Sunday, December 30, 2012

Petua Untuk Minda Hebat

Petua Untuk Minda Hebat

1. Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

4. Juga amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

No comments: