Wednesday, June 21, 2023

Bukan Kita Sorang Yg Risau Tentang Anak. Para Rasul Pun Begitu..

BUKAN KITA SORANG YG RISAU TENTANG ANAK. PARA RASUL PUN BEGITU..
.
.
Pagi ni saya baca surah Ali Imran, terkejut saya dalam surah ni Allah s.w.t menceritakan tentang 'struggle' para Nabi tentang anak, sama macam yang kita hadapi. Ada 3 kisah yang menarik.
.
✅ ️KISAH 1 : TERINGIN NAK ANAK LELAKI TAPI DAPAT ANAK PEREMPUAN ATAU VICE VERSA.
.
Di awal kisah surah Ali Imran, Allah swt ceritakan permohonan isteri Imran (Hannah) mahukan anak lelaki. Niat beliau mahu jadikan anaknya sebagai pembela agama. Tapi lepas lahir, rupanya dapat anak perempuan.
Walaupun dikurniakan anak perempuan bukan anak lelaki, Hannah tidak merajuk dengan Tuhan. Beliau tetap meneruskan niatnya dengan menghantar Maryam utk dididik oleh Nabi Zakaria a.s.
.
.
✅️ KISAH 2: DAH LAMA TUNGGU NAK DAPAT ZURIAT
.
Selepas itu, diceritakan pula kisah Nabi Zakaria a.s yang dah lama nak anak untuk sambung legasi dakwah. Lepas jumpa Maryam & dapat ilham utk berdoa, Allah s.w.t makbulkan pada usianya yang sangat tua. Isterinya pula mandul.
Nabi Zakaria a.s tanya : macam mana logik nak dapat anak lagu ni ? (Dialog telah diubah utk lebih faham)
Tuhan menjawab : Allah s.w.t boleh buat mengikut cara yang Dia kehendaki.
.
.
✅️ KISAH 3 : DAPAT ANAK 'TERKEJUT' / UNPREPARED
.
.
Lepas tu dikisahkan pula kisah Maryam mengandung tanpa suami.
Maryam pun tanya soalan pada Allah s.w.t : Macam mana dia boleh dapat anak tanpa kahwin?
Tuhan menjawab : Allah s.w.t boleh buat mengikut apa yang Dia kehendaki. Allah s.w.t sebut 'kun' maka jadilah ia.
.
.
➡️ APA YANG SAYA DAPAT DARI 3 KISAH INI :
.
.
Rasa mind blowing, sebab semua kisah orang super soleh ni saya ingatkan berkisar tentang ketaatan agama je. Rupanya Al-Quran juga bercerita tentang pergelutan harian rakyat marhean macam kita. Apa yang bestnya, dalam pergelutan ini Allah s.w.t bagi solusi.
Dari sini kita belajar ibrah, sebab masalah kita hadapi pun sama. Kita ada harapan dengan anak.
Ada yang nak anak lelaki dapat pula anak perempuan. Ada yang diuji dah kahwin beberapa tahun masih belum dapat anak. Ada pula dapat anak waktu yang tak dijangka. Pada waktu mungkin ekonomi keluarga masih belum begitu kukuh.
Cuma apa yang para Nabi ajar kita ialah bila dapat anak bukanlah utk fokus pada masalah-masalah tersebut, tapi untuk fokus pada nak bentuk anak jadi apa?
Berbeza dengan cara kita fikir. Bila dapat anak kita dah siap setkan, anak nombor 1 : laywer, anak nombor 2 : doktor, anak nombor 3 : engineer. Kebanyakkannya, cara kita besarkan anak adalah untuk mencari laba dunia.
Supaya dia hidup senang, supaya dia dapat gaji tinggi dan sebagainya.
Tapi para Nabi, bila mereka dapat anak tujuannya lain. Mereka dapat anak dari Allah s.w.t & mereka serahkan kembali anak tu kepada jalan Allah s.w.t. Dengan cara ini anak akan menjadi pendakwah, ulama', murobbi dll.
Semua fikir nak bantu support agama Allah s.w.t. Itu beza kita dengan mereka. Sebab tu mereka mudah mendapat redha Allah s.w.t
Begitulah surah ini ingin membentuk pemikiran kita iaitu inilah cara
terbaik
nak mendidik anak. Besarkan mereka untuk membantu agama Allah s.w.t.
Janganlah risau tentang urusan rezekinya, hidupnya senang ataupun tidak. Sebab rezeki orang yang bekerja dengan Tuhan (bos yg super kaya) pasti lebih banyak & melimpah dari apa yang kita harapkan.
Insya Allah...

 Sumber :
https://www.facebook.com/UstazAsraff

No comments: