.Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari "mimpi” buruknya.

4.Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan
kini dia sudah bangun dari tidurnya.

5.Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain  sambil bertanya kaget,

6.“Dimana bajuku ? Kmana celanaku?”
Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah
“Dimanakh aku ?” “Tempat apa ini ? Kenapa bau tanah dan lumpur ?”
Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya
bukanlah mimpi!
Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

7.Berteriak lah dia sekeras-kerasnya, mmanggil orang2 terdekatnya yang dianggap bisa menyelamatkan nya :

7.“Ibuuuuu….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Kakeeeeek!!!”
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaat!!!”

8.Tidak ada seorang pun yg menjawab. Dia yang selama ini lupa pada Allah-pun ingat bahwa ALLAH adalah satu2nya harapan.

9.Menangis-lah dia sambil meminta ampun,

 10.“Ya, Allaaaaah….Ya Allaaaaaah….Ampuni aku ya Allaaaaah….!!!”

11.Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

12.Jika dia orang baik, maka muncullah 2 malaikat dengan wajah tersenyum akan mndudukkn nya & menenang kannya, menghiburnya dan melayaninya dg pelayanan yang terbaik.

13.Jika dia orang buruk, maka 2 malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai keburukannya.

14.Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur.

15.Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
(1)."Tiada penolong yang lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan Nabi, bukan Malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib- Syarah Ihya)."

(2).Al-Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang mati/meninggal dunia, ketika orang2 sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba2 seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

16.Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkan nya, datanglah 2 Malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.

17.Tetapi si tampan itu berkata : ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bgmn- pun aku tidak akan meninggal kannya. Jika kalian ditugaskn untuk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

18.Lalu ia berpaling kepada sahabat nya dan berkata, “Aku adalah Al-qur'an yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

19.Jangan khawatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dn Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”

20.Setelah para Malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkn tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

21.Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhawatiran. Getaran harap karena tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau2 Al-Qur'an akan menuntut kita.

22.Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Qur'an adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

23.Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa Ibu Bapakku, keluargaku, saudaraku dan seluruh kaum Muslimin, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu
Aamiin.

24.Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan :
(1).Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini.
(2).Membagikan pengetahuan ini kesemua teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu.
Aamiin.

25.Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL- QUR'ANNUL KARIM.
Mari kita kaji bersama Kitabulloh Al-Qur'an dengan sabar dan ikhlas krn Allah SWT. Semoga bermanfaat bagi kita yang masih hidup.

Sunday, July 28, 2019

HALAL VERIFIED, BUT NOT CERTIFIED: Is it really Halal?


HALAL VERIFIED, BUT NOT CERTIFIED: Is it really Halal?
Oleh: Bilal Jailani
1. Majalah @Halal edisi Julai-Ogos 2019 mengetengahkan isu Boba Tea. Dalam satu artikel bertajuk Halal Verified But Not Certified, sebuah makmal menjalankan analisis pengesanan babi terhadap 4 jenama Boba Tea terkemuka negara.
2. Menurut juruanalisa, walaupun Boba dibuat daripada tepung ubi, kesan gelatin biasa dijumpai pada Boba kerana gelatin digunakan dalam proses Glazing. Jika gelatin dijumpai, juruanalisa akan mengenal pasti gelatin itu datang dari sumber babi atau bukan.
3. Untuk itu, mereka menjalankan dua ujian babi, iaitu DNA test dan ELISA. Daripada ujian terhadap 4 jenama Boba Tea terkemuka, juruanalisa memaklumkan tiada kesan babi ditemui. Lalu artikel ini melaporkan, “In a nutshell, the four brands popular among Malaysians currently have been tested and now halal-verified”.
4. Saya terkejut apabila membaca ayat English di atas. Dari ujian yang dilakukan, itu bukan Halal-verified, tapi Porcine-Free Verified. Ini kerana mereka hanya menjalankan analisa terhadap kesan babi.
5. Saya bertanya kepada seorang kenalan saya yang merupakan juruanalisa makmal diiktiraf JAKIM, “Jika sebuah kek diperbuat dari bahan halal, tetapi sapuan cream dibuat menggunakan berus bulu babi, adakah analisa makmal dapat mengesan DNA babi pada kek itu?”. Beliau menjawab, “Tidak”.
6. Saya tanya lagi, “Jika kek itu dibuat menggunakan air yang ditapis menggunakan active carbon yang dibuat dari tulang babi, adakah analisa makmal dapat mengesan DNA babi pada kek?”. Beliau menjawab, “Tidak. DNA hanya dapat dikesan jika ada kandungan babi dalam kek itu”.
7. Dari penjelasan juruanalisa kenalan saya ini, saya semakin yakin bahawa 4 jenama Boba Tea di atas adalah Porcine-Free Verified, bukan Halal-verified.
8. Analisa makmal hanya mampu memberi kita gambaran tentang ingredient sahaja, tanpa maklumat bahan perkakasan. Oleh itu, analisa makmal tak mampu membuktikan kehalalan sepenuhnya.
9. Sebab itulah kita mesti berpegang kepada ‘Halal-Certified’, bukan ‘Halal-Verified’. Namun, di negara umat Islam minoriti, saya rasa memadai mereka menggunakan pendekatan Halal-Verified (Ingredients Screening), kerana di sana tiada kerajaan yang berkuasa memantau proses di kilang.
10. Syukurilah nikmat hidup di bawah kerajaan yang mendaulatkan agama, kerana dengan adanya kerajaan seperti ini, Muslim dapat mengamalkan agama mereka dengan sempurna.
---------
Majalah @Halal versi ebook boleh didapati di sini:
https://view.joomag.com/halal-july-aug-2019/0485554001563880629?short&fbclid=IwAR2OR5ACoQgS6XCOmF2sGDlTc0mQEzn3uRTkU3jfNTGgCpEMiExbCdrcH5Y

hentikan trend menu makanan pedas melampau

Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pedas-pedas Manja je

buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman

Hari tu ada terbaca share pasai buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman/ pejabat/kedai. Dah tu try la buat. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih then baca surah yang di share. Letak dibiar terdedah
Letak dekat bahagian yang selalu guna. So cheq letak dekat 3ruang. Bilik tidoq utama, ruang menonton & dapoq. Biaq selama 24jam. Lepas tu kena basuh & salin baru
Dalam bilik utama, letak ataih almari. Malam yang buat tu, dengaq bunyi punya kuat. Nasib tok laki ada. Tidak, mau lari tidoq luaq 😅
Bunyi macam batu dibaling dalam ayaq. Berkocak ayaq. Lama jugak la dengaq. Pahtu terlena gutu jaa dalam ketakutan. Haha
Garam, cuka & gelas putih.
Baca :
Al Fatihah 7x
Al Ikhlas 1x
Al Falaq 1x
Al Kafirun 1x
An nas 1x
Ayatul Kursi 3x
Surah Yassin Ayat 9 6x
Then hembus kat bahan tadi. Niat niat untuk usir benda negatif
Biar 24jam




Sunday, July 21, 2019

Rahsia rasulullah mematikan lampu ketika hendak tidur

RAHASIA RASULULLAH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR
(Ilmu Agama itu lebih utama daripada duit dan harta benda)
1. “Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman” (HR. Muttafaq’alaih).
2. Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad modern ini baru diketahui manfaat medis dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.
3. Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh baru bisa memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanker payudara dan kanker prostat. Orang yang tidur dalam kondisi gelap, maka tubuhnya bisa memproduksi hormon ini. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormonbmelatonin terhenti..
4. Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Inggris. Peneliti menemukan bahwa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, bisa memicu ekpresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanker.
5. Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahwa orang bisa menderita kanker akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
6. Subhanallah… demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah medisnya baru terungkap. Wallahu a’lam bish shawab.
7. Sebarkan wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya..
8. Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang ? Itu adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).
9. Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati ? Itulah adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).
10. Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telepon darinya ? Itu adalah Kuasa ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang menghiburmu
Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3 :190-191).
11. Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk didapatkan ? Itu adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).
12. Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan ? Itu adalah saat ﺍﻟﻠّﻪ mengizinkan kau untuk diuji, Dan ﺍﻟﻠّﻪ ingin mendengar rintihan do’amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA…. Karena Ia tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).
13. Jika kau peka, akan sering kau sadari bahwa KASIH dan KUASA ﺍﻟﻠّﻪ selalu ada di saat manusia merasa diirinya tak mampu. Apakah kau pikir tulisan ini hanya iseng terkirim padamu ? Tidak ! Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
14. Beberapa menit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, " dengarkan suara-NYA yang berkata :
“Jangan khawatir, AKU di sini bersamamu”
(QS 2:214, 2:186)

cegah kanser

Dr. Gupta berkata, Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser kecuali dari kecerobohan.
(1). Langkah pertama ialah menghentikan semua pengambilan gula, tanpa gula di dalam badan anda, sel kanser akan mati dengan kematian semulajadi.
(2). Langkah kedua adalah untuk menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum selama 1-3 bulan sebelum makanan dan kanser akan hilang, kata penyelidikan oleh Maryland College of Medicine, 1000 kali lebih baik daripada kemoterapi.
(3). Langkah ketiga adalah minum 3 sudu minyak kelapa organik, pagi dan malam dan kanser akan hilang, anda boleh memilih salah satu daripada dua terapi ini selepas mengelakkan gula. Kejahilan bukanlah alasan; Saya telah berkongsi maklumat ini selama lebih dari 5 tahun. Biarkan semua orang di sekeliling anda tahu. Tuhan memberkati.
"Dr Guruprasad Reddy B V, UNIVERSITI UNIVERSITI NEGARA OSH MOSCOW, RUSSIA🏖🚥🚦
Mendorong setiap orang yang menerima surat berita ini untuk meneruskannya kepada sepuluh orang yang lain, tentunya sekurang-kurangnya satu nyawa akan diselamatkan ... Saya telah melakukan bahagian saya, saya harap anda dapat membantu melakukan bahagian anda. terima kasih! 
Minum air lemon yang panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk.
Kedua-dua buah ubi kuning ungu mempunyai sifat pencegahan kanser yang baik. 
01. Sering kali makan malam lewat boleh meningkatkan peluang kanser perut
02.  Jangan mengambil lebih dari 4 telur seminggu
03. Eating backside ayam boleh menyebabkan kanser perut
04. Jangan makan buah selepas makan. Buah-buahan perlu dimakan sebelum makan
05.  Jangan ambil teh semasa haid.
06. Kurangkan susu soya, jangan tambah gula atau telur untuk susu soya
07. Jangan makan tomato dengan perut kosong
08. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makanan untuk mengelakkan batu pundi hempedu
09. Tiada makanan 3 jam sebelum tidur
10. Minum minuman keras atau elakkan, tiada sifat pemakanan tetapi boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi
11.  Jangan makan roti bakar apabila panas dari oven atau pembakar roti
12. Jangan caj telefon bimbit anda atau mana-mana peranti di sebelah anda apabila anda sedang tidur
13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing
14.  Menambah lebih banyak air pada waktu siang, kurang pada waktu malam
15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik
16. Makan makanan kurang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk mencerna mereka, menjadikan anda berasa letih
17. Selepas 5 petang, makan kurang
18. Enam jenis makanan yang membuat anda gembira: pisang, limau gedang, bayam, labu, pic.
19. Tidur kurang dari 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak kita. Mengambil istirahat petang selama setengah jam boleh memandang wajah kita muda.
20.miss Tomato yang dimasak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik daripada tomato mentah.
Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!
Air lemon panas membunuh sel kanser 
Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian
Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser
Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser
Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. 
Ujian klinikal telah membuktikan kerja air lemon panas. 
Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat
Seterusnya ... asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi,  pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.
Tidak kira betapa sibuknya anda, sila dapatkan masa untuk membaca ini, kemudian beritahu orang lain untuk menyebarkan cinta! 
 Selepas membaca, berkongsi dengan orang lain untuk menyebarkan cinta! Untuk menjaga kesihatan mereka sendiri! 🤝

3 Waktu Dilarang Mandi

3 WAKTU DILARANG MANDI :
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,
 
Dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG"
Sebarkan biar umat islam mngetahui

Tuesday, July 9, 2019

Perkahwinan ibarat satu perjudian?

Perkahwinan ibarat satu perjudian?
Perkahwinan BUKAN satu perjudian...
Sebab? Apa yg kita faham tentang perjudian?
Apa maksud judi...? Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan...bertaruh harta atau sesuatu nilai utk mendapatkan sesuatu yg lebih lumayan atau besar ganjarannya...
Maka dlm perkahwinan, apa yg kita pertaruhkan? apa yg kita akan dapatkan?
Dalam perjudian juga, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang...pihak yg kalah akan kehilangan segalanya...pihak yg menang akan mendapat segalanya...
Maka dlm perkahwinan, siapa yg menang, dan siapa yg kalah? Kita bermain dlm permainan apa?
Baik buruk, pahit manis dlm sesebuah perkahwinan itu dinamakan cubaan, dugaan dan ujian...kita tak boleh nak ramal apa ending perkahwinan kita ni, bagaimana pertengahan perkahwinan kita, apa akan jadi keesokan harinya, adakah kita akan bahagia ataupun derita bersama si dia...
Tiada siapa pun yg tahu...
Kita tidak mempertaruhkan nasib kita ditangan pasangan kita...tidak sama sekali sebab nasib kita, kita yg pegg sendiri...kita yg tentukan sendiri bagaimana kita nk hidup, dgn siapa kita nk hidup, bagaimana kita nak bahagia, dgn siapa kita akan bahagia, apa yg kita nk buat utk bahagia dan sebagainya...
Kita, diri kita yg tentukan...yg buat keputusan...yg buat pilihan...
Sebab kesan utk setiap apa yg kita buat itu, ditanggung oleh kita jugak, bukan org lain...Allah takkan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri...ini firman Allah...bukan ibubapa yg akan ubah nasib kita, bukan pasangan yg akan ubah nasib kita, bukan bukan adik beradik ,bukan kawan2 yg akan ubah nasib kita...
Tapi KITA...yes, you...awak yg baca ni yg bertanggungjawab utk nasib awk...
So, stop ckp perkahwinan ini satu perjudian sebab awk tak pertaruhkan nasib awk ditgn org lain...nasib awk, awk yg tentukan sendiri...klu awk memilih utk membiarkan org lain yg tentukan nasib awk, maka bahagia atau derita itu ditgn dia asbab kepasrahan awk utk menentukan nasib sendiri, mengubah halatuju hidup sendiri dan menulis takdir sendiri...
Itu hak awk...cuma jgn menyesal jika awk yg selalu kalah dlm perjudian tersebut...

Thursday, July 4, 2019

nasihat kekeluargaan

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita..
Kredit Nur Amall Syalabyla ll

Tuesday, July 2, 2019

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !
=====================================
Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !
Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.
Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)
Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO 
RM 2,000
Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
RM 2,500
Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
RM 3,000
Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian Bank Rakyat
RM 3000
Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
RM 200 - RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful 
RM 2,000 - RM 5,000
Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
RM 500 - RM 5,000
Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian Pencen
RM3000
10. Lain-lain
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Sfatyma Idris
Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.
Silakan #share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat kematian ni.
👉🏻 Boleh Like & Follow Sfatyma Idris & set see first supaya tak tertinggal info/ilmu/tips yang mahal nanti 😉