Salam my kesayangan...
Lama sangat la QH tak meroti...boleh dikira agak bertahun la juga rasanya...entah bila kali terakir pon dah tak ingat...heeee...kalau nak tahu...tepung roti tu sentiasa ada je QH beli...lepas tu entah bape kali pula QH buang kerana dah expired...membazirkan...
semasa takde tepung roti tu di rumah...kemain mencurah2 idea nak buat roti tu roti ni la...tetapi apabila ada tepungnya...tak terbuat lak pulak...habis semua idea berterbangan...adoiii
roti paung ni sangat popular di Terengganu tau...siap jual panas2 lagi...tak tahu la macam mana agaknya kalau QH ke kedai tu...mau pengsan dengan roti jer agaknya...QH ni kalau ke kedai roti terkadang boleh jadi giler sekejap...semuanya nak di beli...
walau QH belum pernah rasa roti paung dari sana...apabila setiap kali nampak ada yang post roti ni di IG atau mana2 media sosial...jadi teringin tau...geram tengok bertapa comelnya roti tu dan bertapa gebunya roti ni...jalan penyelesaiannya...carilah resepi dan buat sendiri...
resepi roti paung ni QH ambil dari blog Dari Dapur Madihaa...hasil
carian ni QH tengok juga resepi2 lain...tetapi resepi yang menjadi
pilihan QH ni tidak menggunakan telur dan bahannya terlalu
bacis...nampak macam ciri2 roti dulu2...tu yang terus berkenan dengan
resepi ni...
rasa berdebar
juga apabila nak memulakan meroti ni...takut skill ke laut...entah
kembang mengebu ker atau errr tahap boleh buat baling ke dinding...heee
cara QH buat roti ni dengan menggunakan
bread maker (BM)...benda dah ada gunakan je la...lagipon dah lama tak
berfungsi tu...takut jem lak nanti...jadi segala bahan boleh terus
humban je ke dalam terus...tekan button dough dan tinggalkan sampai
siap...
kemudian keluarkan doh...lepas tu buat proses meroti seperti
biasa...nak lagi nampak comel buat la doh tu kecil2 lagi...ni versi asal
siap heee...nak sedap lepas siap bakar terus ngappp...masa ni roti
memang amat lembut dan gebu giler...makan besok pon roti masih lagi
lembut tau...
resepi ni ada
video langkah demi langkahnya...di dalam video tersebut ada QH tunjukkan
beberapa tips dan teknik menguli doh...cara tersebut lagi senang dan
mudah untuk membulatkan roti...
kalau nak tahu kenalah klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=pLAy5J2wSKo yang
tertera...
untuk teruskan menonton...
sebelum tu jangan lupa untuk
subscribe youtube channel QH tu tau...banyak lagi video menarik yang ada
di sana...terima kasih
ROTI PAUNG LEMBUT
youtube Qasey Honey
sumber Dari Dapur Madihaa
bahan2
250 ml air
100 gm gula kastor
50 gm susu tepung
500 gm tepung gandum/tepung high protien
11 gm yis
100 gm mentega
youtube Qasey Honey
sumber Dari Dapur Madihaa
bahan2
250 ml air
100 gm gula kastor
50 gm susu tepung
500 gm tepung gandum/tepung high protien
11 gm yis
100 gm mentega
caranya
ambil bowl BM kemudian masukkan bahan di atas
mulakan dengan masukkan cecair iaitu air dan seterusnya bahan2 yang lain
pilih menu dough dan biarkan ianya sampai berhenti sendiri
keluarkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang lain
tumbuk2kan doh dengan perlahan, kemudian tutup atau alaskan atas bekas dengan kain
biarkan doh naik dua kali ganda
apabila doh dah mengembang, ulikan sekejap kemudian bahagikan doh kecil2
susun ke dalam loyang dan tutup lagi atasnya dengan kain
biarkan ianya naik sekali ganda lagi
sapukan sedikit marjerin atau butter di atas roti tadi
panaskan oven dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160C api atas bawah
tambah 7 minit lagi menggunakan api atas sahaja
keluarkan roti dan terus sapukan dengan marjerin/butter atasnya
siap
roti paung lembut
jangan lupa untuk subscibe youtube channel Qasey Honey...terima kasih
No comments:
Post a Comment