Tuesday, September 3, 2019

Nak Pilih AJK Masjid/Surau? BERMUSYARATLAH

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُه

Nak Pilih AJK Masjid/Surau?
BERMUSYARATLAH, jangan main isi-isi borang sja.

Di antara ciri-ciri orang beriman ialah dlm menyelesaikan sesuatu perkara mereka bermusyawarah. Firman Allah:

... وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ ...
... dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka...
[سورة الشورى 38]

Mereka lakukan yg sedemikian kerana mentaati Allah dan rasulNya. Firman Allah:

... وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ...
...dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan...
[سورة آل عمران 159]

Hadith:
عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ، ولا حال من اقتصد" .
أخرجه الطبراني في الأوسط ( 6627 ) ، والصغير ( 980 )
Dpd Anas bin Malik berkata: sabda Rasulullah saw: tidak rugi orang yang istikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tak papa orang yang berekonomi.

Oleh itu saya cadangkan setiap masjid dan surau buat musyarat memilih AJK sbb:
1. Allah suruh musyarat.
2. Ini ciri-ciri orang beriman.
3. Kalau syok sendiri isi borang mengaku layak memegang sesuatu jawatan itu bukan ciri-ciri orang yg baik. Firman Allah:
... فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ...
... janganlah kamu memuji-muji diri kamu...
[سورة النجم 32]
4. Menyenangkan pehak berkenaan nak lantik. Kalau kita isi borang je dan serah kpd mereka, mereka bukan tahu yg kita ni RAJIN TAK KE MASJID.

والله أعلم

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka
Tuan tu kata, merdeka tiada dalam kamus pada asalnya.

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif merupakan himpunan perkataan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ketika menuntut kebebasan tanah air kita.

Mim - Mengikut
Ra - Rasul
Dal - Dan
Ya - Yakin
Kaf - Kepada
Alif - Allah

Mereka berpegang dengan kalimah ini sunguh-sungguh. Kerana secara logiknya mereka memang tidak mampu menghentikan penjajahan tersebut.

Hebat sungguh pejuang-pejuang bangsa kita ini.
Saya percaya sejarah di tentukan oleh penguasa atau kerajaan pada satu-satu masa. Maka jangan melihat sejarah hanya dari satu sisi sahaja. Lihat juga dari sisi yang berbeza.

Bagaimana kita mampu melihat sejarah dari sisi-sisi yang berbeza?

Dengan banyak membaca.

Nah, itu kuncinya.
Rajin.. rajin.. rajin

Tak bijak kalau menerima fakta yang diberi mentah-mentah. Kena ambil dari segala sumber yang ada. Moga hasilnya adalah yang terbaik kan.

Wallahu a'alam.

kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

JAWAPANYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

Siapa baca sampai habis untung :)

Kalau share lagi untung
 Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak :)
_____
Nabi SAW bersabda:
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
****
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:

              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor

*****
Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai.