Thursday, October 29, 2009

10 tempat di tubuh wanita yg perlu dibelai lelaki

10 tempat di tubuh wanita yg perlu dibelai lelaki



All guys like women with gorgeous locks. But what you need to know is that women love being touched on their head. It's quite a stress reliever.
Running your hands sensuously through her tresses is likely to send shivers down her spine. Massage her temples to the nape of her neck and she'll be game to your desires.


In ancient Japan, the back of a woman's neck was considered extremely attractive by men as it was one of the few zones that were not covered by the elaborate kimono.
Today, very few men focus on the nape of the neck, but we suggest you build up the pleasure by gentle touching and kissing your lady love from her hairline down to her shoulders. It will make her reach dizzying heights of pleasure


A well-defined collarbone is what men find irresistible. So, why not touch and kiss her there. Unbutton her shirt just a little and stimulate her collarbone with your touch. Create circles with your tongue and give her love bites right there, just to remind her of how much you want her.
Most women love it when their guy places his protective hand against the small of her back as it shows that he feels very strongly about her.
So, why not incorporate this gesture into your foreplay routine, by kissing or licking down her spine to end up with a kiss on the small of her back. It will definitely get her into the mood for more!
This area is a power house of sensitive nerve endings. You can gently caress the back of her knee under her skirt while the two of you are in an open public space as it is sure to get her excited by the time you reach home.
We use our hands to please our partners, but have you ever thought that you could arouse a woman by stimulating the palm of her hand? Run your finger along her palm as that will make her feel relaxed and ready for a sexy rendezvous ahead.
This is one of the most erogenous moan centers of a woman's body. Touching, kissing and even gently biting her earlobes will send her into a sexual tizzy. If you are getting extra adventurous, simply nibble around the outside of the rest of her ear as well, but don't put your tongue inside her ear. That's a major turn off!There's nothing more sinfully seductive than a foot massage. It will help her relax, especially if her job requires her to be on them all day. Get yourself some aromatic massage oil or lotion.
Pay extra attention to the pressure points such as her toes, ankles and the sides of her feet too. Some women love enjoy having their toes sucked, but others find it repulsive, so ask your babe what she would have you do before putting them in your mouth.

Touching a woman's inner thighs without touching her private parts is the most sensual tease that is sure to get her all charged up.
Employ your hands and mouth to caress and kiss the insides of her thighs but remember to pull back before going all the way.

Touching, kissing and even gently biting her earlobes will send her into a sexual tizzy. If you are getting extra adventurous, simply nibble around the outside of the rest of her ear as well, but don't put your tongue inside her ear. That's a major turn off! ni yang lawak ni terlebey sudah....
__________________


--
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

Memohon Husnul-Khatimah

Husnul-Khatimah bermaksud mati dalam Islam. Sebagai seorang muslim haruslah selalu memohon agar Allah S.W.T mewafatkan kita dalam Husnul-Khatimah, kerana syaitan terkutuk akan berbisik dan berkata: "Aduh! Orang yang memohon Husnul-Khatimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Celaka, bilakah ia mahu membanggakan amalannya. Aku khuatir ia telah tahu tipu dayaku."

Hendaklah kita memperbanyak mengucapkan kepujian dan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat islam yang diberikanNya. Sebab nikmat Islam itu adalah setinggi-tinggi nikmat dan sebesar-besarnya. Bencana bagi orang yang diberikan dunia dan isinya oleh Allah tetapi tidak dikurniakan Islam. Bila mati, tempatnya adalah neraka. Sebaliknya pula, jika Allah memberikan islam dan tidak memberikan dunia, itu tidak membahayakan. Matinya orang ini, tempatnya adalah di syurga.

Oleh itu kita hendaklah sentiasa gerun dan takut akan Suul-Khatimah, kerana tidak mustahil Allah akan merubah hati hambaNya. Dia memberi petunjuk kepada yang siapa yang Dia sukai, dan menyesatkan pula siapa yang Dia sukai.

Dari hadis sahih, Rasulullah S.A.W:

"Bahwasanya Dialah Tuhan, tiada Tuhan melainkan Dia. Adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga tu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia akan masuk ke dalam neraka. Dan adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanyalah sehasta sahaja., tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga."

Huraian hadith:

Hadith diatas menggerunkan ahi taqwa dan orang-orang yang lurus perjalanannya dan orang-orang yang sering cuai dan keliru dalam urusan agamanya.

Sebahagian orang soleh berkata: Demi Allah, tiada seorang pun akan terselamat dari agamanya, kiranya ia akan dipesongkan Allah, nescaya ia akan terpesong. Menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan kalu-kalu mereka dimatikan dalam Suul-Khatimah, meskipun amalan mereka sudah cukup dan dosa mereka amat sedikit.

Seorang soleh berkata kepada rakan-rakannya: Apabila tiba ajalku kelak, hendaklah kamu duduk dikepalaku dan memerhatikan kiranya aku mati dalam islam atau tidak. Jika kamu dapati aku mati dalam islam, maka sedekahkanlah segala hartaku. Jika kamu dapati aku mati selain islam, maka hendaklah kamu memberitahu orang yang ingin menyembahyangkan jenazahku supaya mereka mengetahui keadaan matiku sebelum menyembahyangkanku.

Sebelum itu orang soleh tersebut telah mengajarkan bagaimana mereka boleh membezakan antara kedua mati itu. Berkata rakannya, setelah orang soleh itu meninggal dunia, Aku mendapatinya mati dalam islam! Maka ia pun melaksanakan wasiat orang soleh itu dengan bersedekah harta orang soleh itu.


Rujukan dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Penulisan oleh: Imam Habib Abdullah Haddad

Sister In Islam - "Pembela atau Perosak Wanita?"


Laporan Seminar SIS

Selasa, 27 Oktober 2009 10:00













Petaling Jaya 25 Okt – Menyedari terjadinya banyak penghinaan ke atas hukum-hukum Allah SWT di era moden kini, terutama oleh gerakan-gerakan sekular yang bertopengkan agama, Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerja sama Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (HTM-KL) dan Muslimat Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) berjaya mengadakan satu seminar dengan tajuk yang hangat iaitu “Sisters In Islam (SIS) – Pembela Atau Perosak Wanita” di Dewan Serbaguna, Petaling Jaya, Selangor DE.

Tajuk ini dipilih ekoran daripada sikap biadap SIS yang mencabar hukum Allah SWT, berkenaan hukum
sebatan ‘syariah’ ke atas seorang individu yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, seorang model dari Sungai
Siput, Perak yang dituduh meminum arak pada 11 Julai 2008, di hotel Legend, Cherating, Pahang. Majlis dimulakan
dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa’ bersama terjemahannya oleh Tuan Imam Darulqatni. Sesuai
dengan tajuk seminar pada kali ini, pihak penganjur ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang kesesatan idea-idea
yang dibawa oleh SIS, yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan penafsiran yang songsang (salah), termasuklah
hujah-hujah (logik) akal yang lemah, sekali gus bertolak belakang dengan dalil-dalil syariat. Seminar kali ini
menghadirkan dua orang penceramah dari HTM dan seorang wakil dari MHTM.

Pada sesi pertama, Prof. Dr. Mohammad Syarifudin menyampaikan ceramahnya yang bertajuk, “Kupasan Isu Kartika
Sari”. Beliau menjelaskan kronologi berkenaan kes Kartika Sari, bermula dengan pengakuan bersalah Kartika Sari yang
rela untuk disebat dan telah membayar denda sebanyak RM5000, sehinggalah muncul polemik berkenaan pelaksanaan
hukuman 6 sebatan ke atasnya. Apa yang pasti, sehingga kini hukuman 6 sebatan ke atas Kartika Sari belum lagi
dilaksanakan, ekoran dari berbagai-bagai alasan dan kecaman dari pihak yang kononnya memperjuangkan Hak Asasi
Wanita dengan alasan kejam yang akan mendatangkan pandangan yang buruk oleh agama lain ke atas agama Islam.
Penceramah juga menjelaskan dengan rinci berkenaan hukum minum arak (iaitu haram) dan hukuman bagi pelakunya
yang dikategorikan dalam kes hudud, iaitu disebat sebanyak 40 atau 80 kali, dan bukan dengan jumlah yang lain (baca
selanjutnya: http://www.mykhilafah.com/sautun-nah...ak-hudud-allah).

Prof. Dr Mohammad Syarifudin menyatakan, umat Islam seharusnya sedar bahawasanya permasalahan ini terjadi, adalah
natijah diterapkannya sistem sekular yang membelakangkan hukum Allah SWT termasuklah hukum hudud yang wajib
diterapkan oleh negara sebagai qiyan tanfizi (badan pelaksana). Dengan mendominasinya pemikiran sekular ini di dalam
benak umat, maka lahirlah pelbagai dogma dan pemikiran sesat seperti aliran liberalisme dan feminisme yang turut
diperjuangkan oleh SIS.

Pembentangan kedua disampaikan oleh Ustaz Abu Taqiuddin Mustafa, yang merupakan Naqib Hizbut Tahrir Malaysia
Cawangan Kuala Lumpur, dengan tajuk “Tafsiran Songsang SIS”. Beliau menceritakan bagaimana barat cuba menyerang
umat Islam dari 3 sudut iaitu, freedom, equality, dan justice. Di sisi lain juga, barat cuba melemahkan kekuatan umat
islam dengan membahagi-bahagikan mereka dengan 4 golongan iaitu, Traditionalist, Fundamentalist, Modernist dan
Secularist kajian dari RAND Institute, dalam buku terbitan mereka, iaitu Civil Democratic Islam. Seterusnya Ustaz Abu
Taqiuddin Mustafa menjelaskan 4 isu yang sering dipergunakan oleh SIS, untuk mempertikaikan hukum-hukum yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam syariat Islam. Keempat-empat isu tersebut ialah berkenaan isu poligami, marital
rape, pewarisan dan isu berkenaan Kartika Sari.

Kesemua isu tersebut telah dikupas dengan rinci dan tuntas oleh Ustaz Taqiuddun dengan berpandukan tafsiran sebenar yang dimaksudkan oleh dalil-dalil tersebut termasuklah hujah-hujah akal mereka berkenaan masalah pewarisan dan marital rape. Dalam isu Kartika misalnya, ia sebenarnya bukanlah isu gender, tetapi telah ‘digenderkan’ oleh JAG dan SIS itu sendiri. Isu ini sebenarnya adalah berkenaan hukum syariah yang wajib diterapkan ke atas lelaki dan wanita oleh negara. Pada hakikatnya, SIS sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam, tetapi cuba untuk memesongkan Islam itu sendiri dengan pemikiran sekular. Ustaz Abu Taqiuddin menegaskan bahawasanya semua masalah ini akan dapat diselesaikan jika Sistem Khilafah Islam ditegakkan di muka bumi.

Sesi pembentangan berhenti rehat seketika pada jam 11.30 pagi untuk menikmati juadah yang disediakan sambil
menonton tayangan video. Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan ketiga, yang disampaikan oleh wakil
MHTM, iaitu Ustazah Hajjah Ummu Kalsom dengan tajuknya “Peranan Wanita Dalam Masyarakat”.

Pada pembentangan kali ini, penceramah membahaskan secara khusus bagaimana Islam sebagai Deen mengatur tentang
masalah lelaki dan wanita dalam kehidupan. Islam tidak pernah membeza-bezakan antara lelaki dan wanita dalam aspek
pelaksanaan hukum. Ada hukum syarak yang diturunkan wajib untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita seperti kewajipan
berdakwah, boleh bertransaksi jual-beli, menuntut ilmu dan lain sebagainya. Di sisi lain, ada kewajipan yang hanya
ditaklifkan untuk wanita sahaja seperti kewajipan memakai khimar (kerudung) , jilbab (jubah) dan larangan untuk
bertabarruj. Di akhir sesi pembentangan, Ustazah Hajjah Ummu menjelaskan, bahawasanya sejarah telah membuktikan
hanya Sistem Islam sahaja yang mampu memajukan dan memuliakan wanita. Sistem sekular yang diterapkan pada saat
ini, telah terbukti gagal mengangkat derajat dan martabat kaum wanita, bahkan telah menjerumuskan wanita kepada
kemunduran dan kehinaan.

Setelah selesai ketiga-tiga pembentangan, para peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para pembentang
berkenaan isu yang diperbincangkan. Alhamdulillah, respon para hadirin termasuklah yang bertanyakan soalan amat
positif dan bersetuju bahawasanya gerakan Sisters In Islam dan yang seangkatan dengannya amat berbahaya kepada
umat Islam, kerana pemikiran yang dibawa oleh mereka tidak selari dengan hukum syariat Islam yang sebenar, dan boleh
mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat menjayakan program ini, termasuklah pihak yang menjaga keamanan sepanjang majlis dijalankan. Majlis ini juga
telah berjaya menarik hampir 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai individu dan NGO, termasuklah dari
kalangan MPMUM, Pewaris dan SIS. Majlis ditutup dengan bacaan doa, yang berakhir pada jam 2 petang.

alhamdulillah. kerja dakwah menyampaikan kebenaran telah disampaikan.
mudah2an hati2 umat hari ini dibuka untuk menerima hidayah allah.

aminnn...

Sejarah Wahabi - Penularan Wahabi kat Malaysia..bahaya...

Sejarah Wahhabi

Menanggapi banyaknya permintaan pembaca tentang sejarah berdirinya Wahabi maka kami berusaha memenuhi permintaan itu sesuai dengan asal usul dan sejarah perkembangannya semaksimal mungkin berdasarkan berbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-jawabkan, diantaranya, Fitnatul Wahabiyah karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, I’tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain. Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pendirinya, Muhammad bin Abdul Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H / 1699 M). Asal mulanya dia adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan diantara negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian pada tahun 1125 H / 1713 M, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai mata-mata Inggris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggris untuk menyebarkan ajaran barunya. Inggris memang telah berhasil mendirikan sekte-sekte bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha’i. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam target program kerja kaum kolonial dengan alirannya Wahabi.

Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut madzhab Hanbali, bahkan ayahnya Syaikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang baik, begitu pula guru-gurunya. Namun sejak semula ayah dan guru-gurunya mempunyai firasat yang kurang baik tentang dia bahwa dia akan sesat dan menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh orang-orang untuk berhati-hati terhadapnya. Ternyata tidak berselang lama firasat itu benar. Setelah hal itu terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus padanya. Bahkan kakak kandungnya, Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama besar dari madzhab Hanbali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawa’iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah. Tidak ketinggalan pula salah satu gurunya di Madinah, Syekh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi’i, menulis surat berisi nasehat: “Wahai Ibn Abdil Wahab, aku menasehatimu karena Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kau dengar seseorang meyakini bahwa orang yang ditawassuli bisa memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahwa selain Allah tidak bisa memberi manfaat maupun madharrat, kalau dia menentang bolehlah dia kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul A’zham (kelompok mayoritas) diantara kaum muslimin, karena engkau menjauh dari kelompok terbesar, orang yang menjauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin.”

Sebagaimana diketahui bahwa madzhab Ahlus Sunah sampai hari ini adalah kelompok terbesar. Allah berfirman : “Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelimang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS: An-Nisa 115)

Salah satu dari ajaran yang (diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahab, adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalil akurat yang disampaikan ahlussunnah wal jama’ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, justru berbalik mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri.

Pada satu kesempatan seseorang bertanya pada Muhammad bin Abdul Wahab, “Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?” Dengan segera dia menjawab, “Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadhan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadhan” Lelaki itu bertanya lagi “Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu persen pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah tersebut? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahwa hanya pengikutmu saja yang muslim.” Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam seribu bahasa. Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menggubris nasehat ayahnya dan guru-gurunya itu.

Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang pengetahuan agamanya minim banyak yang terpengaruh. Termasuk diantara pengikutnya adalah penguasa Dar’iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178 H / 1765 M) pendiri dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkannya untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh pada perintah Muhammad bin Abdul Wahab. Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahwa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama 600 tahun lebih, dan membunuh orang musyrik dijamin surga.

Sejak semula Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu, seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dll. Agaknya dia punya keinginan mengaku nabi, ini tampak sekali ketika ia menyebut para pengikut dari daerahnya dengan julukan Al-Anshar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah dijuluki Al-Muhajirin. Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahwa sebelum masuk Wahabi dirinya adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Dia juga diharuskan mengakui bahwa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir. Kalau mau mengakui hal tersebut dia diterima menjadi pengikutnya, kalau tidak dia pun langsung dibunuh. Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan Nabi SAW dengan dalih pemurnian akidah, dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi di hadapannya, sampai-sampai seorang pengikutnya berkata : “Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, karena tongkat-ku masih bisa digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali. Muhammad bin Abdul Wahab di hadapan pengikutnya tak ubahnya seperti Nabi di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin banyak dan wilayah kekuasaan semakin luas. Keduanya bekerja sama untuk memberantas tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab, seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan Maulid dan sebagainya. Tak mengherankan bila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab lantas menyerang makam-makam yang mulia. Bahkan, pada 1802, mereka menyerang Karbala-Irak, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad SAW, Husein bin Ali bin Abi Thalib. Karena makam tersebut dianggap tempat munkar yang berpotensi syirik kepada Allah. Dua tahun kemudian, mereka menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad.

Keberhasilan menaklukkan Madinah berlanjut. Mereka masuk ke Mekkah pada 1806, dan merusak kiswah, kain penutup Ka’bah yang terbuat dari sutra. Kemudian merobohkan puluhan kubah di Ma’la, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi SAW, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas. Mereka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan kendang. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebagian mereka kencing di kubur kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahabi ini membuat Sultan Mahmud II, penguasa Kerajaan Usmani, Istanbul-Turki, murka. Dikirimlah prajuritnya yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali, untuk melumpuhkannya. Pada 1813, Madinah dan Mekkah bisa direbut kembali. Gerakan Wahabi surut. Tapi, pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Sa’ud bangkit kembali mengusung paham Wahabi. Tahun 1924, ia berhasil menduduki Mekkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahannya dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga kini, paham Wahabi mengendalikan pemerintahan di Arab Saudi. Dewasa ini pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi. Sejak hadirnya Wahabi, dunia Islam tidak pernah tenang penuh dengan pergolakan pemikiran, sebab kelompok ekstrem itu selalu menghalau pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi’i yang sudah mapan.

Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Ma’la (Mekkah), di Baqi’ dan Uhud (Madinah) semuanya diruntuhkan dan diratakan dengan tanah dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas tanah Nabi SAW dilahirkan, yaitu di Suq al Leil diratakan dengan tanah dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir onta, namun karena gencarnya desakan kaum Muslimin International maka dibangun perpustakaan. Kaum Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam. Semula AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad SAW dimakamkan juga akan dihancurkan dan diratakan dengan tanah tapi karena ancaman International maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan mengurungkan niatnya. Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqom Ibrahim akan digeser tapi karena banyak yang menentangnya maka diurungkan.

Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan situs-situs sejarah Islam. Makin habis saja bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah SAW dan sahabatnya. Bangunan itu dibongkar karena khawatir dijadikan tempat keramat. Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam akan dibongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu digusur. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putra-putrinya dilahirkan serta Khadijah meninggal.

Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme paling punya andil dalam pemusnahan ini. Kaum Wahabi memandang situs-situs sejarah itu bisa mengarah kepada pemujaan berhala baru. Pada bulan Juli yang lalu, Sami Angawi, pakar arsitektur Islam di wilayah tersebut mengatakan bahwa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun Itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

“Saat ini kita tengah menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir. Bahkan sebagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994. Dalam maklumat tersebut tertulis, “Pelestarian bangunan bangunan bersejarah berpotensi menggiring umat Muslim pada penyembahan berhala.” (Mirip Masonic bukan?)

Nasib situs bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul SAW. Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi ala Wahabi. Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeolog (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan dalih obyek wisata. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahwa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari.

Gerakan wahabi dimotori oleh para juru dakwah yang radikal dan ekstrim, mereka menebarkan kebencian permusuhan dan didukung oleh keuangan yang cukup besar. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bid’ah. Itulah ucapan yang selalu didengungkan di setiap kesempatan, mereka tak pernah mengakui jasa para ulama Islam manapun kecuali kelompok mereka sendiri. Di negeri kita ini mereka menaruh dendam dan kebencian mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk negeri ini.

Mereka mengatakan ajaran para wali itu masih kecampuran kemusyrikan Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90 % penduduk negeri ini. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan yang 10% sisanya? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir saja tak bakal mampu, apalagi mau menambah 10 % sisanya. Justru mereka dengan mudahnya mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah SWT. Jika bukan karena Rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke negeri kita ini, tentu orang-orang yang menjadi corong kaum wahabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembah berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).

Oleh karena itu janganlah dipercaya kalau mereka mengaku-aku sebagai faham yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf apalagi mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya, itu semua omong kosong belaka. Mereka telah menorehkan catatan hitam dalam sejarah dengan membantai ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahwa yang terbantai waktu itu terdiri dari para ulama yang sholeh dan alim, bahkan anak-anak serta balita pun mereka bantai di hadapan ibunya. Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805. Semua itu mereka lakukan dengan dalih memberantas bid’ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri adalah suatu nama bid’ah” Karena nama negeri Rasulullah SAW diganti dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham wahabi yaitu As-Sa’ud.

Sungguh Nabi SAW telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian beliau SAW dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya. Diantaranya: “Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana,” sambil menunjuk ke arah timur (Najed). (HR. Muslim dalam Kitabul Fitan)

“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul).” (HR Bukho-ri no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban

Nabi SAW pernah berdo’a: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo’a: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda: “Di sana (Najed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.” Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.

Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul). Dan ini adalah merupakan nash yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, karena dia telah memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak diperbolehkan berpaling dari majlisnya sebelum bercukur gundul. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, karena sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah SAW itu sendiri yang telah menegaskan bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul), karena ahli bid’ah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.” Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala’uzh Zholam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi SAW: “Akan keluar di abad kedua belas (setelah hijrah) nanti di lembah BANY HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin” AI-Hadits.

BANY HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahwa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab. Adapun mengenai sabda Nabi SAW yang mengisyaratkan bahwa akan ada keguncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk setan, sebagian, ulama mengatakan bahwa yang dimaksud dengan dua tanduk setan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahab. Pendiri ajaran wahabiyah ini meninggal tahun 1206 H / 1792 M.

Diambil dari rubrik Bayan, majalah bulanan Cahaya Nabawiy No. 33 Th. III Sya’ban 1426 H / September 2005 M

renungan bersama

Peringatan buat diri yang semakin meningkat usia…

Semakin umur meningkat, semakin maut menghampiri.
Kata orang, rumah kata pergi kubur kata mari (aduh).
Maut yang entah bila, di mana & bagaimana?
Persoalannya, kita dah bersedia atau belum?
Sahabat di zaman Rasulullah sgt mengimpikan mati (baca: syahid).
Tetapi kita di akhir zaman ini sangat takut mati.
Kenapa agaknya? Sehebat mana pun seseorang itu pasti akan mati.
Bila maut datang, tak siapa pun boleh mengelak atau menangguhkannya.
Walaupun orang tu pemimpin dunia.

Ada satu kisah comel di zaman nabi Sulaiman.
Ada seorang lelaki ni, menghadiri satu majlis.
Di majlis tu, dia terperasan kelibat seseorang sedang memerhatikan dia.
Ke mana saja dia pergi, orang itu akan ikut. Semua gerak gerinya diperhatikan.
Lelaki itu dengan muka cuak bertanya nabi Sulaiman siapakah gerangan orang itu?
`Oh, itulah malaikat maut' Merasakan mautnya telah hampir, dia segera meminta nabi Sulaiman menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh dari situ.
Malaikat maut itu juga dengan muka pelik bertanya nabi Sulaiman kenapa lelaki itu ada di majlis tersebut sedangkan dia ditugaskan untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di pulau yang jauh itu.
Tahulah nabi Sulaiman kisah sebenar. Akhirnya lelaki tersebut mati di pulau itu tanpa terlewat sesaat pun dari yang dijadualkan.

Kenapa nabi kata orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati?
Sebabnya, hanya dengan ingat mati kita akan berusaha menggandakan amal kita sebagai persediaan.
Beramallah seperti akan mati esok hari…

"Cukuplah mati sebagai peringatan"

Wallahu a'alam

Suami Minum Susu Isteri? Apa Hukumnya?

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”
Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)
Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman.

Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma' sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari.


ok...korang boleh minum susu tanpa was was lagi

Carilah Kecantikan Sejati

Carilah Kecantikan Sejati
Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan. Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya sangat cocok dengan fitrah semula jadi manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah. Begitu jugalah dunia ciptaan Allah ini, ia juga sangat indah.

Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik. Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula
menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan.

Misalnya, orang jujur, siapa pun sukakannya. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, dan fizikal, penilaian manusia tetap tidak sama.
Macam-macam tafsiran boleh didapati. Jika ada yang meletakkan kecantikan pada hidung, ada pula yang menyatakan kecantikan terletak pada mata. Pepatah mengatakan, 'beauty is in the eye of beholder'. Sejajar dengan erti kecantikan yang hakiki, Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara justeru kecantikannya. Dan kecantikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.

Sebaliknya, melalui pengalaman hidup, kita dapati ramai wanita cantik yang musnah dirinya dan memusnahkan orang lain. Kenapa terjadi demikian? Ada ungkapan yang berbunyi, 'kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamerkan kecantikan'. Mungkin kenyataan ini ada benarnya. Tetapi hakikatnya, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka itu akan menyebabkan pemiliknya akan hilang kawalan
diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran.
Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini
buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah
akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.

Begitu juga, rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita. Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.

Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup tudungnya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.

Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? Seperti yang telah dikatakan tadi, jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamerkan. Misalnya, wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih
dan pandangan kita lembut. Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan bolehlah dijaga dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan kekemasan pakaian.

Janganlah menutup aurat sahaja yg dpertahankan tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Walaupun anda tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna anda harus merasa malu. Ini kerana anda mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada anda. Apakah kelebihan itu? Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yang anda perlu manfaat untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang.

Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi, insya-Allah
akan anda akan menerimanya semula nanti. Rupa sesebuah keluarga bukanlah terletak hanya pada wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting ialah pada akhlak dan kebaikannya. Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.

Ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu. Dan percayalah anda akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda dan orang lain bahkan Allah juga akan menyayangi anda. Burulah kecantikan yang sejati, kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi...