Friday, March 29, 2013

Kahak Berdarah, Bahaya ?


Soalan
Salam..saya ada mengalami kahak berdarah sejak thn 2007.it is a recurrent symptom.the last one was on the last september.doc found out that ive heart murmur(soft murmur).should i take it seriously?
Jawapan
Salam, kahak berdarah atau dalam bahasa Inggerisnya hemoptysis yang dialami saudara mungkin berlaku atas beberapa sebab. Namun perlu diingatkan kahak berdarah BUKAN SITUASI NORMAL. Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit yang mengakibatkan kahak berdarah adalah penyakit yang serius.
Langkah pertama: pastikan sumber
Doktor akan pastikan sama ada darah itu benar-benar datang dari paru-paru, salur pernafasan (nasopharynx) atau dari salur makanan (pendarahan di esophagus atau perut kemudian dimuntahkan kembali melalui mulut). Mungkin mudah bagi doctor melakukan perkara tersebut dan mungkin sukar. Kahak berdarah yang keluar ketika batuk selalunya dari paru-paru anda. Sekiranya pemeriksaan paru-paru normal, maka pemeriksaan salur pernafasan dan salur makanan diperlukan. Kadang-kadang khidmat pakar diperlukan.
Langkah kedua : mengenal pasti jumlah dan warna kahak



Kahak berdarah yang lebih secawan dalam sehari sangat berbahaya kerana pendarahan serius mungkin berlaku dan penyakit-penyakit serius mungkin terlibat. Sekiranya warna kahak tersebut merah, kemerah-merahan selalunya dari paru-paru atau salur pernafasan. Sekiranya merah gelap atau coklat selalunya dari salur makanan. Yang sukarnya apabila darah dari salur pernafasan ditelan masuk ke perut, berubah warna kemudian dikeluarkan kembali melalui batuk atau muntah. Doktor mungkin keliru dengan warna coklat tersebut dan mengatakan darah berasal dari salur pencernaaan sedangkan hakikatnya dari salut pernafasan atau paru-paru.

Sekiranya doctor sudah mendapat maklumat darah tadi datang dari mana, jumlah, warna kahak, beliau seharusnya tahu sekerap mana kahak berdarah berlaku, ada ambil ubat jenis anticoagulant atau penyakit lain. Maklumat anda seorang perokok, hisap sisha atau pengambilan dadah sangat penting lebih-lebih lagi untuk mengetahui kanser paru-paru atau tidak.
Ringkasan maklumat
1.darah datang dari mana (true or spurious hemptysis)
2.Jumlah dan warna
3.kekerapan
4.Ubat anticoagulant
5.Penyakit lain
6.Perokok, sisha, dadah
Maklumat ini dapat member gambaran penyakit-penyakit yang terlibat.
Sebab-sebab Kahak berdarah (differential diagnosis):
Penyakit yang selalu terjadi
1.Jangkitan :
a.acute bronchitis,
b.pneumonia (paru-paru berair),
c.lung abscess (paru-paru bernanah),
d.bronchiectasis,
e.Tuberculosis (penyakit TB),
f.coccidiodomycosis,
g.aspergilloma,
h.pneumonic plaque,
i.sarcoidosis,
2.Kanser : Kanser paru-paru
3. Pulmonari thromboembolism

4.Congestive heart failure (masalah jantung yang merosakkan paru-paru)
5.Trauma (kecederaan)
6.Ubat anticoagulant
7.Tertelan objek (kanak-kanak)
Penyakit yang jarang terjadi:
1.Hereditary hemorrhagic telangiectasia (HHT or Rendu-Osler-Weber syndrome),
2. Goodpasture's syndrome
3.Wegener's granulomatosis
Doktor anda akan buat pemeriksaan klinikal dan makmal untuk mengetahui diagnosis yang tepat dan “exclude” penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Kanser paru-paru sangat penting untuk dikecualikan.
Antara ujian makmal yang perlu dilakukan (tidak semua perlu) adalah seperti berikut:
(secara am)
1.Bronchoscopy
2.X-ray dada
3.CT Scan
4.Coagulation studies, such as PT or PTT
5.Complete blood count
6.Sputum culture and smear
7.Lung biopsy  (jarang)
8.Lung scan(jarang)
9.Pulmonary arteriography (jarang)
(secara spesifik)
Ujian makmal yang menjurus kepada satu-satu penyakit sangat penting untuk dilakukan. Contohnya Tuberculin test untuk TB.
Murmur yang didengar memberi kemungkinan penyakit berpunca di jantung. Namun diagnosis sebenar hanya diketahui selepas semua pemeriksaan dan ujian makmal. Serahkan pada doctor anda untuk diagnosis. Sekiranya ada keraguan berbincang dengan beliau dan sentiasa dapatkan pandangan kedua dari doctor lain. Shafakallah, semoga diberi kesihatan dan dilindungi daripada penyakit-penyakit berbahaya.
Panduan bagi health professional:


Rujukan

4 comments:

Unknown said...

saye batuk dh 12 hari..dya kli ke klinik..hari ke 11&12 ade la jugak kuar kahak n drh ckit..ade kah simptom nye...saye jgk bekas pesakit kanser payudara..

Unknown said...

Saya selalu batuk ..kluar jugak darah skit,kahak xbyk pon..tp bkn slalu..n sikit2 jer

Chu lah said...

Sy pernah batuk kahak berdarah sehingga demam beberapa bulan yg lepas,,bila sy nk buang kahak tpi tak lepas so sy ikut saluran idung mcm nk keluarkan hingus,,tuh satu cara sy nk buang kahak bila tidak lepas melalui saluran mulut,,tpi pd yg sama lendiran hingus sy ad beberapa ketulan darah,,selama sy batuk,,sy sukar nk tido mlm kerana pernafasan sy,,setiap kali sy bernafas,sy rasa bahagian dada sy ad terasa sesuatu cecair yg melekat setiap kali sy bernafas,,sy cuba nk keluar kan melalui batuk tpi terlalu sukar,,setelah seminggu kemudian,,kahak sy mula berkumpul di bahagian saluran hidung sy,,mcm ibarat hidung kalian tersumbat,,mcm tuhh lha agaknya,,,dan bila sy muludah nya,,sy terkejut melihat begitu bnyk gumpalan darah yg melekat kat kahak,,sy pergi jumpa doktor di klinik,,tpi doctor ckp hnya keradangan tekak Awa yg terlalu lama batuk dan ad kesan luka sikit kat bahagian tekak,,itu lha pengalaman sy selama sy batuk kahak berdarah,,sekarang sy kekadang mengalami sukar bernafas dan terasa sakit di bahagian dada seolah² terkena heart attack gituhh,,try juga lha nk buat medical checkup,,tpi takot,,huhuhu,,SEKIAN

Unknown said...

sy demam dalam beberapa hari ni.. kebiasaannya demam berserta batuk dan selsema tapi kalini sy demam takde batuk or selsema pun, yang sy musykil setiap kali sy kluarkan kahak, ada kesan2 darah warna coklat dan merah. hm