Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka
Tuan tu kata, merdeka tiada dalam kamus pada asalnya.
Mim Ra Dal Ya Kaf Alif merupakan himpunan perkataan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ketika menuntut kebebasan tanah air kita.
Mim - Mengikut
Ra - Rasul
Dal - Dan
Ya - Yakin
Kaf - Kepada
Alif - Allah
Mereka berpegang dengan kalimah ini sunguh-sungguh. Kerana secara logiknya mereka memang tidak mampu menghentikan penjajahan tersebut.
Hebat sungguh pejuang-pejuang bangsa kita ini.
Saya percaya sejarah di tentukan oleh penguasa atau kerajaan pada satu-satu masa. Maka jangan melihat sejarah hanya dari satu sisi sahaja. Lihat juga dari sisi yang berbeza.
Bagaimana kita mampu melihat sejarah dari sisi-sisi yang berbeza?
Dengan banyak membaca.
Nah, itu kuncinya.
Rajin.. rajin.. rajin
Tak bijak kalau menerima fakta yang diberi mentah-mentah. Kena ambil dari segala sumber yang ada. Moga hasilnya adalah yang terbaik kan.
Wallahu a'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment