Wednesday, March 12, 2014

Gaji RM 2000 macam mana nak beli rumah dalam tempoh 3 tahun?

Gaji Rm2000 macam mana nak beli rumah dalam tempoh 3 tahun?

Kalau gaji anda RM2000 kena bahagi kepada 5 bahagian
Bahagian 1=RM600
Bahagian 2=RM400
Bahagian 3=RM300
Bahagian 4=RM200
Bahagian 5=RM500

Bahagian 1 guna untuk bebelanja makan sebulan RM600,sehari cuma boleh guna RM20, sarapan boleh makan roti dan susu , tengah hari boleh belanja RM10, malam boleh makan fast food atau masak sendiri di rumah. Dengan cara ini RM 600 sebulan cukup-cukup untuk makan, orang muda tidak ada masalah untuk mereka kerana kesihatan masih baik.

Bahagian 2 RM400 guna untuk social ,RM100 tolak untuk bil telefon, tinggal RM300 setiap bulan boleh belanja makan kawan kawan 2 kali , sekali RM150, di sini maksud kawan adalah orang lebih kaya daripada awak, atau orang yang berjaya dalam business, atau orang yang mempunyai network yang luas.Bila bergaut dengan mereka ,awak akan dapat banyak ilmu dalam niaga.

Bahagian 3 RM300 guna untuk beli buku, majalah untuk belajar atau guna untuk join seminar atau workshop menambah ilmu pengetahuan.

Bahagian 4 RM200 guna untuk melancong, setiap tahun melancong sekali pergi tempat orang lain untuk dapat sesuatu yang baru.

Bahagian 5 RM500 simpan untuk melabur dan berniaga , ada modal sikit boleh buat business kecil untuk dapatkan side income, bila modal kecil kumpul jadi banyak boleh melabur emas, stock dan hartanah.

Dengan cara berterusan dengan selama 1 tahun, kalau tahun ke 2 gaji masih dalam RM2000,tidak ada mengningkat di sini maksudnya awak membazir masa setahun ini dalam kerja awak..

Kalau gaji RM3000 sebulan mesti nak buat side income seperti partime, kalau nak lepas kehidupan gaji gaji cukup kena rajin bekerja, cari part time buat sales untuk dapat commision, baju dan kasut tidak perlu beli mahal mahal yang berjenama, beli dengan harga berpatutan. Apabila dapat side income dari part time jangan lupa beli hadiah atau bagi wang kepada orang yang selalu sokong kita seperti ibu bapa atau girl friend.

-Dengan cara berterusan ini dalam masa 3 tahun awak dapat beli rumah sendiri atau melabur.

-Ingat tidak kira berapa income anda, kena bahagi kepada 5 bahagian.....

Financial Coach

Mr Tee (My SiFu)

No comments: