Sunday, July 28, 2019

HALAL VERIFIED, BUT NOT CERTIFIED: Is it really Halal?


HALAL VERIFIED, BUT NOT CERTIFIED: Is it really Halal?
Oleh: Bilal Jailani
1. Majalah @Halal edisi Julai-Ogos 2019 mengetengahkan isu Boba Tea. Dalam satu artikel bertajuk Halal Verified But Not Certified, sebuah makmal menjalankan analisis pengesanan babi terhadap 4 jenama Boba Tea terkemuka negara.
2. Menurut juruanalisa, walaupun Boba dibuat daripada tepung ubi, kesan gelatin biasa dijumpai pada Boba kerana gelatin digunakan dalam proses Glazing. Jika gelatin dijumpai, juruanalisa akan mengenal pasti gelatin itu datang dari sumber babi atau bukan.
3. Untuk itu, mereka menjalankan dua ujian babi, iaitu DNA test dan ELISA. Daripada ujian terhadap 4 jenama Boba Tea terkemuka, juruanalisa memaklumkan tiada kesan babi ditemui. Lalu artikel ini melaporkan, “In a nutshell, the four brands popular among Malaysians currently have been tested and now halal-verified”.
4. Saya terkejut apabila membaca ayat English di atas. Dari ujian yang dilakukan, itu bukan Halal-verified, tapi Porcine-Free Verified. Ini kerana mereka hanya menjalankan analisa terhadap kesan babi.
5. Saya bertanya kepada seorang kenalan saya yang merupakan juruanalisa makmal diiktiraf JAKIM, “Jika sebuah kek diperbuat dari bahan halal, tetapi sapuan cream dibuat menggunakan berus bulu babi, adakah analisa makmal dapat mengesan DNA babi pada kek itu?”. Beliau menjawab, “Tidak”.
6. Saya tanya lagi, “Jika kek itu dibuat menggunakan air yang ditapis menggunakan active carbon yang dibuat dari tulang babi, adakah analisa makmal dapat mengesan DNA babi pada kek?”. Beliau menjawab, “Tidak. DNA hanya dapat dikesan jika ada kandungan babi dalam kek itu”.
7. Dari penjelasan juruanalisa kenalan saya ini, saya semakin yakin bahawa 4 jenama Boba Tea di atas adalah Porcine-Free Verified, bukan Halal-verified.
8. Analisa makmal hanya mampu memberi kita gambaran tentang ingredient sahaja, tanpa maklumat bahan perkakasan. Oleh itu, analisa makmal tak mampu membuktikan kehalalan sepenuhnya.
9. Sebab itulah kita mesti berpegang kepada ‘Halal-Certified’, bukan ‘Halal-Verified’. Namun, di negara umat Islam minoriti, saya rasa memadai mereka menggunakan pendekatan Halal-Verified (Ingredients Screening), kerana di sana tiada kerajaan yang berkuasa memantau proses di kilang.
10. Syukurilah nikmat hidup di bawah kerajaan yang mendaulatkan agama, kerana dengan adanya kerajaan seperti ini, Muslim dapat mengamalkan agama mereka dengan sempurna.
---------
Majalah @Halal versi ebook boleh didapati di sini:
https://view.joomag.com/halal-july-aug-2019/0485554001563880629?short&fbclid=IwAR2OR5ACoQgS6XCOmF2sGDlTc0mQEzn3uRTkU3jfNTGgCpEMiExbCdrcH5Y

No comments: