Tip rawatan sakit sendi dan tulang dirumah
Penyakit sendi tulang
Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.
Penyakit sendi tulang terjadi tidak kira umur.
Sakit Sendi-kenapa terjadi
Biasanya anda tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang.
Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.
Kenapa anda mengalami kesakitan sendi.
- Anda mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
- Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
- Obesiti
- Kecacatan anggota
- Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.
- Sakit sendi arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan
Rawatan sakit sendi-bagaimana anda merawat sendiri sakit sendi tulang
- Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti
- merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
- Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
- Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
- Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
- Kurangkan berat badan
- Guna kasut bertumit rendah
Sakit sendi-Bila Harus Berjumpa Doktor?
- Anda mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri
- Sakit sendi anda bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.
- Anda patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan
- Anda tidak berupaya untuk berkerja
- Sakit anda disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
- Anda mengalami penurunan berat badan yang serius
- Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
- Sakit sendi anda bengkak dan merah
- Anda penghidap HIV atau kanser
Rawatan sakit sendi dan pencegahan
- Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen
- Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
- Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
- Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
- Tidur di atas tilam yang keras
- Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
- Bersenam - senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
- Pengurangan berat badan boleh membantu
- Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama
No comments:
Post a Comment