Thursday, July 6, 2023

Ape itu Nocturia

 Untuk Pengtahuan WARGA EMAS... Ape itu Nocturia


Nocturia bermaksud bahawa, kencing pada waktu malam


Adalah simptom kegagalan jantung, bukan pundi kencing.


Dr Bansal, doktor terkenal Shivpuri, menjelaskan bahawa, nokturia sebenarnya adalah simptom penyumbatan dalam aliran darah ke jantung dan otak. 


Orang dewasa dan warga emas paling menderita kerana mereka perlu kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.  Warga emas mengelak daripada minum air sebelum tidur pada waktu malam kerana takut mengganggu tidur.  Mereka fikir jika anda minum air, anda perlu bangun berulang kali untuk membuang air kecil. 


Apa yang mereka tidak tahu ialah tidak minum air sebelum tidur atau selepas buang air kecil pada waktu malam adalah punca penting serangan jantung atau strok pada awal pagi yang kerap di kalangan orang dewasa dan warga emas 


Sebenarnya, nocturia bermaksud kerap membuang air kecil bukanlah masalah disfungsi pundi kencing.  Ini disebabkan oleh penurunan fungsi jantung pada orang tua dengan usia, kerana jantung tidak lagi dapat menghisap darah dari bahagian bawah badan.


Dalam keadaan sedemikian, pada siang hari ketika kita dalam keadaan berdiri, aliran darah lebih ke bawah. 


 Jika jantung lemah, jumlah darah dalam jantung menjadi tidak mencukupi dan tekanan pada bahagian bawah badan meningkat. 


 Itulah sebabnya orang dewasa dan orang tua mendapat bengkak di bahagian bawah badan pada siang hari.


Apabila mereka berbaring pada waktu malam bahagian bawah badan mendapat kelegaan daripada tekanan dan dengan itu banyak air akan disimpan di dalam tisu.  Air ini kembali ke dalam darah.  Sekiranya terdapat terlalu banyak air, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk memisahkan air dan menolaknya keluar dari pundi kencing.  Ini adalah salah satu punca utama nokturia.


Oleh itu, ia biasanya mengambil masa kira-kira tiga atau empat jam antara ketika anda berbaring untuk tidur dan kali pertama anda pergi ke tandas.  Selepas itu, apabila jumlah air dalam darah mula meningkat semula, selepas tiga jam seseorang itu perlu pergi ke tandas semula.


Sekarang timbul persoalan mengapa ia menjadi punca penting strok otak atau serangan jantung?


Jawapannya ialah selepas buang air kecil dua tiga kali, air dalam darah sangat sedikit.  Air dalam badan juga berkurangan dengan pernafasan.  Ini menyebabkan darah menjadi pekat dan melekit serta degupan jantung menjadi perlahan semasa tidur.  Disebabkan darah yang pekat dan aliran darah yang perlahan, saluran darah yang sempit akan mudah tersumbat...


Inilah sebab mengapa orang dewasa dan warga emas selalu didapati mengalami serangan jantung atau lumpuh sekitar jam 5-6 pagi.  Dalam keadaan ini mereka mati dalam tidur itu sendiri.


Perkara pertama yang perlu diberitahu kepada semua orang ialah nocturia bukanlah kerosakan pada pundi kencing, ia adalah masalah penuaan.


Perkara Kedua  yang perlu diberitahu kepada semua orang ialah anda perlu minum air suam sebelum tidur, dan sekali lagi selepas bangun untuk membuang air kecil pada waktu malam.


Jangan takut nokturia.  Minum banyak air, kerana tidak minum air boleh membunuh anda.


Perkara ketiga ialah untuk meningkatkan kecekapan jantung, anda harus melakukan lebih banyak senaman dalam masa biasa.  Tubuh manusia bukanlah mesin yang akan merosot jika digunakan secara berlebihan, sebaliknya semakin banyak digunakan, semakin kuat. 


Jangan makan makanan yang tidak sihat, terutamanya makanan berkanji tinggi dan bergoreng


Saya meminta anda untuk berkongsi artikel ini dengan rakan dewasa dan warga emas anda.


Sangat penting untuk warga emas.

Berikut adalah artikel menarik dan bermaklumat Dr.Bansal, tentang apa semua  isu kesihatan.. Nocturia.


*Memandangkan ini khusus untuk warga emas, JANGAN ketinggalan untuk tidak membaca dan hantar kepada orang yang mungkin MEMERLUKANNYA.. Terimakasih sudi membaca dan share perkara yg bermanfaat..*👌👍


Wednesday, June 21, 2023

Bukan Kita Sorang Yg Risau Tentang Anak. Para Rasul Pun Begitu..

BUKAN KITA SORANG YG RISAU TENTANG ANAK. PARA RASUL PUN BEGITU..
.
.
Pagi ni saya baca surah Ali Imran, terkejut saya dalam surah ni Allah s.w.t menceritakan tentang 'struggle' para Nabi tentang anak, sama macam yang kita hadapi. Ada 3 kisah yang menarik.
.
✅ ️KISAH 1 : TERINGIN NAK ANAK LELAKI TAPI DAPAT ANAK PEREMPUAN ATAU VICE VERSA.
.
Di awal kisah surah Ali Imran, Allah swt ceritakan permohonan isteri Imran (Hannah) mahukan anak lelaki. Niat beliau mahu jadikan anaknya sebagai pembela agama. Tapi lepas lahir, rupanya dapat anak perempuan.
Walaupun dikurniakan anak perempuan bukan anak lelaki, Hannah tidak merajuk dengan Tuhan. Beliau tetap meneruskan niatnya dengan menghantar Maryam utk dididik oleh Nabi Zakaria a.s.
.
.
✅️ KISAH 2: DAH LAMA TUNGGU NAK DAPAT ZURIAT
.
Selepas itu, diceritakan pula kisah Nabi Zakaria a.s yang dah lama nak anak untuk sambung legasi dakwah. Lepas jumpa Maryam & dapat ilham utk berdoa, Allah s.w.t makbulkan pada usianya yang sangat tua. Isterinya pula mandul.
Nabi Zakaria a.s tanya : macam mana logik nak dapat anak lagu ni ? (Dialog telah diubah utk lebih faham)
Tuhan menjawab : Allah s.w.t boleh buat mengikut cara yang Dia kehendaki.
.
.
✅️ KISAH 3 : DAPAT ANAK 'TERKEJUT' / UNPREPARED
.
.
Lepas tu dikisahkan pula kisah Maryam mengandung tanpa suami.
Maryam pun tanya soalan pada Allah s.w.t : Macam mana dia boleh dapat anak tanpa kahwin?
Tuhan menjawab : Allah s.w.t boleh buat mengikut apa yang Dia kehendaki. Allah s.w.t sebut 'kun' maka jadilah ia.
.
.
➡️ APA YANG SAYA DAPAT DARI 3 KISAH INI :
.
.
Rasa mind blowing, sebab semua kisah orang super soleh ni saya ingatkan berkisar tentang ketaatan agama je. Rupanya Al-Quran juga bercerita tentang pergelutan harian rakyat marhean macam kita. Apa yang bestnya, dalam pergelutan ini Allah s.w.t bagi solusi.
Dari sini kita belajar ibrah, sebab masalah kita hadapi pun sama. Kita ada harapan dengan anak.
Ada yang nak anak lelaki dapat pula anak perempuan. Ada yang diuji dah kahwin beberapa tahun masih belum dapat anak. Ada pula dapat anak waktu yang tak dijangka. Pada waktu mungkin ekonomi keluarga masih belum begitu kukuh.
Cuma apa yang para Nabi ajar kita ialah bila dapat anak bukanlah utk fokus pada masalah-masalah tersebut, tapi untuk fokus pada nak bentuk anak jadi apa?
Berbeza dengan cara kita fikir. Bila dapat anak kita dah siap setkan, anak nombor 1 : laywer, anak nombor 2 : doktor, anak nombor 3 : engineer. Kebanyakkannya, cara kita besarkan anak adalah untuk mencari laba dunia.
Supaya dia hidup senang, supaya dia dapat gaji tinggi dan sebagainya.
Tapi para Nabi, bila mereka dapat anak tujuannya lain. Mereka dapat anak dari Allah s.w.t & mereka serahkan kembali anak tu kepada jalan Allah s.w.t. Dengan cara ini anak akan menjadi pendakwah, ulama', murobbi dll.
Semua fikir nak bantu support agama Allah s.w.t. Itu beza kita dengan mereka. Sebab tu mereka mudah mendapat redha Allah s.w.t
Begitulah surah ini ingin membentuk pemikiran kita iaitu inilah cara
terbaik
nak mendidik anak. Besarkan mereka untuk membantu agama Allah s.w.t.
Janganlah risau tentang urusan rezekinya, hidupnya senang ataupun tidak. Sebab rezeki orang yang bekerja dengan Tuhan (bos yg super kaya) pasti lebih banyak & melimpah dari apa yang kita harapkan.
Insya Allah...

 Sumber :
https://www.facebook.com/UstazAsraff

Tuesday, February 28, 2023

carilah tempat

Carilah tempat dimana kau akan dihargai, bukan diperlukan. 
Sebab banyak yang datang saat perlu, tapi lupa cara untuk menghargai.
Cari juga tempat yang mana kita disedari keujudan, bukan tempat untuk dikudakan

Tuesday, January 3, 2023

Sebenarnye

Sebenarnye.. Allah nak tunjuk dan nak jauhkan org2 mcm ni utk jadi kawan kite.
Gunting dalam lipatan...
Aku pernah dengar org cakap.. Kenapa Allah jauhkan sorang2 kawan dr kita. Jahat sangat ke kite? Sedangkan kite rase.. Kite dh buat yg baik dgn kawan2 kite..
Rupenye.. Allah nak jauhkan kite dr kawan2 mcm tu... Sbb mungkin.. Dibelakang kite.. Die memburuk2 kan kite.. Menghina kita ... Jadi.. Allah tarik kawan nie td... Sebab tu.. Kite semakin menjauh ??
Kadang sedih . tpi tu la.. Allah knows better..
Ssmoga yg baik2 utk kite..

Singkatnya Kehidupan Ini

SINGKATNYA KEHIDUPAN INI


Waktu "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu "Berkuasa" kita percaya bahwa dengan kekuasaan kita boleh melakukan apa saja.

Waktu "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya diri kita.

Waktu "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu lebih penting daripada harta.

Waktu "Miskin" baru kita menyedari baahwa pentingnya amalan sedekah.

Waktu "Usia Tua" baru kita tau ternyata masih banyak amalan yang belum dikerjakan.

Waktu "di Ambang maut" kita baru tau begitu banyak waktu terbuang sia-sia.

Waktu kita "mati", siapakah di sisi dan jenis amalan apakah yang kita bawa pergi.

Ingatlah apa yang ditabur di sini itulah yang bakal dituai di sana.

Hidup di Dunia hanya sementara Akhirat  kekal selamanya.

Sahabat,
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, tapi masih adakah orang yang setia mendoakan kita meskipun kita telah tiada

Tuesday, August 9, 2022

Kisah dunia

 Dunia dipaksa percaya, yang bahagia itu orang yang cantik-cantik, tetapi kenyataannya yang bahagia ialah orang yang baik-baik. 


Dunia diajak percaya, orang yang menang itu orang yang kaya, tetapi hakikatnya yang menang itu ialah orang yang tenang. 


Dunia terus menipu kononnya orang berjaya ialah yang paling berkuasa tetapi sebenarnya orang yang berjaya mampu mengawal hawa nafsunya. 


Dunia menonjolkan figura yang mendapat perhatian manusia dan dia yang ternama. Namun, orang berzikir menikmati redha Allah dalam sepinya!


Benarlah kata Sayyidina Ali RA, "manusia semua tidur...bila mati baru dia terjaga!"

Wednesday, April 13, 2022

Kuih tako, tepung pelita dan limas

 


Perkataan Hari Ini.
Kuih tako, tepung pelita dan limas

limas - kuih yang dibuat menggunakan bancuhan tepung gandum, santan dan gula, terdiri daripada dua warna, iaitu hijau di bahagian bawah dan putih di bahagian atas, biasanya dimasukkan dalam acuan yang dibuat daripada lipatan daun pisang sebelum dikukus.