Thursday, July 13, 2023

5 sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita

 5 sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita:

.
1. Kongsi cerita. Untuk sebab yang pertama ini, pasangan suka untuk berkongsi cerita justeru kita dengarkan, fokus dengan apa yang mereka kongsikan dan jangan tengok phone.
Jangan sampai dia nak cerita dengan orang lain.
.
2. Meluahkan perasaan. ( kalau pasangan luahkan perasaan, dengarkan. Elakkan jawab. Nanti bergaduh, sebab kadang kadang itu adalah luahan spontan dari pasangan kita )
.
3. Untuk dihargai. ( pasangan bercakap dan mereka nak dihargai. So dengar dan identify, sekiranya mereka nak dihargai, hargai mereka, berikan pujian ikhlas ).
.
4. Minta simpati. ( Jika pasangan beritahu, saya sakit la bang. Sebenarnya mereka nak simpati dari kita. So dengarkan dengan penuh perhatian.
Contoh: Pasangan balik rumah dan maklumkan pada kita mengenai bisnes yang tak menjadi, jangan salahkan atau blame mereka).
.
5. Dikagumi. ( contoh: Saya jumpa menteri tadi. Pasangan nak kita kagumi mereka. So kita dengar dan reply..” waahhh dia cakap apa tadi?? “ )
.
So kuncinya adalah mendengar. Kerana komunikator yang baik adalah seorang pendengar yang baik. Semoga bermanfaat dan belajar sesuatu!

No comments: