Sakit sendi-glucosamine dan chondroitin
Rawatan sakit sendi dengan kaedah baikpulih.
Sakit sendi berlaku kepada semua peringkat umur.Anda tidak perlu hidup dengan sakit sendi.
Anda boleh menjalani kehidupan yang selesa dan sihat dengan pengurusan sakit sendi yang efektif
Rawatan sakit sendi dan ubat sakit sendi
Pengurusan rawatan sakit sendi merangkumi
Penggunaan ubat sakit sendi penahan sakit seperti voltaren dan naproxen atau celebrex
Pembinaan struktur sendi kartilej atau rawan dengan glucosamine dan chondroitin
Kenapa sakit sendi lutut.
Apabila rawan sendi anda menjadi haus disebabkan faktor umur dan cara penggunaanya, anda akan mengalami sakit sendi.
Rawan ini berfungsi sebagai penyerap hentakan dan melincinkan pergerakan. Jika anda tidak merawat proses ini
ruang diantara sendi akan bergesel menyebabkan kesakitan.
Glukocosamine dan Chondroitin mana yang lebih baik.
Kedua-dua bahan glukosamin dan kondroitin adalah nutrien penting untuk pembentukan rawan sendi.
Glucosamine merupakan ramuan asas pembinaan tulang rawan anda dan Chondroitin mempercepatkan proses pembinaannya.
Anda boleh mengambil glucosamine sahaja, tetapi disyorkan ,mengambil glukosamin dan kondroitin secara serentak.
Oleh itu anda akan merasai proses sakit sendi berkurangan dengan cepat jika anda mengambil kedua-dua nutrien ini.
Chondroitin juga berfungsi membantu membawa air,nutrien, glucosamine, vitamin dan mineral kebahagian sendi.
Glucosamine sulfat atau glukosamin hidroklorida-mana patut dipilih
Anda akan menemui dua jenis glucosamine di pasaran iaitu Glucosamine Sulfat dan Glucosamine Hidroklorida.
Sulfat didalam glucosamine berkeupayaan untuk membawa molekul air kedalam rongga rawan, dan ini menyebabkan rawan ini lebih fleksibel.
Pergerakan sendi lebih selesa dan licin.
Glukosamine hidroklorida membentuk rawan yang lebih padat, tetapi kurang fleksibliti.
Ubat sakit sendi natural-dos yang disyorkan
Anda disyorkan mengambil Glukosamine 1500mg sehari dan Chondroitin 1200mg sehari.
Jika anda menghidapi penyakit darah tinggi elakkan glukosamin yang mengandungi sodium.
Hilang sakit sendi hidup pun ceria
Glucosamine dan chondroitin membantu mengurangkan haus rawan sendi anda secara efektif jika diambil serentak.Glukosamin dan kondroitin membina, memperbaiki dan mengekalkan kesihatan sendi secara berterusan.
Mulakan pengambilan suplemntari glucosamine dan chondroitin jika anda mula mengalami sakit sendi lutu,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki, sakit sendi bahu dan sakit sendi siku
Kekalkan kesihatan sendi anda supaya ia tidak menganggu pergerakan dan kehidupan anda.
No comments:
Post a Comment